Isi Kandungan
ToggleTelegram merupakan antara aplikasi yang menjadi pilihan orang ramai kerana fungsinya yang menarik, bukan hanya untuk menghantar teks sahaja, malah sebenarnya ia mempunyai banyak lagi kelebihan mesra pengguna.
Selain dijadikan sebagai platform menonton filem atau drama secara haram (hiks!), ada banyak lagi fungsi telegram yang mungkin ramai tidak tahu.
Berikut adalah antara yang dikongsi oleh Mh Fauzie tentang fungsi lain bagi aplikasi ini.
1. PandaiBot
Korang search sahaja PandaiBot di telegram, boleh track parcel untuk semua kurier, check weather forecast, waktu solat, request quotes, cari link untuk menderma dan banyak lagi.
2. Quran Bot
Bacaan al-Quran bersama reciter
3. Jawigram
Masukkan perkataan dalam bahasa Melayu, bot ini akan auto generate dalam tulisan jawi
4. Office2pdf
Boleh convert ke pdf file
5. PDF Bot
Pdf bot untuk gabungkan pdf files menjadi satu file
6. VKM Bot
Boleh cari lagu, search sahaja tajuk lagu dan penyanyi
Sebenarnya ada banyak lagi robot telegram yang korang boleh search di Google dengan pelbagai fungsi lain. Ini antara beberapa contoh sahaja yang kami kongsikan.
Selamat mencuba guys!
Sumber: Twitter @littlesya via Mh Fauzie
Semakin Popular, Aplikasi Telegram Bakal Kenakan Bayaran Mulai 2021
Aduh, kenapa pula ni?
Sepanjang 7 tahun berada dalam pasaran, aplikasi penghantaran mesej iaitu Telegram semakin digemari ramai disebabkan oleh kualiti penghantaran mesej, foto, video serta penggunaan yang mudah.
Malah, ramai pengguna Telegram yang menyukai faktor keselamatan aplikasi itu disebabkan fungsi end-to-end encryption.
Setakat ini, Telegram belum lagi pernah berhadapan dengan mana-mana isu ‘hackers’ daripada pihak ketiga yang tidak bertanggung jawab.
Namun menurut pihak mereka, Telegram akan mula mengenakan pembayaran bermula tahun 2021.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas Telegram iaitu Pavel Durov, mereka melakukan sedemikian setelah mendapati syarikat mereka memerlukan dana besar demi mempertahankan perkhidmatan kepada para pengguna.
Malah, Pavel juga mendakwa terpaksa menggunakan dana peribadi untuk memastikan Telegram tidak ‘berkubur’.
Buat masa ini, aplikasi Telegram masih boleh digunakan secara percuma. Namun mulai tahun hadapan, pengguna akan dikenakan kaedah ‘paid features’ dalam aplikasi. Jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma. Namun sekiranya korang ingin menggunakan beberapa fungsi lain, korang perlulah melakukan pembayaran seperti aplikasi-aplikasi lain.
Dengan mengenakan bayaran ini, Telegram boleh menjamin perkhidmatan terbaik kepada hampir 500 juta orang penggunanya yang aktif pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan, jumlah tersebut masih rendah berbanding pengguna aplikasi mesej WhatsApp yang sudah mencapai angka 7 bilion pengguna di seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp Kini Boleh Tukar Wallpaper Yang Berbeza di Setiap Chat, Jom Cuba! – REMAJA
6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara
Isi Kandungan
ToggleMakan angin dan melancong ke luar negara memerlukan persiapan rapi bermula dari segi dokumen perjalanan, pakaian dan pelbagai perlatan tambahan yang penting. Selain perlu membeli tiket kapal terbang dan menempah hotel, kita juga harus bijak untuk menentukan apa sahaja yang harus dibawa dan ke mana arah tuju bila sampai ke negara dituju.
Bagi pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android, terdapat beberapa aplikasi yang mampu membantu kita melakukan persiapan sepanjang perjalanan atau tempoh berada di luar negara.
Kali ini Remaja ingin kongsikan 6 apps yang kami yakin dapat melancarkan aktiviti serta perjalanan kamu sepanjang tempoh melancong.
PACKPOINT
Apps PackPoint boleh berfungsi sebagai pembantu peribadi kamu untuk menentukan apa yang harus dibawa sepanjang perjalanan. Ia akan setiasa update ke mana arah tuju yang kamu ingin pergi dan juga kemas kini aktiviti kamu. Ia juga melakukan perkiraan ramalan kaji cuaca ke kawasan yang ingin ditujui. Malah, ia juga boleh memberi rekomendasi terhadap pelbagai aspek perjalanan jauh. Yang pasti ia tidak akan benarkan kamu tertinggal apa-apa jua barang sebelum memulakan perjalanan.
TRIPIT
Aplikasi menarik ini boleh membantu kamu merancang perjalanan bermula daripada hari pertama hinggalah hari terkahir berada di lokasi percutian. Bukan hanya itu, kamu juga boleh menyimpan pelbagai dokumen dalam bentuk digital dalam satu tempat. Ia juga menyediakan kolum ‘search‘ di mana kamu boleh mencari pengangkutan yang diingini mengikut lokasi. Dan bila kamu offline tanpa Internet, navigasinya masih boleh digunakan.
SYGIC TRAVEL MAPS OFFLINE & TRIP PLANNER
Andai kata kamu lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan kenderaan awam maka inilah aplikasi yang harus kamu muat turun. Dengan peta yang boleh digunakan walaupun secara offline ia mampu menunjukkan laluan perjalanan yang sesuai. Ia juga boleh memberi anggaran jumlah masa perjalanan. Walaupun begitu, ia masih belum dilengkapi untuk option kenderaan awam yang belum diselarikan dengan apps ini.
WIFI MAP – FREE PASSWORDS & HOTSPOT
Akuilah bahawa ke mana sahaja arah tuju pergi, kamu tidak akan dapat hidup tanpa Internet. Mendapatkan sambungan rangkaian Wi-Fi percuma sememangnya sesuatu yang cukup diidamkan oleh pelancong. Apps ini membantu kamu mencari Wi-Fi percuma dan sistemnya membolehkan semua pengguna berkongsi password. Nak upload selfie dengan pantas? Jangan risau, inilah apps boleh membantu!
GOOGLE TRANSLATE
Bagaimana jika kamu melancong ke negara yang rata-rata penduduknya tidak menguasai bahasa Inggeris? Tidak, kamu tak perlu bawa kamul tebal semata-mata ingin berkomunikasi dengan orang setempat. Cukup hanya dengan memuat turun apps Google Translate. Dengan mode voice translate ia mampu membantu kamu melakukan terjemahan bahasa tempatan yang tidak difahami. Senang, bukan?!
TRABEE POCKET – TRAVEL EXPENSSE
Kadangkala agak memeningkan juga untuk melakukan convertion matawang setiap kali ingin membeli-belah? Apps ini merupakan aplikasi bajet yang sentiasa mengawasi pengeluaran kita agar tidak digunakan secara berlebihan dari bajet asal. Trabee Pocket mempunyai user interface yang mesra pelanggan dan boleh melakukan convertion dalam sekeklip mata.
Gadis Ini Ajar Cara Nak Buat Video Bagi Gempak & Kemas Hanya Guna Powerpoint
Sejak PKP dilancarkan di negara kita, sistem pembelajaran di universiti/kolej sudah pun dikendalikan secara online.
Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai khad telah pun berkongsi cara menyediakan video dengan hanya menggunakan powerpoint sahaja.
Jom kita ikuti thread yang dikongsi.
Tip 1:
Korang sebenarnya boleh save powerpoint sebagai powerpoint sebagai video. Caranya, korang buat slide macam biasa dan waktu nak save tu, ubah dekat Save As Type tu, from pptx ke MPEG-4 Video, wmv, AVI, MOV atau apa-apa video format yang ada di komputer.
Itu saja, settle video presentation korang.
Tip 2:
Nak video lagi cantik, kenalah letak animasi. Pilih mana-mana animasi yang korang minat.
Buka animation pane, senang nak tengok animasi apa-apa yang korang dah pilih dan boleh ubah disitu juga.
Tip 3:
Tip3: Nak animations tu nmpk lagi kemas? Especially kalau korang pilih animations Fly In or Float In.
Korang tmbh shape dkt sebelah words ikut direction yg korang set. Cara ni akan tutup cara dia masuk. Faham tak? Tak faham tgk video dkt bawah 😂 pic.twitter.com/9MKL5JJFid
— khad (@nurkhdjhnblh) April 15, 2020
Tip 4:
Tip4: Nak lagi menarik? Letak GIF! Serious weh, video korang akan senang & menarik. Video bawah ni i banyak guna GIF!
Jgn pilih GIF yg lama sbb nanti bila save tu, GIF tu akan kena cut :’)
So just pilih GIF yg pendek. pic.twitter.com/AHD57smPit
— khad (@nurkhdjhnblh) April 15, 2020
Lepas save Presentation korang as video, editlah dekat video editor untuk tambah background voice atau lagu.
Tip:5
Kalau nak lagu best, search di YouTube ‘No Copyright Music‘, nanti tak ada la video presentation korang kena take down kalau upload di YouTube.
Berikut merupakan contoh video yang dibuat melalui powerpoint oleh gadis ini. Dia hanya tambah GIF dan animasi untuk menghasilkan video seperti ini.
Video bawah ni, sis buat pakai powerpoint je. Nmpk menarik kan? Sis cuma tmbh GIF & animations je! ⚡️ pic.twitter.com/qYALTrKzgF
— khad (@nurkhdjhnblh) May 7, 2020
Diharap perkongsian ini dapat membantu memudahkan kerja korang, disamping buat video presentation korang lebih gempak.
Selamat mencuba!
Sumber: Twitter @nurkhdjhnblh