Tak dinafikan, dalam ramai adik beradik, mesti ada seorang yang tidak disayangi  oleh mak dan ayahnya. Anak inilah selalu dipersalahkan, anak inilah yang tidak pandai, anak inilah yang selalu dibeza-bezakan serta pelbagai masalah lain. Pendek kata apa saja salah adik, abang atau kakak, anak inilah yang selalu dikambing hitamkan. Anak inilah yang dicanang-canang di depan saudara mara sebagai anak tidak boleh diharap.

Pernah tak korang alami situasi seperti ini? Kalau ada, sila semak lima tanda ini dan kalau betul, andalah anak yang tidak diadili dengan baik oleh kedua ibu bapanya biarpun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan pun ketika itu.

Sebagai anak, kita pasti tak akan melawan kerana menghormati orang tua tetapi dalam hati pasti terasa begitu sedih.

Bacalah tulisan Dr Taufiq Raziq yang arif dalam bidang keibubapaan tentang sikap sebahagian ibu bapa.

Ini 5 TANDA Mak Ayah Mula Beza Kasih Sayang Antara Anak Yang Patut Korang Sedar

 

5 Tanda Mak Ayah Dah Mula Tak Adil Dengan Sebahagian Anaknya

1. Nada dan intonasi suara berbeza bila bercakap dengan anak yang lain

– Ada anak tu asyik kena tengking dan bebel je biarpun tak buat salah!

Ads

-Padahal ada juga adik beradiknya yang suka buat salah tapi mak ayahnya masih mengekalkan nada suara yang lembut dan perlahan.

2.Hanya pandang pada skor anak sahaja

–  Anak yang skor A lebih diberikan pujian berbanding anak yang skor C

-Padahal mungkin anak yang skor C ni dah bermati matian belajar cuma mungkin anak itu kategori LATE BOOMERS yang mana perlukan masa yang sedikit lama untuk perform dan skor dalam pelajarannya.

Ini 5 TANDA Mak Ayah Mula Beza Kasih Sayang Antara Anak Yang Patut Korang Sedar
Walau salah orang lain, tapi anak disukai tetap kena marah biar bukan salahnya pun

 

Ini 5 TANDA Mak Ayah Mula Beza Kasih Sayang Antara Anak Yang Patut Korang Sedar
Dalam ramai adik beradik, mesti ada yang satu selalu dipersalahkan

3.Mengagungkan anak yang tertentu di depan adik beradiknya

Ads

– Anak yang lebih berharta dan lebih tinggi prestasi akademiknya dipuji secara berlebihan di depan adik beradiknya

– Mula-mula anak yang lain mungkin akan turut termotivasi tetapi jika terlalu berlebihan, self confidence anak yang lain akan mula drop dan rasa diri tak berguna akan mula muncul dalam diri mereka

4.Melebihkan eye contact pada anak tertentu sahaja

-Tanpa sedar eye contact mak ayah tu lebih banyak pada anak tertentu sahaja

– Anak anak kita sebenarnya sensitif dan tahu bila mak ayahnya lebihkan atau kurangkan eye contact pada diri mereka

– Kurangnya eye contact bermakna kurangnya ikatan emosi mak ayah pada anak-anak

Ads

5.Melebihkan si adik daripada si abang dan kakaknya

-Adik yang dimanja berlebihan akan dianggap ‘threat’ ataupun ancaman pada abang dan kakaknya

– Walaupun si adik kelihatan lebih memerlukan perhatian tapi jangan sampai kakak dan abangnya kita sisihkan

-Kita taknak rasa cemburu sesama adik beradik bertukar menjadi sengketa dan perbalahan bila dah meningkat dewasa

psst..ramai lagi mak ayah tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah lain yang belum tahu ye dan tolong ingatkan pasangan kita juga.

p/s : Jom belajar lebih banyak lagi tentang anak kita di Telegram saya. Klik je link ni sekarang t.me/NotaTaufiqRazif

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI