Ini Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kalau Korang Meninggal Dunia

Share

Sebut saja Facebook, tak kira peringkat umur daripada kanak-kanak sampailah warga emas pun dah pandai menggunakan media sosial ni untuk berinteraksi bersama kawan-kawan.

Laman sosial ini bukan saja digunakan sebagai medium komunikasi bersama teman rapat, namun ia juga dapat menghubungkan pelbagai perkara berkaitan dunia hari ini.

Secara tidak langsung ini akan membuatkan akaun Facebook mempunyai pelbagai info peribadi yang mungkin ingin diuruskan dengan lebih efektif, terutamanya apabila anda sudah meninggal dunia.

Pernah tak terfikir apa akan jadi pada akaun Facebook apabila korang sudah meninggal dunia nanti? Korang sebenarnya boleh mewasiatkan akaun tersebut kepada ahli keluarga terdekat mahu pun teman-teman rapat.

Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai Legacy Contact, di mana penama yang korang namakan ini boleh pin kan sesuatu perkongsian pada susur masa profil korang, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baru.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat sebarang posting update

atau membaca mesej korang.

Untuk mewasiatkan kepada orang lain, caranya anda hanya perlu membuka aplikasi mudah alih, pergi ke halaman settings dan kemudian, pilih Security > Legacy Contact.

Seterusnya, mulakan proses memilih penama wasiat dan menjadikan mereka sebagai waris untuk menguruskan akaun korang setelah meninggal dunia.

Selain itu, pihak Facebook juga memberikan pilihan buat korang untuk memadamkan akaun tersebut setelah sudah tiada. Pewaris perlu memberitahu pihak Facebook berkenaan dengan kematian korang, dan Facebook akan membuang profil korang daripada laman sosial tersebut.

Selain daripada menggunakan handphone, ia juga boleh mengakses page Legacy Contact pada desktop.

Nah, apa tunggu lagi. Cepat-cepat cari pewaris untuk memadamkan profil Facebook kalau korang sudah tiada nanti ya. Bukan apa, tidak mahu dikenang-kenang orang yang dah tak ada, so baik kita padam saja profil tu kan?

Sumber: amanz.my

Published by
Noor Ain Norman