
Walaupun belum di tayangkan di televisyen Malaysia, sudah ramai yang menonton drama Gantung The Series melalui media sosial.
Nama Ikmal Amry menjadi bualan apabila watak Ray yang dipegang olehnya berjaya mencuri perhatian penonton.
Mana tidaknya, daripada jumlah followers yang hanya lebih kurang 190,000 di Instagram naik mendadak sebaik saja drama itu mular tular.
Jejaka kelahiran Melaka yang merupakan Top 7 Hero Remaja 2017 ini memang dari dulu lagi menjadi antara finalis favourite dan pernah juga membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle.
Rasanya mesti ramai lagi nak mengenali jejaka kacak ini dengan lebih dekat kan? Jom kami bongkarkan 10 perkara tentang Ikmal Amry yang mungkin korang tak tahu.
Nah, kami belanja korang gambar ‘Ray’ dalam Gantung The Series.

‘Adik Bongsu’ Edisi Pencarian Hero Remaja 2021, Syazani Dinobat Hero Favourite

Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas final Hero Remaja dan hanya sampai di semi final selepas terkeluar di episod-7, nama finalis Syazani Zainal sememangnya tetap mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Hero Favorite’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.
Tidak mendapat sokongan dan restu keluarga pada mulanya, dan gagal dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi Hero Favorite 2021. Dia membuktikan pada semua dia mampu mendapat tempat dihati para peminat dan masyarakat di Malaysia.
“Terima kasih sangat buat semua peminat, rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Hero Favorite ini.”
Sepanjang pertandingan dijalankan dia merupakan peserta paling muda di kalangan Top 12 finalis Hero Remaja Edisi 2021. Dikenali ramai di kalangan follower sebagai seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan berjenaka bersama rakan-rakan, Syazani memang layak dianugerahkan gelaran ini.
“Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih menyertai Hero Remaja 2021, walaupun pada mulanya keluarga tidak begitu yakin dengan keputusan saya untuk menyertai pertandingan berprestij ini, namun saya tetap berkeras dengan yakin saya mampu lakukannya.
Walaupun tidak sampai ke pentas final sejujurnya saya bersyukur dengan kemampuan saya mampu bertahan hingga ke semi final dan membawa pulang gelaran Hero Favourite di malam final tempoh hari.
Platform yang telah disediakan kepada saya ini akan saya gunakan sebaik mungkin dalam mengembangkan bakat dan nama saya dalam industri seni.” jelas Syazani.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan diri dan mengumpul pegalaman sebagai anak seni yang bersinar.
Untuk info, Hero Favorite membawa pulang wang bernilai RM1,000, trofi dan juga selimpang.
Congrats Syazani, moga akan terus maju jaya di masa akan datang.
Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga PKP, Ramai Peminat Patah Hati?

Setelah lebih kurang tiga tahun menyulam cinta, finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry 27akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Najla. Berita ini bukan hanya memberi kejutan kepada peminatnya, malah rakan-rakan yang lain turut terkejut dengan khabar pertunangan personaliti ini.
Memilih majlis pertunangan di hari raya ketiga ketika PKPB masih dilaksanakan, Ikmal mempunyai alasannya yang tersendiri.
“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti. Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat,”
“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini. Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah. Hehe!”
“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelas Ikmal Amry.
Berita gembira ini turut dikongsi di laman instagram Ikmal Amry dan kelihatan ramai peminatnya seperti patah hati apabila mendengar khabar berita ini. Hiks!
“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima. Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini.
Ikmal juga menjelaskan jika tidak ada aral melintang, dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini. Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika situasi pandemik ini masih berleluasa, mungkin dia akan memikirkan untuk menundanya pada tahun hadapan.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ikmal Amry dan pasangan, Najla. Kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insyaAllah.
Safwan Nazri Pernah Hasilkan Video Yang Mendapat Jumlah View Mencecah 2 Juta!

Safwan Nazri, satu-satunya Finalis Hero Remaja 2017 yang berasal dari negeri jelapang padi merupakan seorang bekas Viners/Instagrammers yang agak terkenal menghasilkan video-video komedi dan viral bersama kawan baiknya. Bagaimanakah dia mampu meraih perhatian yang hebat sehingga berjaya mendapat jutaan view? Jom, kita selongkar rahsia Safwan Nazri.
Semasa aktif di Vine dahulu, apakah username yang Safwan guna?
Sejak dari dulu saya menggunakan nama sendiri sebagai username iaitu Safwan Nazri. Saya hasilkan video-video ini bersama kawan baik saya sendiri iaitu Arif Shamsul (Ayiep).
Bila Safwan mula berjinak-jinak dengan dunia penghasilan content video di media sosial?
Saya mula buat video pertama kira-kira pada dua tahun lepas. Tapi saya buat sekejap sahaja dalam setahun lebih, sekarang bukanlah berhenti tapi agak kurang sikit. Dulu buat Vine pendek saja dengan durasi 6 saat, kemudian Instagram 30 saat yang kini sudah jadi seminit.
Bagaimana dengan konsep content video yang selalu Safwan hasilkan?
Kalau orang yang mengikuti video saya pasti perasan konsepnya lebuh berunsur komedi. Tapi ia bukan bermakna komedi kosong tetapi mempunyai mesej. Biasanya saya dapat idea dari benda-benda viral serta apa yang hot pada masa tersebut.
Adakah Safwan dalam video sama dengan Safwan dalam dunia sebenar?
Ya, saya macam nilah. Apa yang orang tengok saya dalam video yang saya hasilkan, begitulah saya di luar. Cuma selepas bergelar sebagai Finalis Hero Remaja 2017, saya kena tone down sikitlah buat lawak yang bukan-bukan (ketawa).
Apakah content video yang paling banyak dapat view?
Video pasal solat view cecah hampir 2 juta, di Facebook. Ramai yg dm saya ucapkan terima kasih sebab ingatkan mereka tentang kepentingan solat. Saya hasilkan pada bulan puasa dua tahun lepas. Saya rasa tak sangka. Judul video itu, Pray.
Mana dapat idea?
Mulanya saya hanya up video percakapan seperti ceramah sahaja. View tak banyak, hanya dapat lebih kurang 300 view sahaja. Kemudian saya dan Ayiep dapat idea untuk buatkan video lebih menarik dengan penyampaian bersahaja dan pantas. Syukur, ia dapat sambutan yang kami sendiri tidak jangka.
Biasanya berapa lama duration video yang Safwan hasilkan?
Tak lama. Apa yang saya dapati pengguna laman media sosial tak suka video berdurasi panjang. Tempoh terbaik ialah antara 3 hingga 5 minit. Apatah lagi kalau penceritaan itu tidak sampai. Saya sudah merasa kena kecam dulu tapi anggap ia sebagai satu kritikan membina. Bagi saya less is more, harus ringkas tapi padat.
Bagaimana proses Safwan hasilkan video?
Saya bersyukur kerana dulu bekejrsama sama dengan kawan baik sendiri iaitu Ayiep. Semua editing video, audio serta pacing jalan cerita dia yang jaga. Kami hanya gunakan software mana yang ada sahaja iaitu Video Maker. Saya pula membantu dari segi skrip, storyline dan mencari mood sesuai dengan bahan cerita.
Pernah collab dengan pembikin video content yang lain?
Ya, saya pernah bekerjasama dengan Stark Production dan pernah jumpa dan kongsi idea dengan viner atau youtubers yang lain. Bila fikir semula sangat seronok pengalaman buat video ni.
Selepas bergelar Finalis Hero Remaja 2017, adakah Safwan akan terus hasilakan video di media sosial?
Sebelum ini saya fokus di dunia digital. Bila masuk pertandingan ini saya nak kembangkan bakat untuk mencebur diri dalam industri hiburan. Saya rasa peluang yang diberikan majalah Remaja untuk saya sangat besar. Saya harap patform Hero Remaja ini dapat membuka peluang kepada saya untuk menjadi anak seni seperti senior-senior Hero Remaja terdahulu.
Siapa pembikin content video yang paling Safwan gemari?
Lokman Podolski. Sebab dia memang lawak tahap gaban! (ketawa)
Apa tip boleh Safwan kongsikan untuk pembaca remaja?
Nak hasilkan video pertama sekali kena ada idea. Observe apa yang berlaku di sekeliling kita. Orang akan suka sesuatu yang boleh relate dengan mereka. Penyampaian juga harus kena dengan personaliti kita; jangan buat melebih-lebih sampai menjengkelkan orang.
Jangan lupa untuk terus mengundi Safwan Nazri di Pencarian Hero Remaja 2017 di sini!