
Isi Kandungan
ToggleDiam tak diam, kini Hero Remaja 2021 pula bakal melabuhkan tirainya pada malam esok dengan menampilkan empat lagi finalis termasuklah Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Mierul Aiman dan Fazziq Muqris.
Sebenarnya, sudah ramai rupanya selebriti lelaki yang lahir daripada program Pencarian Hero Remaja sejak tahun 1990 lagi.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)
Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)
Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)
Farhan Asri (Naib Juara)
Harris Annuar (Tempat Ketiga)
Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)
Hero Remaja 2020
Nadhir Nasar (Juara)
Umar Hisham (Naib Juara)
Meerqeen (Tempat ketiga)
Aniq Suhair (Hero Favorite)
Siapakah agaknya yang bakal memiliki takhta Hero Remaja yang sebelum ini dimiliki oleh Nadhir Nasar, Hero Remaja 2020 yang semakin meningkat naik dalam drama Project Anchor SPM dan i-Tanggang?
Sama-sama kita nantikan pada 6 November ini.
“Trylah Join Hero Remaja, Baru Tahu Kunyit Ke Tak..” Aziq Mukhriz Balas Netizen Kata Lelaki Menangis ‘Kunyit’

Isi Kandungan
ToggleEpisod Ketiga menyaksikan salah seorang peserta termuda, Aziq Mukhriz, 18, meninggalkan gelanggang Hero Remaja 2017. Meskipun cuba tampil tenang, Aziq nyata tidak mampu perasaan sedih dan menitiskan air mata tatkala namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Dihujani kata-kata semangat daripada penyokongnya selepas episod tersebut disiarkan, ada juga segelintir netizen yang menyindir aksi menangis Aziq dengan laungan ‘kunyit’. Namun, peserta yang sentiasa cool ini tidak melatah sedikit pun. Apabila ditunjukkan reaksi netizen, dengan riak yang lucu Aziq menjawab,
“Geng kunyit? Kalaulah mereka kat tempat kami lalui hampir 6 bulan bersama Hero Remaja ni, rasanya baru mereka tahu kunyit tak kunyit kami ni. Apa yang penonton nampak di TV tu hanyalah highlights aktiviti kami sebagai Finalis Hero Remaja. Mereka tonton 30 minit, sekali seminggu, sedangkan kami dah menjalani aktiviti dan latihan bersama Hero Remaja hampir setiap hari selama enam bulan.”
“Sesiapa yang mengikuti perkembangan Hero Remaja sejak pengumuman Top 20 mesti perasan, banyak physical tasks dan digital tasks yang kami dah buat selama berbulan-bulan, lama sebelum Hero Remaja disiarkan di TV. Enam bulan bersama Top 20, mereka ni dah macam keluarga sendiri. Ada masanya jadual kami sangat padat, namun penat dan stres tu kami kongsi sama-sama. Kami tak merungut sebab ini cara yang kami pilih untuk kejar impian kami dalam industri ini.”
Tambahnya lagi, “Saya dah curahkan usaha dan perasaan untuk sesuatu yang saya minat, takkanlah saya tak rasa apa-apa apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir? Ia seperti meninggalkan ‘sekolah’ dan kawan-kawan, pada masa yang sama rasa kecewa dan takut kerana masih banyak yang saya belum sempat belajar. Jadi, menitiskan air mata saat tersingkir tu reaksi semulajadi dan spontan, bukti saya betul-betul komited dengan Hero Remaja 2017 ni.”
“Kita sebagai manusia ni tak tau susah senang hidup orang lain sebab kita bukan di tempat mereka, jadi kita tak berhak nak mengata atau mengutuk orang bukan-bukan. Netizen berhak bersuara sebenarnya.. dan kalau mereka bersuara tu maknanya mereka kisah akan kami so tak ada apa lah digelar kunyit tu.”
Momen Tersingkir
Diumumkan sebagai salah seorang peserta Bottom 3 bersama Adam Yusuf dan Nabil Aqil, Aziq ketika itu sebenarnya masih menaruh harapan untuk mara ke minggu seterusnya. Malangnya, nasib tidak menyebelahi peserta Top 10 termuda ini yang terpaksa akur dengan keputusan juri.
“Semasa Kak Dynas (Dynas Mokhtar) sebut nama Aziq sebagai Bottom 3 tu, saya rasa okay lagi. Tapi saat Kak Dynas ikat kain merah pada kayu yang saya pegang, perasaan saya hancur berkecai. Dalam fikiran saya masa tu semuanya negatif. Dari momen diumumkan sebagai peserta tersingkir sehinggalah tamat rakaman, saya cuma fikir, ‘lepas ni apa la aku nak buat?’ ‘Ada ke lagi tempat aku kat luar sana?’ ‘Teruk sangat ke Aziq ni?’ Allah je tau apa yang Aziq rasa masa tu,” katanya mengimbau episod penyingkiran.
Semestinya bukan mudah untuk Aziq, kerana selepas rakaman babak penyingkiran, dia masih perlu bersama-sama team produksi dan finalis yang terselamat melalui malam terakhir di Redang dan perjalanan pulang keesokan harinya. Bagaimana Aziq cope?
“Allah dah anugerahkan saya dengan kawan-kawan yang sangat baik dalam pertandingan ni. Saya boleh cakap yang mereka (finalis-finalis Hero Remaja) ni la abang-abang saya. Mereka jumpa Aziq one by one, bagi nasihat dan buat saya happy dan senyum balik. Malam selepas penyingkiran tu juga, Kak Scha (Scha Al-Yahya) ajak saya minum sekali dan bagi saya kata-kata semangat. Kata Kak Scha, saya ada potensi dalam bidang ni, jadi saya kena keep on moving forward sebab ni bukan penghujung tapi baru permulaan.”
“Tipulah kalau air mata tak mengalir masa nak tidur malam tu, tapi saya tetap positifkan mindset. Semua ni mesti ada hikmahnya. Lagipun, dalam Top 10 ni saya yang paling muda dan paling tak ada experience.”
“Yes, mula-mula terpilih sebagai Top 20 Hero Remaja saya macam tak sure dengan direction saya. Tak dinafikan yang saya rasa rendah diri dan tercabar apabila bersama finalis yang lain. Lambat laun, saya faham yang saya takkan dipilih sebagai finalis Hero Ramaja 2017 kalau saya tak sehebat atau sebagus mereka. Cuma, saya perlu cari identiti saya sendiri dan buktikan yang saya juga boleh jadi pencabar kepada yang lain-lain. Dan setelah saya berjaya sampai ke peringkat Top 10, saya mula nampak arah tuju dan start fokus betul-betul sebab saya memang layak berada di sini,” ujarnya panjang lebar.
Pernah Bergelar Pelakon Kanak-Kanak
Meskipun merasakan dirinya tidak berpengalaman, buat satu ketika Aziq sebenarnya pernah berlakon dalam beberapa buah drama. Peluang terbuka ketika Aziq masih di Tingkatan 3 melalui seorang rakan sekelas yang juga anak kepada seorang penerbit drama. Macam mana Aziq boleh terjebak?
“Kawan saya tanya, Aziq nak berlakon tak? Saya jawablah nak, kemudian dia berikan maklumat untuk casting dan saya pun pergi. Beberapa hari lepas tu, pihak produksi call dan beritahu yang saya dapat part tu. Dari situlah saya mula dapat peluang-peluang yang lain. Tapi kalau tanya tajuk-tajuk cerita, saya dah tak ingat sebab dah lama. Cerita yang Aziq berlakon semuanya untuk satu saluran IPTV dan biasanya Aziq dapat watak jadi anak, pembuli, handsome..” balasnya sambil tergelak.
Jadi, kenapa Aziq tak teruskan?
“Bila masuk ke Tingkatan 4 dan kemudiannya Tingkatan 5, saya perlu fokus pada exam SPM. So, saya stop dulu berlakon untuk beri laluan kepada pelajaran.” balas Aziq yang turut merancang untuk menyambung pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa kelak.
Menyertai Hero Remaja 2017, Aziq berharap dapat menyambung kembali perjalanannya dalam bidang lakonan dan berdiri sebaris dengan pelakon-pelakon yang dikaguminya; Remy Ishak dan Bront Palarae. Kedua-duanya hero sado sedangkan Aziq belum lagi. Adakah Aziq rasa semua pelakon lelaki perlu sado untuk bergelar hero?
“Sebenarnya orang kata hero perlu sado tu tak salah pun.. Ada banyak faedahnya kalau badan fit. Pelakon lelaki yang sado memang ramai peminat wanita, tapi ada jugak perempuan yang tak minat lelaki sado kan?”
“Pada saya, kita perlu tahu matlamat diri jika nak bergelar pelakon. Jika perlu jadi sado, kenalah pergi gym dan workout. Namun, perkara paling penting masih bakat dan skil lakonan. Ingat, hero itu dicipta bukan dilahirkan,” ulas Aziq.
Aziq Mukhriz, The Beginning…
Syabas Team REMAJA ucapkan kepada Aziq! Kami yakin bahawa ini baru permulaan perjalanan Aziq dalam industri seni tanah air.
Kepada #TEAMAZIQ, jangan stop mengundi Aziq sebagai HERO REMAJA FAVOURITE di bit.ly/vote-aziq. Undian ditutup 8 Oktober 2017 ini, jadi keep that votes coming ya!
Jangan lupa… SATU HARI SATU UNDI
Casting Hero Remaja 2020 Minggu Pertama Penuh Dramatik, Macam-Macam Ragam Dan Perangai!

Selepas lebih kurang dua tahun berlalu, kini Pencarian Hero Remaja 2019 kembali menemui penonton lagi.
Untuk pengetahuan semua, sesi ujibakat Hero Remaja 2020 sedang hangat berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Antara nama besar yang lahir dari Hero Remaja ialah seperti Azhar Sulaiman , Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli , Fizo Omar, Fatah Amin dan ramai lagi la.
Menampilkan Scha Al-Yahya hari pertama dan Awal Ashaari hari kedua sebagai juri jemputan casting Hero Remaja 2020. Adakah seorang lagi Hero akan terlahir dari Edisi 2020 ini.
Corat Coret Minggu Pertama Casting Hero Remaja 2019
Serupa tak dengan Syafiq Kyle
Pandai Bertaranum Peserta ni!
Tarian Ular guys!
Macam-macam ya di ujibakat hari pertama ni… . #majalahremaja #remaja #heroremaja2020 #heroremaja
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 21, 2019 at 1:21am PST
So korang ada bakat apa?
Casting ini masih lagi berlangsung minggu depan. So siapa yang rasa diri dia layak bergelar Hero. Lets!
Selepas 2 Episod Tanpa Penyingkiran, Azri & Azim Peserta Pertama Meninggalkan Hero Remaja 2020

Isi Kandungan
ToggleSelepas dua minggu tanpa penyingkiran dalam Hero Remaja 2020, episode 3 menyaksikan kejutan apabila dua finalis telah tersingkir, iaitu Azri dan Azim menerusi cabaran ketahanan mental dan fizikal.
Bertempat di Pusat Latihan Kepimpinan UPNM Kem Kongkoi, Negeri Sembilan, 12 finalis Hero Remaja 2020 dibawa untuk menjalani mini dan maxi challenge yang berlangsung selama dua hari. Langsung tidak terfikir apakah cabaran yang akan dilakukan kali ini, kesemua finalis sebelum itu telah pun diberi ‘hint’ untuk mempersiapkan diri dari segi kecergasan dan kecerdasan bagi menjalani sesi penggambaran yang seterusnya.
Menampilkan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar sebagai juri jemputan bagi Mini Challenge, peserta diuji dengan tugasan memasak yang memerlukan mereka menyiapkan hidangan ayam sebagai menu utama. Finalis diberikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan Hitam yang dianggotai oleh Tom, Jabir, Azri, Hariz, Jazmy dan Umar, manakala kumpulan Merah, Imran, Meerqeen, Haziq, Azim, Nadhir dan Aniq. Mereka perlu melakukan cabaran daripada menangkap ayam, menyembelih dan seterusnya memasak.
Cabaran ini telah dimenangi oleh kumpulan Merah yang diketuai oleh Imran Aqil dan disebabkan itu, dia mempunyai kelebihan untuk memilih rakan sepasukannya dan menentukan ahli pihak lawan untuk bersaing dalam Maxi Challenge.
Uji tahap fizikal Hero Remaja
Bagi Maxi Challenge pula, peserta perlu menempuh 11 cabaran berhalangan yang disediakan secara berkumpulan, tetapi jumlah masa yang diambil bagi menyempurnakan kesemua cabaran tersebut dinilai secara individu.
Antara halangan yang perlu dihadapi adalah monkey jump, meniti jambatan gantung, merangkak di bawah dawai besi dan banyak lagi. Kali ini, mereka diadili oleh juri jemputan, Fizo Omar.
Pergh, memang betul-betul menguji fizikal cabaran kali ini kan?
Kali ini kemenangan berpihak kepada kumpulan Hitam.
Malam penyingkiran beri kejutan
Situasi penyingkiran agak tegang apabila juri Dato’ Hans Isaac tidak begitu berpuas hati melihat sikap para finalis yang dilihatnya bersaing secara kumpulan dan bukannya individu.
“Cabaran kali ini memang lebih mencabar. Ada yang menunjukkan prestasi yang baik dan begitu juga sebaliknya. Cuma apa yang saya tidak faham apabila mereka seperti tidak mahu menang kerana dari awal sudah dimaklumkan bahawa penilaian Maxi
Challenge dibuat secara individu. Bukan tidak boleh bekerjasama tetapi mereka juga perlu faham tentang objektif untuk menang,” kata Dato’ Hans.
Kelebihan dimiliki oleh Tom dengan memperoleh masa terpantas, namun peserta ini juga turut ditegur kerana dilihat meninggalkan rakan sepasukan yang lain ketika menyempurnakan kesemua halangan.
Walau bagaimanapun, pemuda kelahiran Sarawak ini mempunyai perancangannya tersendiri, iaitu 7 halangan pertama dia bergerak seiring dengan yang lain, manakala 4 halangan terakhir dia perlu pantas untuk rekod masa individunya.
Malam penyingkiran menjadi lebih hangat apabila Scha Alyahya turut menegur Jabir Meftah apabila dua episod dan 4 cabaran yang telah dilalui, Jabir menerima banyak aduan dari peserta tentang attitudenya yang dianggap over confident.
Juri membuka ruang jika ada peserta yang ingin meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap Jabir dan beberapa finalis lain, turut membuat pengakuan tentang personalitinya itu.
Fuh, memang tegang situasi malam itu tetapi semuanya dilakukan untuk masing-masing memperbaiki diri serta belajar daripada kesilapan.
Namun begitu, Aniq, Imran, Azri dan Azim menduduki empat tangga terbawah dan sekali gus juri telah mengumumkan bahawa Azri dan Azim yang bakal meninggalkan Hero Remaja 2020.
Bagaimana pula agaknya cabaran yang akan mereka tempuhi dalam episode akan datang? Jangan lupa saksikan episod keempat Hero Remaja 2020 pada hari Khamis hadapan, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Ikuti juga segala update terbaru Hero Remaja 2020 menerusi #HeroRemaja2020 di Instagram @majalahremaja.