
Baru beberapa hari yang lepas kita memgecam tindakan yang dilakukan oleh rejim Israel bertindak biadap apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat.
Tidak cukup setakat itu, penceroboh haram Yahudi turut merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19 yang terdiri daripada rakyat Palestin di kawasan terbabit.
Terbaru, Israel berada dalam keadaan yang membimbangkan apabila Menteri Kesihatan Israel, Ya’acov Litzman disahkan positif COVID-19.Menurut agensi berita Sputnik yang memetik laporan portal berita Jerusalem Post, Litzman dan isterinya disahkan dijangkiti wabak itu dan perlu menjalani prosedur kuarantin.
Perdana Menteri Israel Dikuarantin
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa dikuarantin buat kali kedua dalam masa seminggu selepas sering bermesyuarat dengan Litzman.
Langkah itu dibuat berdasarkan cadangan doktor peribadi Netanyahu dan garis panduan kementerian kesihatan. Namun terdapat khabar angin yang turut mengatakan bahawa Netanyahu juga turut dilaporkan positif.
Tu la zaman sekarang ni Allah bayar cash je kan.
Lelaki Berusia 63 Tahun Rogol Kucing Sampai Mati Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Nampaknya kucing pun tidak terselamat dari nafsu ‘syaitan’ manusia.
Kes terbaru yang menggemparkan seluruh Malaysia apabila tertuduh, Janting anak Keling, 63, telah ditangkap sedang merogol kucing jirannya di sebuah taman permainan di Taman Tunku Tun Aminah, Johor Bahru.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.30 pagi, 16 April lalu.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, kejadian tersebut disedari salah seorang penduduk taman perumahan yang juga merupakan jiran kepada pemilik kucing malang itu.
Dia yang menyedari perbuatan jijik tersebut menyergah tertuduh yang kemudiannya bertindak melarikan diri. Kucing tersebut mati beberapa jam selepas kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya Kucing “Pertama” White House, Rupa Macam Kucing Kampung Di Malaysia
Hari ini menerusi laporan Awani, tertuduh yang berasal dari Sarawak telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan persetubuhan luar tabii terhadap seekor kucing.
Tertuduh mengaku bersalah di atas kesalahan kejinya setelah pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Fatimah Zahari.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan bagi serahan dokumen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Dia Peluk 5 Kali Pesan Jaga Diri”, Doktor Bakal Pengantin Antara Korban Pesawat Lion Air JT 610

Nahas pesawat Lion Air JT 610 yang terjadi semalam, 29 Oktober ternyata memberi berita duka buat pasangan pengantin Intan Indah Syari apabila bakal pasangan hidupnya, Rio Nanda Pratama antara yang berada dalam pesawat malang itu.
“Dia sudah melamar minggu lalu dan kami dijadualkan bernikah lagi dua minggu,” kata Intan Indah Syari yang menangis apabila mendapat khabar berita pesawat ini terhempas.


ARTIKEL BERKAITAN : Tragik, Bukan Kali Pertama Terhempas, Ada 14 Insiden Termasuk 7 Kali Tergelincir Libatkan Pesawat Lion Air
ARTIKEL BERKAITAN : Burung Merbuk Jatuh Jadi Petanda, Ini Fakta Kronologi & Nahas Pesawat Lion Air JT 610
Tiada kata-kata mampu lahir dari mulutnya. Cuma dia memaklumkan Rio Nanda ada seminar di Jakarta dan dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang.
“Semasa menghantarnya, dia sempat peluk lima kali dan pesan jaga diri baik-baik. Dia juga minta saya kuat. Sambil mengusap air mata yang tak henti mengalir, Intan menjelaskan bakal suaminya itu bekerja sebagai doktor di Rumah Sakit Bhakti Timah Pangkal Pinang.
“Dia ke Jakarta kerana perlu menghadiri seminar di Rumah Sakit Harapan Kita,” katanya yang datang bersama sepupunya, Bibi.

Di instagram Rio_Nanda_Pratama, ternyata ungkapannya yang berbunyi “tanganku tak akan sampai mengusap pipi lembutmu, kakiku tak akan kuat untuk berlari ke tempatmu, tapi doaku akan selalu menyapamu. Selamat ulangtahun, semoga kamu panjang umur dan bahagia selalu serta satu harapanku di saat hari bahagiamu ini, semoga kita selalu bersama dalam satu cinta yang utuh. Sekali lagi, happy birthday cintaku.
Ini Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Ketika PKPB Kalau Tak Nak Kena Denda RM1000

Ramai yang mungkin terkeliru apa SOP yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada 12. 01 tengah malam ini melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam satu kenyataan rasmi dari Majlis Keselamatan Negara, ini adalah SOP yang perlu dipatuhi oleh orang ramai bermula esok sehingga 27 Oktober ini.
Antara SOP yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
Kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
• Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).
• Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
• Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.
Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
• Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
• Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam.
• Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.
• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
• Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.
• Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
• Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Perubatan dan Kesihatan
• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Sektor Ekonomi Dan Industri
• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan
• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.
Perikanan, Perladangan dan Pertanian
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
Pelabuhan dan Lapangan Terbang
• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
Aktiviti Keagamaan
• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
• Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
• Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan.
•Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.
Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya
• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti Sukan
• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
• Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
• Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.
Pendidikan
• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
Seminar / Bengkel / Persidangan
• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.
Mesyuarat
• Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
Penganjuran Majlis Keramaian
• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
Pelancongan
• Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.
#COVID19
#PKPB
#StaySafe
#KitaJagaKita