
Mungkin ramai individu yang boleh memandu kereta tetapi tidak semuanya tahu tentang fungsi-fungsi lain yang ada pada kereta tersebut, lebih-lebih lagi pada pemandu wanita.
Bagi korang yang memandu kereta transmisi automatik, mesti korang perasan terdapat butang shift lock yang terletak di sebelah tombol gear kan?
Tapi, korang tahu ke apa fungsi sebenar butang shift lock itu?

Butang shift lock dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu yang berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya, sewaktu inilah butang shift lock digunakan.
Berikut adalah sedikit tip mudah yang korang boleh rujuk:
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama, tarik tombol gear dan ubahkan ke posisi N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock
5.Lepaskan break tangan dan biarkan free
6. Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N atau Neutral

Barulah boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya. Semoga info ini memberikan sedikit pencerahan buat korang. Moga bermanfaat!
Sumber: (1)
Individu Ini Kongsi Harga & Prosedur Sebelum Lakukan Rawatan Lasik Ketika Musim Pandemik

Isi Kandungan
ToggleMasalah rabun mata bukan hanya dihidapi oleh golongan berumur, kini seawal usia kanak-kanak lagi sudah ada yang mempunyai masalah penglihatan ini. Rabun mata berlaku kerana mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan seseorang itu menjadi kabur.
Penggunaan cermin mata dan kanta lekap adalah rawatan biasa untuk merawat masalah ini. Selain itu juga, pembedahan laser mampu memulihkan masalah rabun namun ia tidak digalakkan untuk dilakukan oleh pesakit kanak-kanak.
Mungkin ramai yang ingin tahu berapa agaknya kos lasik mata dan bagaimana prosedur yang perlu dilakukan?
Berikut adalah perkongsian yang telah dibuat oleh Adzwa Junidak tentang kos rawatan dan proses yang dilalui untuk melakukan rawatan laser ini. Namun, diingatkan harga dan prosesnya mungkin tidak sama mengikut klinik atau hospital yang korang pilih okay?
Adzwa memilih untuk melakukan pembedahan lasik ini di salah sebuah klinik di Damansara Uptown. Perkongsian ini juga menjelaskan tentang prosedur yang dilakukan ketikan pandemik COVID-19. Jadi, mungkin ada kos tambahan seperti swab test yang korang perlu buat.
1. Normal Lasik:
RM2988 + RM 100 (screening fee) + RM230 (RT-PCR Test)
2. Trans – PRK / Custom Lasik
RM 5588 + RM 100 (screening fee) + RM230 (RT-PCR Test)
*RT-PCR Test kita boleh buat di mana-mana klinik dengan syarat buat 2 DAYS BEFORE SURGERY and kena bawa sekali result swab test during surgery.
Ada beberapa fasa yang korang kene lalui sebelum menuju ke hari pembedahan.
1. Set appointment
Korang boleh call sahaja klinik dan beriahu yang korang berminat untuk membuat lasik. Pekerja mereka akan set appointment untuk korang datang klinik bagi melakukan screening test.
2. Screening test (RM100)
Waktu ni korang kena isi form yang berkaitan. Perkerja akan check mata korang untuk pastikan jenis lasik apa yang sesuai. Mereka akan check power mata, silau, pressure dan paling penting ketebalan kornea.
Ketebalan kornea lebih daripada 480 micrometer sahaja boleh teruskan untuk proses pembedahan lasik. Bagi individu yang mempunyai kornea nipis, boleh buat prosedur lain. Kemudian, mereka akan advise jenis lasik yang sesuai dengan mata kita.
Seperti Adzwa, dia power matanya adalah 475, silau 50. Jadi, dia masih boleh melakukan normal lasik yang berharga RM2988.
3. Set tarikh pembedahan (RM400)
Selepas menjalani screening, kalau korang bersetuju untuk teruskan rawatan lasik ini, korang kena bayar deposit sebanyak RM400 untuk lock tarikh pembedahan. Pembedahan hanya akan dibuat setiap hari Jumaat sahaja. Korang boleh pilih tarikh mana yang korang nak, asalkan hari Jumaat.
4. RT-PCR Swab Test (RM230)
Ini antara prosedur baru bagi individu yang ingin melakukan pembedahan sewaktu musim pandemik. Korang wajib buat RT-PCR Test dua hari sebelum pembedahan. Korang boleh pilih untuk buat dimana-mana klinik berdekatan.
5. Final check-up (bayaran penuh)
Check-up terakhir biasanya akan dilakukan sehari atau dua hari sebelum pembedahan. Proses ini sama sahaja seperti proses screening kerana mereka akan check mata kita. Cuma kali ini, korang kena bagi bayaran penuh sebelum pembedahan.
6. Hari pembedahan
Korang kena datang 30 minit awal, tanpa mekap, skincare atau perfume. Jangan lupa bawa sunglasses sebab selepas pembedahan memang mata sangat sensitive terhadap cahaya. Jangan lupa bawa teman yang boleh memandu untuk membawa korang pulang.
Sebelum pembedahan, mereka akan beri 4 jenis pil (painkiller, strong painkiller, ubat tidur dan ubat muntah) dan 4 jenis ubat titis.
Pembedahan dilakukan dengan sangat cepat. 10 saat sahaja untuk sebelah mata, jadi keseluruhannya 10 minit untuk seorang pesakit. Sekejap sahaja kan? Tahu-tahu mata dah clear. Tak sakit langsung cuma korang akan bau hangus dan bunyi laser tui barat macam potong sesuatu. Hiks!
Selepas selesai, korang boleh terus balik rumah. Waktu inilah baru korang akan menjalani proses pemulihan pula.
Hm, mudah sahaja rupanya prosedur rawatan lasik ni. Jadi, sesiapa yang dah lama berniat dan melakukan rawatan ini, kalau dah cukup bajet bolehlah terus hubungi klinik atau hospital.
Sumber: Adzwa Junidak
55 Nama Sekolah Paling Unik Yang Mungkin Korang Tak Sangka

Uniknya masyarakat di Malaysia ni, kita mempunyai pelbagai budaya dan kaum berbeza.
Jadi tak hairanlah kalau kita selalu dengar nama-nama unik yang kadangkala korang sendiri tak sangka ia wujud.
Selain jalan raya, nama sekolah-sekolah di Malaysia ni pun sangat menarik dan unik. Mungkin di sebalik nama tersebut ada makna tersendiri.
Berikut merupakan antara senarai 55 buah sekolah yang mempunyai nama unik.
1. Sekolah Lesung Batu, Melaka
2. SK Jerek, Kelantan
3. SK Sama Gagah, Pulau Pinang
4. SMK Bahasa Malaysia, Saratok
5. SMK Kangkong
6. SK Seri Sabak Uni
7. SK Seri Senang Hati, Kampung Parit Puteri Menangis
8. SK Pinangkau, Beluran
9. SK Gunung Panjang
10. SK Sri Bunian, Pontian
11. SK Sungai Bunyi
12. SK Lumba Kuda, Kuching
13. SK Pos Brooke
14. SK Monopod, Beluran
15. SK Desa Temu Jodoh, Johor
16. SK Siakap Keli
17. SMK Lunuk Janda, Janda Baik
18. SK Bonggol
19. SK Belokok
20. SMK Pinggan-Pinggan, Kota Marudu
21. SMK Bundu Tuhan, Ranau
22. SK Biawak
23. SK Kurong Hitam, Kuala Nerang, Kedah
24. SMK Wakuba
25. SK Batang Benar
26. SK Jus, Jasin
27. SK Baru Jumpa, Tenom
28. SK Suka Menanti
29. SK Lubang Buaya
30. SK Rumah Undi
31. SMK Bawang Assan
32. SK Oh, Jerteh
33. SK Terongkongan
34. SK Charuk Puting
35. SK Mandi Darah
36. SK Tundun Bau Hangin
37. SK Kampong Pek
38. SK Paris 3
39. SMK Bum Bum, Semporna
40. SK Pulau Shanghai, Sandakan
41. SK Gas
42. SK Asam Pedas
43. SK Budu, Lipis, Pahang
44. SK Pak Pura
45. SK Bukit Anak Dara
46. SK Bongek, Rembau
47. SK Mambang, Pekan Pahang
48. SK Jalan Sekerat, Kedah
49. SK Pantai Boring
50. SK Morni Pok, Gelang Patah
51. SK Dato Akhir Zaman, Negeri Sembilan
52. SK Permatang Kerat Telunjuk
53. SK Cikgu Mior Shaharuddin, Kg Padang Tenggal, Perak
54. SK Nasib Baik, Johor
55. SK Buang Sayang
Cuba check ada nama sekolah korang tak?
Sumber: GPS Bestari
Majlis Istiadat Perkahwinan Selama 10 Hari, Kenali Puteri Kedua Bongsu Sultan Brunei

Siapa tidak kenal dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang merupakan antara di antara ketua kerabat diraja terkaya di dunia dengan hasil kekayaan daripada bekalan simpanan minyak Brunei yang melimpah ruah.

ARTIKEL BERKAITAN : Mencecah Usia 13 Tahun, Kecantikan Puteri Ameerah Bolkiah Tarik Perhatian
Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang majlis gilang-gemilang istiadat perkahwinan diraja Brunei melibatkan puteri kedua bongsu Sultan Brunei iaitu Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang berlanjutan selama 10 hari.
Fuh, lama betul! Majlis dimaklumkan telah membuka tirai sejak 16 Januari lalu dan bakal berlangsung hingga hari Selasa minggu hadapan.
Baru sebentar tadi pada petang Khamis 20 Januari 2022, Puteri Fadzilah yang mesra dengan panggilan Fad telah selamat bergelar isteri kepada Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dengan sekali lafaz. Majlis yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien dekat Bandar Seri Begawan itu turut disiarkan secara langsung di saluran Radio Televisyen Brunei (RTB) menerusi platform digital.
Selepas istiadat hari ini, ia akan diteruskan lagi dengan istiadat bersanding pengantin diraja pada hari Ahad diikuti oleh majlis persantapan diraja serta majlis istiadat membaca doa selamat dan menutup gendang jaga-jaga di istana.
Mengulas lanjut mengenai Puteri Fadzilah, kami ingin ‘mengintip’ sedikit keperibadian beliau yang mudah mesra serta digemari oleh rakyat Brunei.
Jika ingin dibandingkan dengan adinda Putera Mateen, Puteri Fadzilah merupakan seorang puteri yang lebih pendia, lebih menjaga privasi serta tidak begitu ingin didedahkan kepada khalayak umum.
Anak Kepada Sultan Brunei dan Bekas Isteri ke-2

Puteri Fadzilah merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri kedua baginda, Puan Hajah Mariam binti Abdul Aziz.
Justeru, adik-beradik seibu sebapa Puteri Fadzilah ialah Putera Azim, Putera Mateen dan Puteri Azemah Bolkiah.
Walaupun Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai ramai anak, adik-beradik Puteri Fadzilah merupakan kerabat diraja yang paling terkenal.
Salah Seorang Kerabat Diraja Yang Terkaya Di Dunia
Ayahanda Puteri Fadzilah iaitu Sultan Brunei merupakan seorang hartawan dan merupakan salah seorang kerabat diraja terkaya di dunia. Menurut laporan SCMP, anggaran nilai bersih hartanya adalah $28 bilion bersamaan RM117.25 bilion.
Sama seperti ahli kerabat yang lain, Puteri Fadzilah merupakan seorang yang dermawan. Terbaru, beliau telah menyokong usaha membina Pusat Perubatan Rimba untuk membantu mempromosi dan menambah baik penjagaan kesihatan di Brunei.
Miliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan Di Universiti Kingston Britain.
Pada usianya 22 tahun, Puteri Fadzilah memperoleh ijazah sarjana muda dalam Pengajian Antarabangsa dari Universiti Kingston, Britain.
Pada tahun 2015 pula, Puteri Fadzilah berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Hult International Business School.
Gemar Bersukan & Menjadi Kapten Pasukan Bola Jaring

Paling menarik, Puteri Fadzilah dikenali sebagai ‘Puteri Sukan’. Beliau merupakan pemain polo dan ekuestrian; serta pernah menjadi kapten pasukan bola jaring kebangsaan Brunei.
Selamat pengantin baru REMAJA ucapkan buat Puteri Fadzilah dan pasangan!
BACA LAGI : Puteri Kerabat DiRaja Pahang Ini Mahu Didik Masyarakat Tentang Penggunaan Ganja Dalam Perubatan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.