iPhone ke Android? Ramai juga yang selalu bertelegah tentang isu pemilihan smartphone ni. Kedua-dua jenama ini mempunyai pengikut setia mereka yang tersendiri.
Namun, kebanyakan experts nampaknya lebih memilih iPhone berbanding Android.
Nak tahu kenapa? Ini 9 sebab utama kenapa iPhone lebih baik daripada Android.
Apabila versi iOS dikeluarkan kepada pengguna iPhone, majoriti daripada mereka hanya perlu beberapa jam saja untuk mengemas kini software tersebut. Tidak perlu menunggu lama.
Sebaliknya, pengguna Android mengambil masa yang lama untuk mengemas kini software telefon bimbit kerana OS digunakan oleh banyak pengeluar telefon.
iPhone menjadikan gambar anda lebih sempurna kerana iPhone 6s dan 6s Plus mempunyai kamera 12-MP dengan penangkapan video 4K.
iPhone juga sedang berusaha untuk merampas takhta hasil selfie terbaik daripada telefon Android dan dalam pada itu, FaceTime HD juga mempunyai ciri Retina Flash baru yang mampu meningkatkan kecerahan skrin berganda.
Walapun iPhone mempunyai bahagian pasaran yang lebih kecil, developers masih terus memastikan iPhone mendapatkan aplikasi terbaik untuk iOS terlebih dahulu.
Kebanyakan aplikasi popular di Android tidak mempunyai features dan designs yang lebih berbaik berbanding iPhone. Jika anda sangat mementingkan aplikasi terbaik untuk smartphone, iPhone adalah pilihan yang lebih baik.
Apabila menghadapi sebarang masalah dengan telefon Android, anda boleh cuba mencari penyelesaiannya di online forums. Tapi kalau iPhone, anda boleh memanfaatkan database berguna dengan merujuk kepada artikel di laman web Apple, mendapatkan bantuan secara terus menerusi live chat atau terus ke Apple Stor Genius Bar.
Google tidak mempunyai hubungan langsung seperti ini dengan pelanggannya jadi jika menggunakan Android, anda perlu terus ke kedai membaiki telefon bimbit.
From the hardware to the software, Apple menjaga segala-galanya yang berkaitan dengan iPhone. Ia untuk memastikan semua aspek peranti disesuaikan agar berfungsi dengan lancar antara satu sama lain dan memberikan pengalaman pengguna yang hampir tidak dapat ditandingi oleh jenama lain.
Optimization, hardware dan software adalah salah satu aspek yang paling penting ditekankan dalam iPhone. So, ini menjadikan bahawa iPhone adalah lebih baik berbanding Android.
Apple’s iPhone disasarkan pada sistem tertutup yang bermaksud anda hanya boleh install aplikasi daripada apps store mereka saja.
Walaupun cara ini mengehadkan pengguna, tapi ia juga menjamin keselamatan telefon anda dengan baik.
Sesetengah jenama telefon Android cuba untuk meniru gaya fingerprint sensor iPhone tetapi tidak ada satu pun daripada mereka yang dapat menghasilkan sensor seperti TouchID di iPhone.
Beberapa tahun lepas, iPhone membeli sebuah syarikat , Authentec yang menjadikan sensor cap jari terbaik untuk peranti mudah alih. Tidak ada siapa yang boleh mengalahkan TouchID sejak dari itu.
Apple jarang membuatkan pengguna mereka berpaling tadah kepada jenama lain. Tidak sama seperti Android yang daripada masa ke semasa sering mempunyai masalah, jadi lebih ramai yang percaya dengan konsistensi dan reliability iPhone.
iPhone lebih senang digunakan berbanding Android kerana mempunyai iOS yang jauh lebih mudah dan menyeronokkan kerana rata-rata pengguna iOS memang lebih setia kepada jenama ini berbanding pengguna Android. Ia juga mempunyai user-interface yang lebih mesra pengguna.
Walau bagaimanapun, sama ada iPhone atau Android, pilihan tetap di tangan anda.