Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Untuk pengetahuan korang, waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu:
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Ads
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal
Semoga Ramadan kali ini memberi lebih makna kepada seluruh umat Islam dan segala ibadah kita diterima olehNya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cuba korang ingatkan kembali sewaktu usia 18 tahun, apa pencapaian paling hebat korang? Hiks!
Kalau rakyat Malaysia umur macam tu mungkin baru ada yang nak melanjutkan pelajaran selepas mendapat keputusan SPM betul tak?
Paling-paling pun waktu ni tengah bekerja sambilan sebelum dapat tawaran sambung belajar.
Namun begitu, bagi Seth Van Beek, dia meletakkan impian yang tinggi dan kini di usianya baru sahaja 18 tahun, dia sudah pun bergelar sebagai seorang juruterbang di syarikat penerbangan komersil dan sekali gus menjadi juruterbang termuda di United Kingdom.
Remaja ini mendapat lesen penerbangan pada bulan Oktober selepas mengikuti latihan selama 18 bulan. Dia juga terpaksa berpindah ke Greece untuk mengambil kursus jurusan penerbangan yang berjumlah £ 85,0000 (RM451, 472) dan dapat menyempurnakan latihan di udara 150 jam.
Seth meninggalkan sekolah pada usia 16 tahun selepas melakukan GSCE dan berjaya melepasi peperiksaan kelayakan yang sukar untuk menyertai Kolej Latihan Penerbangan Egnatia di Greece.
Pada April 2018, dia telah memulakan latihan selama 18 bulan di akademi tersebut dan menduduki 14 peperiksaan, selain mempelajari teori dan latikah praktikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kavala di Greece.
Pencapaian luar biasa oleh anak muda ini adalah atas pengorbanan ibunya yang menjual rumah keluarga bagi membiayai kos pelajaran impian anak lelakinya.
Menurut ibunya, Frances, dia tidak menerima pelajaran yang tinggi sewaktu dibangku sekolah dan kini dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik.
Sekarang ni tak pelik kalau tengok anak muda berjaya kan? Pokok pangkalnya, kenalah ada usaha dan kesungguhan. Kejayaan akan datang pada mereka yang bersungguh-sungguh mencapai segala impian dan cita-cita.
Semoga kisah ini boleh memberi inspirasi untuk korang berusaha gigih lagi dalam mencapai impian hidup.
Tidak dapat dinafikan, bola sepak adalah sukan yang paling digemari dan popular di dunia. Malah, sokongan terhadap pasukan negara tanpa mengira bangsa pemain mampu mengukuhkan perpaduan.
Namun, tragedi baru-baru ini di negara jiran kita, Indonesia pastinya membuatkan peminat bola sepak ‘tersentak’. Kejadian yang menyayat hati apabila ratusan orang telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputusan bola sepak.
Tapi korang tahu tak sebenarnya pernah terjadi tragedi seperti ini sebelum ini. Ini kami kumpulkan beberapa tragedi terburuk yang pernah direkodkan di stadium.
Peru, 24 Mei 1964
Rusuhan di Peru merupakan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah dunia apabila mencatatkan 320 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera pada Kejohanan Kelayakan Olimpik Amerika di Stadium Nasional Lima dalam perlawanan membabitkan Peru menentang Argentina.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila pengadil tidak membenarkan gol penyamaan Peru sewaktu Argentina sedang mendahului perlawanan dengan skor 1-0. Perkara itu mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya memanjat benteng dan mula memasuki padang. Pihak polis kemudian dipercayai melepaskan gas pemedih mata ke arah semua penyokong tersebut.
Kebanyakan dari mangsa yang panik cuba untuk melarikan diri tetapi mendapati bahawa pintu untuk keluar telah ditutup. Sebahagian yang meninggal dunia juga adalah berpunca akibat sesak nafas atau dipijak.
Rusia, 20 Oktober 1982
Kejadian ini berlaku di Stadium Luzhniki Stadium antara kelab Belanda, Haarlem dan pasukan tuan rumah, Spartak Moscow pada hujung minit permainan dalam perlawanan Piala UEFA.
Pada awalnya, pihak Soviet merahsiakan butiran mengenai tragedi tersebut selama tujuh tahun sebelum mendedahkan kepada awam pada tahun 1989 bahawa seramai 66 orang terbunuh. Bagaimanapun, menurut akhbar harian Sovietski Sport mendakwa bahawa jumlah sebenar jauh lebih tinggi hingga dianggarkan 340 terkorban. Misteri mengenai jumlah kematian sebenar masih menjadi persoalan hingga kini.
Ghana, 9 Mei 2001
Seramai 126 orang dilaporkan terbunuh selepas rusuhan yang berlaku sewaktu perlawanan antara Heart of Oak dan Kumasi.
Dalam perlawanan penyokong pasukan Kumasi berang selepas pasukan mereka tewas dan membaling botol dan menghancurkan kerusi sebelum dilontarkan ke padang.
Perkara itu membuatkan pihak polus terpaksa menggunakan gas pemedih mata kepada orang awam bagi meredakan keadaan.
England, 15 April 1989
Insiden yang berlaku di Stadium Hillsborough Shefield ini merupakan kejadian malang yang terburuk pernah berlaku dalam sepanjang sejarah bola sepak Inggeris.
Tragedi ini berlaku sewaktu sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara Liverpool dan Nottinghem Forest.
Difahamkan, seramai 96 kematian dan 766 orang cedera dilaporkan berlaku akibat tempat duduk stadium yang tidak dapat menampung kapasiti penyokong yang ramai dan tiba-tiba roboh.
England, 11 Mei 1985
Terdahulu sebuah tragedi berdarah berlaku di Stadium Valley Parade di Bradtford City di West Yorkshire melibatkan antara perlawanan Bratford menentang Lincoln City.
Bagaimanapun, sewaktu babak pertama perlawanan dilangsungkan, satu kebakaran tercetus akibat atap stadium lama berkenaan yang diperbuat daripada kayu.
Dalam insiden kebakaran di Stadium itu, seramai 56 orang terbunuh akibat kepulan asap tebal.
Guatemala, 16 Oktober 1996
Pada 16 Oktober 1996, berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 antara Guatemala menentang Costa Rica di Stadium Nasional Mateo Flores di bandar Guatemala.
Difahamkan, lebih 60,000 penyokong hadir membanjiri stadium berkenaan yang hanya mampu menampung kapasiti penonton sebanyak 45,000 dalam satu-satu masa.
Perkara itu telah membawa kepada detik hitam selepas ramai antara penyokong terpaksa berhimpit hingga menyebabkan seramai 80 orang dilaporkan terkorban. Perkara itu berlaku ekoran ulat tiket yang menjual tiket palsu terhadap perlawanan itu.
Scotland, 2 Januari 1971
Pada tanggal 2 Januari 1971, sebuah perlawanan telah dilangsungkan antara Glasgow Rangers menentang Celtic Park di Stadium Ibrox.
Difahamkan, seramai 66 orang maut selepas tangga yang dibina daripada kayu di stadium berkenaan runtuh secara tiba-tiba. Kejadian itu merupakan tragedi kedua selepas situasi yang sama pertama kali berlaku pada tahun 1902 yang mengorbankan 26 orang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dek kerana mulut selalu mengejek rakan sekelasnya sebagai pondan dengan gurauan tiada batas, seorang remaja lelaki mati ditembak rakan sekelasnya selepas mangsa mengejek rakan sekolahnya itu sebagai Lady Boy a.k.a Pondan.
Dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi dekat Bangkok, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya.
Dirinya tepat ditembak di dahi.
Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.
Katanya, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai “toot” (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi semalam dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.
Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 mm di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Satu nasihat untuk golongan Remaja, kalau bergurau itu biarlah ada batasannya ya. Jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu apa tindakan orang yang sedang marah.
Jadi, jagalah mulut masing-masing agar tak ada isu bertumbuk dengan rakan sekolah hanya kerana isu ejek mengejek yang dianggap satu perbuatan menghinanya.
Sumber : FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...