Menurut Persatuan Majikan Malaysia (MEF), peluang pekerjaan pada tahun 2018 dilihat agak sedikit getir buat anda.
Sesetengah syarikat akan lebih berkira-kira untuk mewujudkan jawatan baru dan para graduan mungkin terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan untuk menyara kos kehidupan seharian.
Maka dengan itu, berikut merupakan beberapa kemungkinan yang bakal para graduan hadapi pada tahun hadapan:
1. Graduan muda nampaknya lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tiada pengalaman bekerja
Agak susah untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam industri mendapatkan pekerjaan, terutamanya bagi pekerjaan yang bergaji besar.
Namun, graduan yang mempunyai kemahiran IT punya kelebihan kerana bidang ini masih mempunyai demand. Jadi, tak salah kalau korang belajar kemahiran lain untuk mempertingkatkan lagi kebolehan diri.
2. Kos operasi yang tinggi salah satu sebab utama tiada peluang pekerjaan yang ditawarkan
Antara sebab-sebab masalah ini adalah kerana kos operasi tambahan yang perlu diambil majikan seperti Skim Insurans Pekerjaan baru (EIS) dan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja swasta tahun hadapan.
Pengarah Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, majikan akan lebih berhati-hati dalam mewujudkan jawatan baru dan graduan maru mungkin perlu melakukan kerja-kerja bergaji rendah seperti memandu untuk perkhidmatan pengangkutan.
Majikan juga perlu memikirkan tentang peraturan konvensyen dan protokol antarabangsa mengenai pekerja asing dengan menyediakan tempat tinggal, upah dah faedah-faedah lain.
3. Walau bagaimanapun, terdapat kira-kira 100,000 peluang pekerjaan dibuka pada tahun 2018
Jangan terlalu risau kerana masih ada peluang kecil yang menanti kerana 100,000 pekerja akan bersara tahun depan ketika pada usia mereka yang ke 60 tahun.
“Ini adalah kumpulan pertama yang sepatutnya bersara pada tahun 2013, tetapi disebabkan lanjutan lima tahun, mereka akan bersara tahun depan. Ini akan membuka peluang buat kira-kira 100,000 graduan muda,” jelas Shamsuddin Bardan.
4. Graduan muda yang punya kemahiran lebih diperlukan
Seorang profesor di Sunway University Business School, Yeah Kim Leng bersetuju bahawa individu yang mempunyai kemahiran IT yang baik akan sentiasa diperlukan terutamanya dalam bidang e-dagang dan ekonomi.
5. Industri-industri yang mempunyai kekosongan yang rendah termasuklah perbankan, elektronik dan pembinaan
Seorang lagi pakar, Hoo Ke Ping, pengarang beberapa buku mengenai ekonomi antarabangsa telah melihat isu ini dan mengatakan bahawa sektor awam, industri perbankan dan beberapa sektor swasta tidak akan mempunyai banyak kekosongan.
Sementara itu, industri pembinaan, elektronik dan sektor yang berkaitan dengannya seperti pengangkutan dan simen juga dilihat perlahan.
6. Pilihan pekerjaan alternatif seperti food trucks dan perniagaan online jadi lebih popular
Selepas Perdana Menteri mengumumkan tentang pinjaman mudah bernilai RM120 juta akan diberikan kepada 1000 food trucks 1Malaysia (FT1M) semasa pengumuman bajet 2018 baru-baru ini, Hoo meramalkan bahawa ramai graduan muda yang akan mengambil tawaran ini untuk menjalankan bisnes food trucks.
Ramai anak muda akan beralih ke bidang perniagaan online kerana dijangka lebih ramai yang akan menggunakan perkhidmatan shopping online.
Namun begitu, janganlah pula sampai ada yang tak tidur malam selepas membaca artikel ini. Percaya dengan rezeki, jika disertakan dengan usaha gigih, insyaAllah pasti ada jalan dan ruang untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baik.
Sumber: World of Buzz