Jika kamu telah menonton filem paling popular kini, Crazy Rich Asians, pasti kamu juga ternganga apabila melihat kekayaan yang dimiliki oleh karakternya.
Terutamanya apabila karakter seperti Astrid muncul di skrin. All about her spells crazy rich!
Hakikatnya dalam dunia sebenar, karakter seperti Astrid wujud termasuklah di kalangan orang Malaysia sendiri.
Minggu Fesyen Couture di Paris dan Milan adalah ‘kemuncak’ di mana kita dapat melihat siapa sebenarnya yang cukup kaya dan berpengaruh sehingga diberikan seat paling hadapan di pertunjukan fesyen. Mereka inilah yang akan mendapat peluang pertama untuk pergi ke back stage, melihat koleksi baju (dengan price tag
sekurang-kurangnya USD 1,000 dan ke atas) dan yes, TERUS BELI selepas tamat pertunjukan fesyen.Ada yang berpendapat hanya 2,000 orang perempuan kaya saja yang mampu untuk membelanjakan duit demi pakaian Couture. Dan 15 jenama Haute Couture saja di dunia yang mengeluarkan koleksi baru pada setiap tahun.
Bayangkan bagaimana 2,000 orang perempuan ini perlu berebut baju sesama sendiri. Takkanlah nak pakai rekaan yang sama pula kan.
Korang mungkin pernah melihat selebriti Hollywood yang memakai koleksi couture daripada contohnya John Galliano, Cristian Dior, Giambatista Valli dan sebagainya di karpet merah. Kemudian pengacara seperti Giulliana Rancic akan memuji selebriti tersebut dan berkata, “Wow hebatnya dia dapat memakai baju couture itu selepas seminggu ditayangkan di runway..”
Uh honey, kebanyakan daripadanya setakat MEMINJAM saja baju itu melalui stylist masing-masing, tak beli pun.
Jadi, golongan yang sebenarnya kaya dan berpengaruh inilah yang dinamakan sebagai Crazy Rich Asians. Bukanlah bermaksud hanya orang Asia saja yang kaya, tetapi kebanyakan daripada pembeli di Minggu Fesyen Couture berasal dari Asia.
DAN mereka masih muda!
Contohnya terbaik adalah pasangan kembar dari Malaysia iaitu Michelle Yeoh & Rachel Yeoh – The Yeoh sisters.
Michelle dan Rachel merupakan anak kepada pengasas YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh TIiong Lay. Dilahirkan di Kuala Lumpur, mereka kemudian berpindah ke England sekitar 7 ke 8 tahun untuk menyambung pelajaran dan terus tinggal di sana.
“Apabila saya melihat model memakai satu dress di runway, saya tahu saya perlu dapatkannya. It is this connection yang membuatkan dress itu lebih special,” kata Rachel kepada Harper’s Bazaar.
“Kami akan lakukan fitting appointments untuk memilih baju yang kami suka dan mengambil saiz badan. Selalunya kami lakukannya 3 kali kerana bentuk badan saya kadangkala berubah.”
And then, we have the jewellery. Di dalam filem Crazy Rich Asians, korang dapat lihat bagaimana perempuan kaya seperti Astrid dibawa masuk ke bilik khas untuk melihat barang kemas dari koleksi baru dan vintaj.
Pembeli seperti Michelle dan Rachel Yeoh juga melalui pengalaman yang sama. Tetapi mereka bukan setakat membeli, mereka juga turut sama terlibat dalam proses redesigning, sekiranya ingin menambah atau menukar sedikit rekaan tersebut. Ada duit, semua boleh!
Michelle umpamanya juga suka membeli kasut daripada jenama seperti Chanel kerana dia menghargai seni pembuatannya. “Saya sukakan behind the scene pembikinan sesuatu koleksi baru, kerana ia membuatkan pengalaman membelinya lebih bermakna. Contohnya, kasut Chanel yang dibuat di Massaro, tak semua orang tahu susah payah mereka melakukannya.
“Couture is very special, kerana ia meraikan tahap tertinggi pembuatan fesyen dan kreativiti. It is like buying art.”