Ini Barulah Namanya ‘Sportsmanship’! Warganet Berterima Kasih Pada Atlet Greece

Share

 

TAHNIAH Abdul Latif Romly setelah berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara lompat jauh lelaki T20 yang pernah dimenanginya lima tahun lalu di Sukan Paralimpik Rio 2016

Latif cemerlang pada lompatan kedua dengan catatan 7.45 m dan ia kekal sebagai catatan terbaik terbaik pada perlawanan akhir tadi. Dengan itu, kem Malaysia menepati sasaran awal untuk membawa pulang tiga pingat emas daripada Tokyo 2020 menerusi dua pingat emas yang dituai sehari sebelum temasya melabuhkan tirai.

ARTIKEL BERKAITAN : Terbanglah Latif Romly Tanpa Tekanan – REMAJA

Tumpuan rakyat Malaysia juga terarah secara tidak langsung ke arah atlet Greece, Athanasuos Prodromou yang pulang dengan pingat perak. Ini susulan tindakan impulsif atlet berusia 27 tahun itu untuk menghulurkan bantuan kepada Latif selepas lompatan kelimanya. 

Apabila Latif kelihatan seperti berdepan kecederaan, Athanasuos terlebih dahulu dilihat berlari dan memanggil pegawai perubatan.

Sebelum paramedik sampai, dia sempat menyapa dan bertanyakan keadaan Latif.

Dia juga turut menyapu bersih kesan pasir yang masih melekat pada bahu dan rambut Latif setelah dia diletakkan ke atas kerusi roda.

Ternyata tindakan Athanasuos itu bukan saja membuktikan semangat kesukanan masih wujud dalam temasya sebesar Sukan Paralimpik ini. Misi memburu pingat emas nampaknya tidak sesekali mengaburi keprihatinannya terhadap rakan atlet lain. 

Momen pendek namun bermakna itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan rakyat Malaysia daripada insiden melibatkan protes atlet Ukraine ke atas atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli tempoh hari.

BACA LAGI : “Kenapa Tidak Bantah Sebelum Acara Bermula?” Warganet Bantah Isu Teknikal Ziyad Zolkefli – REMAJA

Terima kasih Athanasuos Prodromou kerana mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap semangat kesukanan sebenar di peringkat antarabangsa.

Published by
FZ