Beberapa hari ini tular di media sosial perkongsian kisah penderaan seorang kanak-kanak OKU berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella. Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis dan ramai masyarakat Malaysia menuntut bela untuk anak istimewa yang tidak berdosa ini.
Pusat perlindungan kebajikan Rumah Bonda yang membela adik Bella telah pun disita kerana didapati tidak berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain Bella, sebenarnya ada banyak lagi kes-kes penderaan yang agak tragis berlaku kepada golongan kanak-kanak. Ada pelakunya terdiri dari ibu kandung, bapa kandung, bapa tiri, kekasih ibu, bapa saudara dan ramai lagi golongan dewasa yang sepatutnya melindungi anak-anak kecil ini.
Berikut kami senaraikan kes-kes penderaan agak tragis yang pernah terjadi dalam sejarah penderaan di Malaysia.
Kes 1 – Ditendang di tepi padang selain alami pendarahan otak
Kes kematian Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun yang berlaku 5 Mac 2010, dianggap kes penderaan yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, allahyarham pernah ditendang di bahagian perut di tepi sebuah padang bola di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor namun ramai yang menjadi pemerhati dari membantu.
Syafiah dipijak, ditendang oleh kekasih ibunya namun membaca kenyataan akhbar ini membuatkan kita semua berasa sakit hati
Lebih menyakitkan hati, perbuatan dera ini dilakukan oleh kekasih kepada ibu mangsa yang mana dalam satu kenyataan selepas kejadian ini terjadi, ibu mangsa mendakwa masih menyayangi kekasihnya itu biar apa pun yang terjadi.
Kanak-kanak malang ini ditemui maut akibat pendarahan pada otak, mengalami kerosakan buah pinggang, dihentak dan ditendang dengan kuat termasuk kulit kepalanya terkoyak akibat dipijak. Keseluruhan tubuhnya turut lebam akibat sentiasa didera.
Kes 2 – Pendarahan dalam otak
Nur Khayra Mohamad Amirul Asnil, 6 bulan antara mangsa dera terbaru yang terjadi selepas kes Nur Aina Nabihah. Bayi kecil tidak berdosa ini pada awalnya dimaklumkan terjatuh dari buaian oleh ibu bapanya tetapi imbasan menunjukkan ada pendarahan pada otaknya serta bahagian mata. Namun kematiannya menunjukkan terjadinya pukulan dengan benda tumpul di kepala.
Ads
Suspek ditahan reman. pix kredit : Malay Mail Online
Di rumah inilah mangsa menginap bersama ibu bapanya. Pix kredit penmerahpress
Ibu bapa mangsa berusia 19 dan 21 tahun dan hasil siasat polis mendapati lelaki yang bekerja sebagai pengusaha kantin itu mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kenderaan curi. Kes penderaan ini disiasat menurut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Kes 3 – 73 kesan lebam dilakukan oleh ibu tiri
73 kesan lebam dan luka yang ada ditubuh Nordiana Qistina Nurafizan, 3 tahun menjadi punca kepada kematiannya dalam kejadian di Kampung Sungai Tiram, Johor Bharu 10 Januari lalu. Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad, 1 tahun turut menjadi mangsa kekejaman dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya.
Suasana hiba menyelubungi ketika majlis pengkebumiannya
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah. Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah. Awalnya ibu mangsa dimaklumkan lemas ketika mandi dalam besen tetapi ternyata ia berita diada-adakan untuk menutup perbuatan keji.
Kes 4 – Pendarahan di kedua belah telinga
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal selepas didera oleh ibu kandungnya sendiri dalam satu kejadian di Kulai, Johor. Awalnya, mangsa dihantar ibunya ke hospital Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada jam 7.30 malam tadi dalam keadaan tidak bernafas.
Ads
Bagaimana pun pemeriksaan doktor mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua telinga mangsa, selain kesan lebam di bahagian kepala sebelah kiri, belakang badan dan takungan air di kerongkong. Ibunya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya berusia 18 tahun telah ditahan polis dan dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes 5 – Badan penuh kesan lebam akibat digigit
Seorang kanak-kanak, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, mati akibat didera teman lelaki ibunya. Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.
Mangsa maut dan terdapat beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Kes 6 – Mati didera ibu bapa angkat
Muhammad Al Fateh Abdullah, 21 bulan (setahun sembilan bulan) menjadi mangsa kerakusan manusia apabila mati didera oleh ibu bapa angkatnya yang berusia 30 dan 34 tahun.
Ads
Pasangan suami isteri ini mempunyai 8 orang anak. Terdapat kesan kecederaan lama dan baharu seperti lecur pada tubuhnya. Doktor juga mengesahkan mangsa pernah dirawat akibat menghidap tibi dan retak pada lengan kanan.
Kes 7 – Kekasih Nigeria dera anak kekasihnya
Mangsa, Mohd Adam Osi, 5 maut bila didera oleh kekasih kepada ibunya yang berasal dari Nigeria. Mangsa meninggal akibat pendarahan dalam otaknya dipercayai dipukul dengan objek keras oleh kekasih ibunya itu.
Nenek mangsa siap membuat rayuan agar tidak terus memburukkan anaknya itu kerana katanya anaknya berusia 28 tahun itu begitu tertekan selepas berita itu tersebar. Kata nenek mangsa, anak saya memang sangat sayang ketiga-tiga anaknya. Paling teruk pun dia hanya meninggikan suara kalau mereka terlalu nakal.
Inilah sebahagian daripada kes dera yang sangat menyayat hati terjadi kepada anak-anak kecil. Apa yang boleh kita lakukan dalam hal ini adalah berani untuk menegur, bertindak melaporkan jika kita sering terdengar tangisan luar biasa seorang kanak-kanak. Gunakan konsep ‘hal kau hal aku’ kerana dengan sikap ini boleh menyelamatkan mangsa yang tidak berdosa.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan talian NUR 15999 untuk sebarang kes aduan dan bolehlah kita sama-sama membantu apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang anak langsung tidak menyangka, pistol yang disangkakannya adalah pistol menembak cicak sebenarnya adalah pistol sebenar sehingga mencederakan ibunya sendiri apabila dia menarik picu.
Pemuda berusia 25 tahun ini yang terlibat pistol milik bapanya yang sudah diletakkan di tempat tinggi, menarik picunya dan terus terkena bahu kanan ibunya yang patah apabila terkena tembakan tersebut.
Seorang isteri anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, cedera bahu kanan selepas anaknya tertembak menggunakan pistol suaminya, pagi tadi.
Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff @Ahmad, 48, dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas mengadu sakit apabila peluru terkena bahunya dari arah belakang.
Suaminya, Sarjan Zulkifli Ayub berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia berada di rumah di Kuarters IPD, selepas pulang bekerja.
“Saya pulang kerja pada pagi tadi dan mendapati anak serta isteri tidur di dalam bilik. Saya tidak mahu mengejutkan mereka tidur dan saya tidur di ruang tamu.
“Pistol pula saya letak di atas almari di ruang dapur. Tidak sangka pula anak saya mengambilnya kerana saya sudah letak di tempat tinggi.
“Bagaimanapun, isteri saya stabil dan kini berada di Hospital Kuala Krai, untuk rawatan susulan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin memberitahu, suspek yang berusia 25 tahun menyangka pistol yang dijumpai itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak.
Katanya, secara tidak sengaja, suspek menarik picu dan peluru terkena bahu ibunya yang turut berada di ruang dapur.
“Mangsa dipercayai patah tulang bahu akibat kesan peluru berkenaan. Namun, keadaan mangsa tidak membimbangkan.
“Kita juga turut mengambil keterangan daripada suspek berhubung kejadian itu. Kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api,” katanya.
Orang ramai diingatkan tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang berlaku hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaya (SKMM) berkata, tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.
“Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.
“Pada masa yang sama, pihak SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, SKMM berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.
“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.
Di masjid antara masjid yang mengorbankan sebahagian umat Islam yang baru selesai solat Jumaat apabila penyerang tiba-tiba memasuki masjidRata-rata umat Islam menyifatkann serangan ini tidak masuk akal
Carian Remaja di Wikipedia menemui, dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda “tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”
Media antarabangsa melaporkan, penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di bandar ini ketika jemaah sedang bersolat Jumaat dan membunuh beberapa mangsa dipercayai turut menyiarkan secara langsung serangan itu di media sosial.
Satu akaun twitter dengan nama Jack Dawkins menyiarkan video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan senjata automatik melepaskan tembakan dalam sebuah masjid.
Video itu turut tertera “amaran rakaman sensitif ” dan tanda pagar Christchurch.
Antara umat Islam yang terkorban dalam tembakan rambang dalam solat Jumaat tadi
40 maut dan ramai cedera
Dalam kejadian dianggap menggemparkan bagi seluruh umat Islam ini, seramai 40 orang meninggal dunia dalam tembakan rambang yang dilepaskan. Malah beberapa orang rakyat Malaysia turut menjadi mangsa dalam insiden memilukan ini. Antaranya Muhammad Tarmizi Shuib kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchvrch. Difahamkan juga bekerja sebagai pengendali simulator penerbangan masih mendapatkan rawatan dalam kejadian menyayat hati itu.
Begitu juga yang terjadi kepada Mohd Nazri Hisham Omar, 46 yang parah dalam kejadian tembakan secara rambang di Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand. Menurut isterinya, suaminya cedera teruk namun beliau tidak tahu keadaan bagaimana dan akan berangkat ke New Zealand secepat mungkin bersama anak sulungnya.
Rakaman wajah penyerang Brenton Tarrant, 28 yang berasal dari Australia pasti selepas dilihat di CCTV
Dalam pada itu, seorang lagi rakyat Malaysia Rahimi Ahmad disenaraikan antara yang menjadi mangsa insiden tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang Brenton Tarrant, 28 ayng berasal dari Australia yang membuat amukan konon mahu mengurangkan kedatangan warga asing.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak malam semalam, kecoh di media sosial mengenai kenyataan terbaru mengenai isu moratorium yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM). Ramai menzahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini diberitakan, peminjam akan menerima tangguhan bayaran secara automatik untuk tempoh 6 bulan berikutan wabak COVID-19 tetapi untuk kenyataan terbaru malam tadi, dimaklumkan peminjam perlu membuat permohonan jika bersetuju dengan penangguhan tersebut.
Malah untuk kenyataan terbaru itu lagi, peminjam diberi dua pilihan. Bayar sekaligus tangguhan dari April pada Oktober (tujuh bulan sekaligus) atau kontrak pinjaman dipanjangkan lagi dari kontrak asal dengan kadar faedah lain dikenakan terhadap tangguhan pinjaman tersebut.
Mungkin ramai keliru ditambah ramai yang mula menerima kesan gaji dipotong akibat COVID-19. Perkongsian dari individu atas nama Mikka Medinna di fbnya mungkin buat kita lebih faham apa isu dikecohkan pada hari pekerja ini.
Baca perkonsiannya.
Astro awani berani mati keluar statement. Tak ada selindung dah. UTURN dia tulis. Tak ada cover-cover dah. Ketakutan tentang kewangan sudah melebihi ketakutan daripada COVID-19. Kita sudah di warning tentang recession, lebih teruk daripada Great Recession 1930.
Tapi kita tepis dan ignore dengan harapan semua ini akan berlalu, semua ini hanya untuk sementara.
Kita leka dan lena dalam PKP sampai kita tak perasan banyak business dah lingkup, banyak hotel-hotel besar dah tarik handbrake awal-awal. Kasi bungkus sebelum modal juga musnah. Kita terbuai terpesona dengan tiupan #kitajagakita.
Ibarat iklan promosi yang promosinya terlalu menggoda ayat promosi bold dan big font. Terma dan syarat kecik je tulisannya. Yang bijak akan meneliti sebelum terhampa. Yang macam monyet dapat pisang dah bersorak gembira.
Apa pun keadaannya, u-turnnya, kekeliruannya. Percayalah dengan scenario economy downturn ini jumlah loan akan bertukar ke NPL status akan hike up sama ada, ada interest or tak interest ada moratorium or tak, hutang kalau ditangguh memang akan jadi kebiasaan untuk tak dibayar nanti (berdasarkan pengalaman keje kat department loan monitoring and legal) .
Sebab tu kena displin untuk tetap bayar melainkan betul-betul tak boleh buat apa. Blatant u-turn? Actually statement tak diperhalusi macam pencerahan bantuan prihatin pada kiah-kiah semua. Kerajaan Tok Ayah sangat gentle tak nak ada public shock. PKP pun announce date by date kalau tiba terus announce sampai Jun mahu semua hamuk.
Baru sebut faedah terakru, kepala sudah pining jugah duduk yinni milisia😝. Ditambah dengan kekeliruan akibat percanggahan term skit part interest tu yang dikeluarkan oleh ABM, baru BNM. ABM up dulu no interest, BNM habaq with acrued interest. Sudahnya satu palang statement tanda cancel, yang BNM punya 27 March statement tak boleh access.
Tapi netizenkan laju saja screenshot. For me, ABM tak sepatutnya mendahului kenyataan BNM as the regulator. Tak apalah, part ni pecah kepala sikit kita pergi kepada latest release as per today. Ok skit menjawab kekeliruan. Dengan pengalaman kerje dengan subcom BNM dan FI yang I ada.
1.Kata auto kenapa kena apply pula moratarium ke benda tu?
Bukan apply sayang. Just to make it official. Ada dokumen peminjam kena sign mengatakan kita terima. Sebab ikut akta bank sebarang perubahan dalam perjanjian pinjaman kena sign letter of acceptance. Tak tandatangan maknanya tak terima moratorium.
Ada 2 tawaran yang diberikan Pertama, bayar lumsum (sekaligus) 6 bulan tertunggak sekali dengan ansuran bulan ke 7. Tujuh bulan punya installment. 6 overdue, 1 current. No late interest. Jangan bayar lewat daripada end of October saja. And of course, who will be able to cough out with the big lum sum of 6 mos?
Kedua, amik moratorium 6 bulan. Panjangkan pinjaman. Bulanan bertambah sebab 6 bulan sekali interest 6 bulan ini dah diserap masuk dalam total keseluruhan pinjaman yang berbaki.
It’s your choice. No need to do it kalau tak ada keperluan. Hutang tetap kena bayar.
Rasanya kerajaan dah tolong arahkan FI untuk tangguhkan bayaran principle pun dah membantu daripada depa buat keras..Pinjam tetap kena bayar on time! Lagi sadis. FI pun tepaksa mintak BNM kenakan interest macam mana depa nak bertahan dengan capital rolling cost? Hotel dah buang staff, kilang dah buang staff, kalau bank pun buang orang ampa semua hamuk gak kan?
Situation kita semua sama shj ditelan mati mak, diluah mati bapak. For me compounding an appropriate sum of int is fair to both side. Ingat u ols. Bank tunggak ekonomi kita. Yang pening BNM. Kena protect FI dan protect end user macam kita. Be strong dan get ready everybody. Tak boleh strong kita purak2 mati jer bersama-sama.
Ok tambahan dalam bentuk kira-kira. Nampak nombor, nampak RM baru korang senang fahamkan. Geytohlaaa aku dulu dekat bank dengan customer. Masa nak dapat duit dia semua setuju semua pahammmmm puannn. Bila dah ada arrears, mula buat sengal itu apa puan ini apa puan.
Contoh 1
Awak pinjam 9 tahun HP loan( Hire purchase ya bukan telefon) dengan kadar interest 3%.
Installment (bayaran bulanan) RM500.
6 bulan tertunggak kalau ambil moratorium: RM3,000.
Pinjaman dah jadi bukan 9 tahun lagi tapi dah jadi 9 tahun enam bulan. (9.5years)
RM3000 x 3% ( ini compounding interest untuk jumlah 6 bulan tangguhan yang akan dimasukkan (absorb dalam total pinjaman) =RM855. 00
RM855.00. Ini jumlah interest sebab kita ambil moratorium.
RM855/114 bulan= RM7.50
Pertambahan RM7.50 sebulan dalam ansuran. Daripada bayar RM500 sudah jadi bayar RM507. 50
Ngertikah! I dh try jadi kiah ni. Kesimpulannya kiah dah nyesal beli thermomix. How?
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...