Kes jenayah penipuan melibatkan pembelian online dilaporkan meningkat dan jumlah itu akan menunjukkkan peningkatan lebih ketara apabila menjelangnya Ramadan kurang sebulan dari tarikh sekarang.
Kecederungan masyarakat yang gemar membeli secara online khususnya melibatkan pembelian telefon bimbit, cenderamata, pakaian dan sebagainya dilihat sebagai satu peluang untuk penjenayah memerangkap mangsa.
Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta. Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my
paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12 (Utusan 2011).Atas inisiatif menyedari pembeli ramai tertipu, Polis DiRaja Malaysia dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial melancarkan satu portal iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi memudahkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.
“Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya. Mereka hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.
Sekali pun portal ini masih dalam tempoh percubaan tetapi ia telah dilayari lebih dari 629, 950 orang.
Bagaimana nak semak sama ada akaun peniaga online itu palsu atau tidak.
Layari laman web iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule
Selepas itu, boleh click di Others dan korang akan ternampak ini.
Tekan Check For Scams. Kalau peniaga ini ada jenayah penipuan online sebelum ini, akan tertera bahawa akaun ini pernah terlibat dengan jenayah penipuan. Langkah selamat, jangan buat belian dengannya kerana ianya fake akaun.
Jadilah pengguna bijak ya, jangan sebarangan membuat bayaran kerana bukan mudah mencari wang hari ini.