Ini bukan cerita mistik ye…hehe
Menuju ke zaman 5g, Teknologi baru 5G menjanjikan perubahan dalam hidup kita dengan menghubungkan berjuta-juta peranti dan membolehkan segala-galanya menjadi kenyataan daripada kereta tanpa pemandu hinggalah kepada rumah pintar.
Bahkan, ia boleh mengubah dunia yang sedang kita jalani ini.
Selangkah ke hadapan, KFC China pula melihat ada cara yang lebih baik untuk menjual produk makanan mereka di ‘jalanan’. Dengan teknologi 5G yang semakin meluas di China, trak mini tanpa pemandu (dikawal secara 5G) digunakan untuk menjual produk KFC di sekitar bandar Shanghai. Menarik, bukan?
Trak sajian ini merupakan hasil inovasi syarikat Neolix dan trak ini diperkasakan dengan sistem pemanduan autonomous tahap 4 dan dilengkapi sensor-sensor disekelilingnya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
KFCの無人販売車があった。 pic.twitter.com/GyI661MlsR
— プーアル (@shanghaineko) November 17, 2020
Ia berfungsi dengan penggunaan tenaga bateri yang boleh membawanya sejauh 100km dengan kelajuan maksimum 50km/j. Pihak Neolix juga menjelaskan hanya 30 saat sahaja diperlukan untuk menggantikan bateri tanpa menggunakan sebarang peralatan.
Untuk korang yang ingin membeli KFC ini, hanya perlu berdiri berdekatan trak mini ini dan sensor-sensor akan bergerak balas untuk menghentikan pergerakan trak tersebut. Kemudian, pembayaran hanya boleh dibuat secara imbasan kod QR dan pintu akan dibuka untuk pelanggan mengambil sendiri makanan yang telah dibeli.
Wah, mudahnya!
Trak kecil Neolix ini adalah kenderaan smart yang dilihat bakal digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak lama lagi. Walaupun comel, tetapi ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Dalam usaha untuk mencapai status negara maju, mentaliti rakyat perlulah berubah dahulu. Semoga, satu hari nanti, Malaysia akan mencapai visi dan misi ini. Malaysia boleh!
Tapi bila agaknya KFC Malaysia akan jual ayam goreng macam ini?