Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang sayur-sayuran dan buah-buahan yang bahaya dimakan untuk pesakit ekzema, kini Remaja ingin memberikan pula info beberapa sayuran yang baik untuk diamalkan bagi mengurangkan keradangan ekzema.
BACA: 12 Sayur & Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema, Wajib Elak Kalau Nak Cepat Pulih
Menurut perkongsian Mizhana Padzi di laman Facebooknya, terdapat empat sayur berkacang yang boleh dimakan oleh pesakit ekzema, lebih-lebih lagi ia turut berfungsi untuk menghentikan keradangan. Jom kita lihat antara sayuran kekacang yang boleh dimakan dan kebaikannya untuk pesakit ekzema.
Kacang panjang dikenali sebagai sayuran eksotik yang bagus untuk kesihatan kulit kerana tinggi protein yang diperlukan untuk menguatkan kuku, kulit dan rambut. Ia juga penting bagi pembentukan acid amino untuk kulit dapat detoks badan yang mengandungi banyak toksin.
Kacang panjang juga terkenal sebagai sumber kalsium berasaskan tumbuhan bagi pengganti tenusu. Jika korang makan kacang panjang setiap hari, ia sudah melengkapkan 4 peratus kalsium tubuh.
Ia tidak diketahui umum menjadi penawar kepada kulit ekzema kerana kacang buncis adalah sayuran yang tinggi sifat anti radang serta mampu menguatkan imuniti kulit ekzema yang lemah dan mudah koyak. Sayur ini juga turut membantu tubuh berdaya tahan terhadap stres serta serangan penyakit.
Namun begitu, kacang buncis tidak boleh dimakan mentah kerana berbahaya. Korang boleh celur air panas atau tumis sahaja.
Sayuran ini dikaji bagus untuk pemulihan usus bocor dimana ekzema menjadi punca utama. Ini kerana ia sangat tinggi quercetin serta antioxidan semulajadi yang bagus untuk masalah autoimmune. Bendi sangat baik sekiranya dicelur sahaja dan mudah dimakan untuk disediakan sebagai ulam.
Khasiatnya untuk pesakit ekzema adalah kerana ia kaya dengan trytophan yang dapat mengurangkan gejala sakit, serta baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Rahsia yang baru ditemui dalam sebuah kajian adalah kacang botol membantu penyerapan vitamin D dalam badan dengan optimum di mana masalah utama penghidap ekzema adalah tubuh mereka sinonim dijumpai kurang vitamin D hingga menyebabkan ekzema.
Tapi harus diingat, pesakit ekzema tidak boleh memakan kacang botol secara mentah dan ia wajib dimasak terlebih dahulu.
BACA: Masalah Ekzema & Rawatan Yang Korang Boleh Lakukan Bagi Kurangkan Inflamasi
Semoga dengan info-info yang diberikan ini dapat membantu korang yang mungkin mempunyai masalah ekzema untuk mencari jalan mengurangkan keradangan penyakit itu. Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)