Ada ketika kita rasa malas untuk beribadah. Terutama bila dah habis Ramadan. Perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai doa yang perlu kita baca ada kelesuan dan hilang semangat dalam ibadah.
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:
إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ
“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut)
Ads
2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memahami tabiat jiwa manusia. Renungkan kembali bagaimana kesungguhan dan tenaga manusia beribadah dalam bulan Ramadan. Solat sunat dan puasa mereka dilakukan dengan konsisten. Namun, setelah berlalunya Ramadan, semangat itu semakin pudar dan kelesuan menyelubungi jiwa.
3. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. Jangan pula seusai Ramadan, manusia kembali kepada maksiat.
Ads
4. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan: إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات “Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).
Ads
5. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini.
6. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran: رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ “"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Serangan terbaharu Israel terhadap Gaza telah berlaku sejak 8 Mei lalu semakin memuncak apabila tentera negara zionis itu dengan beraninya melangar undang-undang antarabangsa.
Selain membunuh kanak-kanak kini mereka dengan terang-terangan mencabar undang-undang antarabangsa dengan meletupkan bangunan Pusat Media Antarabangsa di Gaza yang menempatkan pejabat Aljazeera dan Associated Press (AP).
Dalam laporan Reuters, pemilik bangunan yang menempatkan pusat media antarabangsa itu telah diberi amaran terlebih dahulu bahawa peluru berpandu akan dilancarkan menyasarkan bangunan tersebut dengan alasan lokasi tersebut menjadi lokasi yang digunakan oleh Pejuang Hamas.
Untuk pengetahuan pembaca, bangunan tersebut bukan sahaja menempatkan pusat media antarabangsa sebaliknya ia juga turut dilengkapi dengan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat-pejabat lain.
Tindakan tentera Israel ini disifatkan sebagai satu usaha untuk mengekang media dari melaporkan apa yang terjadi. Namun begitu, jurucakap tentera Israel menafikannya.
Rasuah boleh didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Kelakuan ini adalah satu kesalahan yang besar, lebih-lebih lagi jika ia mengaitkan individu yang berkuasa dalam sesebuah negara.
Di negara jiran kita, Bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia telah pun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana menerima rasuah sebanyak AS$1.2 juta (RM5.07 juta) yang berkaintan dengan bantuan makanan untuk keluarga miskin terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman itu terhadap Juliari Batubara susulan penahanannya pada Disember dan operasi yang menemukan sejumlah wang dalam beg pakaian, beg galas dan sampul surat.
Menurut Hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang diakan secara maya ekoran penularan COVID-19, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap tertuduh dan memerintahkannya untuk membayar denda 500 juta Rupiah (RM146,000) atau enam bulan lagi penjara.
Bekas ahli politik itu juga diperintahkan membayar ganti rugi setara sekitar AS$1 juta (RM4.23 juta) atau tambahan dua tahun penjara.
Terdahulu, menurut mahkamah Batubara mengambil wang daripada dua kontraktor yang dilantik membekalkan pakej makanan asas untuk rakyat Indonesia.
Malah, Presiden Indonesia, Joko Widodo berikrar tidak akan melindungi pegawai terbabit jenayah rasuah susulan tangkapan Batubara dan menganggap dana yang dicuri itu adalah wang rakyat.
Rasuah antara masalah besar yang berlaku di Indonesia, yang mana ahli politiknya dilihat antara ramai yang terbabit. Sebelum ini, agensi antirasuah republik itu menahan sejumlah penjawat awam beberapa tahun lalu, termasuk bekas Menteri Perikanan, Edhy Prabowo yang bulan lalu dipenjara selama lima tahun kerana kes rasuah berkaitan eksport udang galah.
Perkara-perkara seperti inilah yang ditakutkan oleh rakyat sekiranya mempunyai pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Diharap dengan hukuman yang diberikan ini dapat memberi kesedaran buat si pelaku.
Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia dengan bilangan 160 tingkat. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.
Tidak pernah membayangkan bagaimana rasanya berada di puncak Burj Khalifa, namun baru-baru ini, syarikat penerbangan Emirates telah pun memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berdiri di atas platform kecil puncak Menara tersebut yang setinggi 829.6 meter.
Menurut laporan Daily Mail, wanita itu merupakan seorang skydiver dan pempengaruh, Nicole Smith-Ludvik dilihat memegang plakad yang tertulis ‘Moving the UAE to the UK Amber List… has made us feel… on top of the world… Fly Emirates …Fly better.’
Perjalanan ke Dubai bagi warga Britain ditangguhkan sejak awal tahun ini tetapi telah kembali beroperasi setelah Pejabat Luar Negeri mengeluarkan UAE daripada senarai merah dan memasukkan negara itu ke senarai hijau pada Ahad lalu.
Ini bermaksud pelancong yang telah diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu dikuarantin selepas pulang dari UAE.
Walau bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian warganet adalah keberanian wanita itu berdiri di puncak Menara tertinggi dunia, Burj Khalifa.
Difahamkan, mereka yang terbabit mengambil masa lebih kurang satu jam untuk memanjat dari tingkat 160 untuk sampai ke puncak bangunan tersebut.
Uish, beraninya. Agak-agak kalau korang diberi peluang sebegini, berani ke nak cuba? Hiks!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...