Ini Cita-Cita & Impian 9 Selebriti Korea Waktu Kecil

Share

Setiap daripada kita semestinya pernah mempunyai impian dan cita-cita yang diinginkan sejak kecil lagi. Namun, bukan semua individu akhirnya menjadi seperti apa yang mereka impikan.

Begitu juga bagi selebriti Korea, mereka pernah menyimpan cita-cita sewaktu kecil tetapi akhirnya menjadi personaliti popular dunia.

Pernah tak korang bayangkan sekiranya selebriti-selebriti Korea ini menjadi seorang doktor, askar atau pun peguam?

Ha, jom kita lihat antara cita-cita selebriti Korea pujaan korang sewaktu di usia kanak-kanak.

1. Song Joong Ki

Instagram: @hi_songjoongki

Pelakon utama Vincenzo ini pernah bercita-cita untuk menjadi seorang short-track speed skater. Dia begitu mahir sehingga menjadi wakil kampung dalam pelbagai skating. Namun impiannnya itu terhenti apabila Song Jong Ki mengalami kecederaan buku lali di sekolah menengah dan selepas itu dia hanya menumpukan pada pelajarannya.

2. Jun Ji Hyun

Foto: Allkpop

Melihatkan ketinggian yang dimiliki oleh pelakon wanita ini, tidak hairan sekiranya dia pernah ingin menjadi seorang pramugari. Namun, dek kerana pernah mengalami penerbangan yang mengerikan, Ji Hyun tidak lagi mahu meneruskan cita-citanya itu dan dia kemudian diperkenalkan dalam industri modeling pada usia 16 tahun.

3. Song Kang

Foto: The Straits Times

Pelakon lelaki ini pernah mempunyai dua impian, iaitu menjadi seorang arkitek dan pereka perabot. Tetapi, impiannya itu berubah dan dia akhirnya bergelar seorang selebriti.

4. Jung Hae In

Foto: Kepoper

Jung Hae In pernah menjadi tetamu dalam acara Funding Together dan berkongsi kisah dimana dia pernah merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknologi kerana ingin bekerja dalam industri tersebut. Walau bagaimanapun, dia akhirnya meneruskan pelajaran dalam bidang penyiaran dan merahsiakan daripada ibunya.

5. Lee Min Ho

Foto: Allkpop

Selain berbakat dalam bidang lakonan, Lee Min Ho juga mempunyai kemahiran dalam bermain bola sepak. Sejak kecil lagi, dia bercita-cita untuk mejadi pemain bola sepak. Namun, pelakon lelaki ini mengalami kecederaan ketika berusia 11 tahun dan terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi seorang atlet. Ketika berusia 18 tahun, dia berubah fikiran untuk menjadi pelakon.

6. Song Hye Kyo

Foto: Soompi

Ratu drama ini juga meminati bidang ukan dan dia pernah mengimpikan untuk menjadi seorang atlet serta menerima latihan skating di sekolah rendah. Pada tahun 1996, Song Hye Kyo akhirnya memutuskan untuk menyertai pertandingan peragaan dan memenanginya. Tidak lama kemudian, dia terus mendapat tawaran berlakon drama.

7. Kim Seon Ho

Foto: The Straits Times

Pelakon Hometown Cha Cha Cha ini sebenarnya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan hal ini turut dikongsi dalam rancangan realiti yang disertainya 2 Days 1 Night. Dia mengetepikan impian dalam bidang perubatan dan meneruskan kerjaya di industri hiburan sebagai pelakon teater.

8. Park Bo Gum

Foto: kdramastars

Tahukah korang Park Bo Gum pernah menyertai uji bakat di SM, JYP dan YG Entertainment? Dia mahu menjadi penyanyi dan penulis lagu serta menghantar video dirinya menyanyi dan bermain piano kepada beberapa agensi.

9. Park Shin Hye

Foto: kdramastars.com

Park Shin Hye memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 2003. Ramai yang menyangka ia adalah impiannya, namun pelakon ini sebenarnya mahu menjadi seorang pegawai polis. Puncanya kerana rumah keluarganya pernah dirompak.

Hm, macam mana agaknya kalau Kim Seon Ho jadi doktor dan Song Joong Ki jadi pemain skating ya. Hiks!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman