
“Ini adalah permulaan untuk mencintai diri sendiri”
Demikian luahan pelakon meningkat naik, Amelia Christie yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut di media sosialnya.
Perkongsian tersebut disifatkan sesetengah pihak seolah-olah gambaran perasaannya ketika ini yang sedang beralih fasa mahu lebih mengutamakan hati sendiri.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan menganggap Amelia kini sudah ‘move on’, selain berharap pelakon berusia 24 tahun itu menemui peneman hidup yang lebih baik.
Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
Ia mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.
SUMBER FOTO: Instagram Amelia Christie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kahwin Dengan Anak Bongsu, Ini 10 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap

Isi Kandungan
ToggleSiapa pasangan dia anak bongsu? Korang boleh ready la untuk segala kemungkinan yang ada ni. Hiks!
Orang kata anak bongsu ni kerenah dia lain macam sikit. Bukan la kata mereka tak baik, cuma terlebih manja sikit je (betul ke?).
So, untuk korang yang nak mengakhiri zaman bujang dengan si anak bongsu ni, apa kata hadamkan dulu antara sikap-sikap comel mereka ni.
1. Agak susah nak faham dia
Kadang-kadang happy, tapi sekejap lagi korang boleh tengok dia tiba-tiba muram pulak. Mesti ada yang tak kena tu..
2. Cepat merajuk tapi cepat sejuk
Bab merajuk memang bagi dia. Tapi, dia pandai pujuk hati sendiri. So, tak payah risau la. Berikan mereka masa untuk bertenang sendiri.
3. Manja
Dah biasa dimanjakan oleh mak dan ayah, tak mustahil dengan korang pun dia kan terlebih manja dan selalu inginkan perhatian.
4. Kadang-kadang suka buat andaian sendiri
Kalau tak jawab soalan yang dorang tanya, ada saja la yang bukan-bukan dia fikirkan. Jadi baik berterus terang dan jangan sembunyi apa-apa daripada mereka.
5. Happy go lucky
Ceria dan suka ketawa. Tak kisah la waktu ada masalah ke apa, mereka pandai menyembunyikan perasaan dan sentiasa nampak happy.

6. Mudah sedih/menangis
Kebanyakan anak bongsu ni berhati tisu. Hiks!
7. Walaupun kurang matang tapi pandai berdikari
Nampak macam budak-budak, tapi kalau dah terpaksa duduk seorang diri dekat rumah tu, tahulah dorang nak buat kerja sendiri, seperti masak atau mengemas rumah.

8. Tak suka kena compare
Jangan pernah membandingkan mereka dengan orang lain. Memang dia boleh naik ‘hangin’.
9. Lemah bab pengurusan duit
Nak kata boros sangat tu tak juga, tapi kadang-kadang mereka sendiri pun tak tahu ke mana habisnya duit mereka tu..
10. Degil
Kalau dia cakap A, jangan berani-berani nak kata B atau C. Anak bongsu ni sejenis yang tetap pendirian dan sedikit keras kepala. Tapi jangan risau, walaupun mereka macam tu tapi dalam hati tetap ada bunga. Hehe..
Bukan nak menakutkan, tapi ini antara sikap-sikap anak bongsu yang korang kena faham. Tak kenal maka tak cinta kan?
21.08.21 Jadi Tarikh Istimewa Remy Ishak, Elisya Sandha & Nynaa Harizal

Wah, wah! Tarikh 21 Ogos 2021 telah menjadi saksi kepada beberapa ikatan jodoh di antara selebriti tempatan bersama pasangan masing-masing. Mungkin ia disebabkan oleh ‘angka cantik’ iaitu 21.08.21 yang menjadi angka keramat bagi tiga pasangan ini.
Pada sebelah tengah hari tadi selepas solat Zohor, hero Malaya Mohammad Zalimei bin Ishak atau lebih popular dikenali sebagai Remy Ishak selamat melangsungkan akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur bersama kekasih yang dikenalinya selama lapan tahun, Ezza Yusof.
Menganggap tempoh pandemik sejak tahun lalu sebagai satu tempoh yang membuatkan dirinya lebih terbuka dalam memahami maksud sebenar perhubungan yang terjalin antara mereka berdua, Remy bersyukur mereka semakin matang seiring usia.
Tentunya, Remy ingin mengadakan majlis resepsi terbuka untuk meraikan hari bahagia bersama kenalan rapat mereka. Namun ia haruslah diadakan pada waktu yang lebih mengizinkan.
*
Beberapa jam selepas itu, tiba giliran anak teruna Jinggo dan Sheila Rusly, Uzair Haqimy pula memperisterikan pelakon jelita, Elisya Sandha. Adik kepada Fasha Sandha itu sebenarnya telah bersedia untuk bergelar isteri sejak beberapa bulan lalu lagi. Namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana musim pandemik yang tidak menentu.
ARTIKEL BERKAITAN : “Teman Dia Macam Mana Papa…”, Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly – REMAJA
Lalu, kelonggaran yang akhirnya diperolehi bagi melangsungkan acara akad nikah telah digunakan Uzair dan Elisya untuk mengikat tali perkahwinan di kediaman keluarganya.
Untuk pengetahuan, pasangan romantik ini terlebih dahulu selamat bertunang dalam sebuah majlis ringkas pada awal Januari tahun ini.
*
Pelakon dan pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019, Nynaa Harizal dalam pada itu turut berkongsi bahawa dirinya kini sudah bergelar tunang orang.
ARTIKEL BERKAITAN : Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat – REMAJA
Nynaa, 25 memaklumkan kepada REMAJA bahawa majlis kecil-kecilan telah diadakan di antara ibu bapa mereka berdua dan tidak melibatkan orang luar. Hanya persetujuan di antara dua pihak dan acara makan semeja dengan keluarga saja yang dilangsungkan.
Nynaa dan tunangnya yang dikenali sebagai Fahmi Ilyas sebenarnya telah merancang sejak akhir bulan lima lagi. Namun mereka tidak menyangka Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang akan berlarutan hingga ke hari ini disebabkan pandemik COVID-19.
Sebelum ini, Nynaa pernah berkongsi dalam sebuah sesi Instagram Live mengenai kesediaannya untuk bergelar isteri tidak lama lagi.
BACA LAGI : Nynaa Harizal Akan Kahwin Tahun Ini? – REMAJA
JAWI Raikan Pasangan Pengantin Ikut SOP, Siap Dengan Tajaan Deko Pelamin

Sejak majlis akad nikah dibenarkan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 27 Oktober lalu, seramai 111 pasangan telah melangsungkan pernikahan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur dan Pejabat JAWI Putrajaya dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Pihak JAWI telah melakukan inisiatif ruang tambahan berkhemah dengan dekorasi menarik bagi kemudahan majlis akad nikah di Dataran Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan lebih keselesaan kepada pasangan pengantin untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan, terutamanya ketika dalam tempoh PKPB.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan majlis akad nikah ini hanya dibenarkan kepada:
• Pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dari JAWI
• Telah membuat temujanji terlebih dahulu
• Tertakluk bagi kawasan zon hijau dan kuning sahaja
• Hanya dijalankan di pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya sahaja
Pihak yang terlibat juga mestilah:
• Tidak mempunyai gejala
• Bukan kontak rapat kes positif COVID-19 atau yang dibawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO)
• Bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau zon merah
Terbaru, melalui hantaran di Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI telah pun memuat naik foto pejabat mereka yang telah didekorasi dengan tajaan pelamin VillaBusainna.

Wah, menariknya. Sekurang-kurangnya pasangan pengantin tidaklah rasa seperti ‘kahwin koboi’ kan?


Inisiatif ini turut mendapat reaksi positif dari netizen yang rata-ratanya memuji usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Ada juga pasangan yang terus rasa nak bernikah dalam tempoh PKPB ni. Hiks!
Syabas kami ucapkan kepada JAWI dan pihak penaja kerana sedikit sebanyak pihak anda telah memberikan kegembiraan buat pasangan pengantin meraikan pernikahan.
Ha, ada yang rasa nak nikah juga ke? Hehe..
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI