PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu

“Ini Adalah Rahmat..”, PU Azman Buka Mata Netizen Tentang #StayAtHome Dan Hadis Sohih Berkaitan Wabak

Bermula daripada itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas, pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan.

Terbaru melalui instagram miliknya, Pu Azman atau lebih dikenali dengan Cik Man ada berkongsi sebaring ayat al-quran mengenai wabak.

Ads

View this post on Instagram

Korang hadamkan yer. . عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ، فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ. . Maksud :Daripada Aishah, "Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid". (Sohih Bukhari). . Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat. . Tu kena tepuk dada sendiri. . Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini. . Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah. . Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia. . Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat. . Satu lagi sebelum Cik Man terlupa, sapa ada lauk, cakap tau.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

“Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.

Tu kena tepuk dada sendiri.

Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.

Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.

Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.

Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.”

Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.

Ternyata ramai yang bersetuju dan rata-rata warganet mengakui tentang perkara ini.

Ads

“Ini Adalah Rahmat..”, PU Azman Buka Mata Netizen Tentang #StayAtHome Dan Hadis Sohih Berkaitan Wabak

“Ini Adalah Rahmat..”, PU Azman Buka Mata Netizen Tentang #StayAtHome Dan Hadis Sohih Berkaitan Wabak

Ads

Tatkala menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan warganet berkaitan hal keagamaan, beliau pasti akan selitkan sekali unsur jenaka membuatkan ramai tidak kering gusi. Tak percaya? Lihat sendiri di Instagram miliknya.

Ye, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan moga wabak ini membawa seribu rahmat buat rakyat Malaysia!

Sumber : Instagram PU Azman

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI