Walaupun perlawanan akhir squasy wanita Sukan Asia 2018 semalam menemukan dua wakil Malaysia, itu tak bermakna masing-masing akan menyerah dan mengalah begitu saja.
Seperti yang korang sedia maklum, Datuk Nicol David berjaya mengekalkan pingat emas pada edisi kali ini.
NAMUN, saingan beliau, S. Sivasangari tak sesekali memberikan laluan mudah untuk kemenangan tersebut.
Perlawanan di Stadium Squasy Gelora Bung Karno, Jakarta semalam menyaksikan Nicol menang dengan skor 11-13, 11-9, 5-11, 11-6 dan 11-8.
Fuh, 5 set tu!
Lantas, REMAJA tertanya-tanya, siapakah diri Sivasangari ni sebenarnya sehinggakan dia mampu memberi saingan kuat kepada ratu squash dunia?
01
Sivasangari dilahirkan pada 24 Januar 1999 dan berasal dari Sungai Petani Kedah.
02
Pada tahun 2011, bekas pelajar SMK Sultanah Asma ini mewakili negeri kedah untuk Kejohanan Squasy Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Setar bersama pasukan bawah 12 tahun.
Sepanjang kejohanan itu, pasukan Kedah memenangi 5 pingat emas dan 2 pingat perak.
03
Dia merupakan juara bertahan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia tahun lalu apabila menewaskan Milnay Louw dari Afrika Selatan di Bukit Jalil.
Kemenangan itu juga memecah dominasi Datuk Nicol David yang bergelar juara sebanyak 8 kali.
04
Lebih membanggakan, dia juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Muda Terbaik Jelajah PSA 2017/2018 selepas berjaya memecah masuk ke dalam Top 40 pemain squasy dunia.
05
Sivasangari ada moto tertentu setiap kali dia bertanding. “Sasaran saya selalu mahu menang. Tapi tidak boleh terlalu yakin dan tertekan. Sebaliknya, saya hanya push diri untuk lakukan yang terbaik.
06
Akhir sekali, Sivasangari menjadikan lawannya semalam, Datuk Nicol David sebagai idola. “Saya mahu menjadi seperti beliau satu hari nanti.”
Well, dah nampak sinar cerah untuknya.
Congrats girl!