Ini 3 Kesalahan Pilih Saiz Bra Sering Dilakukan Remaja

Share

Ramai yang sukakan gaya hidup aktif. Malah dapat dilihat kesedaran di kalangan wanita untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan mereka.

Seperti gaya hidup sihat yang diamalkan, ada ketikanya kita agak berpeluh dengan banyak ketika melakukan aktiviti sihat ini dan peluh akan terperangkap di baju dalam yang kita pakai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bukan saja bau peluh yang melekat di tubuh tapi lelehan peluh itu ada ketikanya terperangkap di baju dalam sehingga kita perlu mengesatnya buat seketika.

Jika kita sangkakan ramai wanita selesa dengan pemilihan bra masing-masing tapi rupanya masih ada yang salah dalam membuat pemilihan terutama melibatkan sport bra yang sudah banyak terjual di pasaran.

Menurut kajian yang telah dijalankan satu jenama pakaian dalam wanita terkenal, sebanyak 64 peratus wanita salah mengenakan bra dengan ukuran yang tidak sesuai. Kajian ini turut memperlihatkan hanya 29 peratus wanita yang benar-benar membeli bra dengan ukuran yang tepat.

Wanita dilihat lebih cenderung untuk peka terhadap perubahan ukuran seluar jeans mereka, tetapi tidak pada perubahan ukuran payudara.

Memilih ukuran lebih kecil

Ramai wanita yang beranggapan bahawa memilih bra yang lebih kecil ukurannya dapat membuatkan payudara lebih penuh dan padat. Padahal, mengenakan bra yang lebih kecil daripada saiz sebenar boleh menyebabkan payudara cepat kendur dan membuat dada terasa lebih sesak.

Tidak meneliti material bra

Material seperti satin dan renda dilihat dapat membuatkan penampilan payudara lebih seksi serta menggoda. Sebaliknya, bra yang dihasilkan daripada material-material tersebut hanya sesuai untuk dipakai sesekali dan bukanlah untuk kegunaan harian.

Kamu seharusnya memilih bra yang sesuai untuk kegunaan harian dan daripada material yang mudah untuk menyerap peluh. Material yang paling sesuai dan disarankan adalah daripada kain kapas.

Memakai bra yang lama

Setiap wanita pasti memiliki bra ‘favorite’ yang telah dipakai selama bertahun-tahun. Tahukah kamu bahawa bra yang sudah melebihi satu tahun biasanya menyimpan bakteria dan kotoran. Selain itu juga, daya elastik pada bra tersebut sudah berkurang sehingga tidak mampu lagi untuk menyokong payudara kamu dengan baik.

Sloggi tampil dengan Zero Feel Soft Bra yang memberikan kesan berbeza pemakaiannya ketika bersukan.

Namun bagi wanita yang suka mengamalkan gaya hidup sihat, baju dalam jenama terkenal, Sloggi tampil dengan Zero Feel Soft Bra yang memberikan kesan berbeza pemakaiannya ketika bagi mereka yang aktif bersukan.

Dilengkapi dengan pemilihan kain yang agak selesa dengan ciri-ciri  sifar sekatan, sifar jahitan, sifar wayar, sifar tanda dan perasaan seperti tidak memakai apa-apa membuatkan bra Sloggi dengan Zero Feel ini sangat sesuai untuk korang bergerak bebas terutama bersukan.

Didatangkan dalam  warna Living Coral, Cool Ice Ais, Coffee Sugar, Peanut Butter dan hitam, pakaian baju dalam Sloggi ini mampu memberikan kebebasan pergerakan dan pembatasan sifar yang sempurna ke atas pemakaiannya yang mana kita akan sentiasa berasa selesa jika memakainya dalam seharian.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros