Beberapa bulan lepas, perkhidmatan tambah nilai kad Touch n Go telah pun dihentikan pada lorong keluar tol milik PLUS. Ramai yang mengeluh kerana akan menyusahkan mereka sekiranya kad tidak cukup baki.
Selain menggunakan kad Touch n Go, korang juga boleh menggunakan MyKad untuk laluan bayaran di plaza tol. Namun, masih ramai yang mungkin tak tahu untuk menyemak baki kredit kerana MyKad tidak mempunyai nombor siri.
Apa yang korang kena buat adalah, pertamanya korang perlu menambah nilai ke dalam MyKad minumum RM10. Nombor siri MyKad hanya boleh dilihat pada resit pembayaran. Cari Mfg No yang mempunyai 10 angka pada resit tersebut. Nombor siri kad korang akan diperlukan untuk langkah seterusnya.
Baki semasa akan dipaparkan dalam resit tapi sudah tentu korang takkan ingat sepanjang masa jumlah akhir baki kad tersebut kan?
Jadi, untuk memudahkan proses melihat baki, muat turun aplikasi Touch n Go eWallet dalam smartphone korang yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan juga iOS.
Apabila aplikasi dibuka, pergi ke pilihan TNG Card, korang akan diberikan 3 slot untuk kad di dalam aplikasi ini, tekan butang Add A New Card. Kemudian, masukkan Mfg No tadi ke dalam kotak input yang dipaparkan pada skrin.
Selepas itu, berikan nama kepada MyKad korang. Tekan butang Submit dan kemudian korang perlu memasukkan kod pengesahan 6 angka yang dihantar menggunakan SMS.
Apabila kesemua proses ini selesai, baki kredit dalam MyKad dapat dilihat terus dari dalam aplikasi Touch n Go. Korang kena ingat, seperti kad fizikal Touch n Go, MyKad juga mempunyai tarikh luput, jadi gunakanlah kad sebelum tarikh tersebut.
Diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit kemudahan untuk korang sekiranya sering terlupa baki kad ketika berada di jalan raya.
Lebih baik lagi, sekiranya memulakan perjalanan, semak baki kad terlebih dahulu agar tidak berlaku sebarang kesulitan kepada korang dan pengguna jalan raya yang lain.
Sumber: amanz.my