Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
BACA: Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u, Mudah Tak Perlu Bersesak Di Luar
Berikut kami senaraikan kadar zakat fitrah di seluruh Malaysia pada tahun ini.
Perlis – RM 7
Kedah – RM 7, RM 14, RM 21
Pulau Pinang – RM 7, RM 13, RM 20
Perak – RM 7, RM14, RM 21
Selangor – RM 7, RM14, RM 21
Negeri Sembilan – RM 7
Melaka – RM 7, RM14, RM21
Johor – RM 7, RM 10
Pahang – RM 7
Terengganu – RM 7
Kelantan – RM 7, RM14, RM 21
Sarawak – RM 7
Sabah – RM 7
Wilayah Persekutuan – RM 7, RM 14, RM 21
Untuk pengetahuan korang, waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu:
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal
Semoga Ramadan kali ini memberi lebih makna kepada seluruh umat Islam dan segala ibadah kita diterima olehNya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.