Mahu merasai pengalaman memancing ikan dan mencandat sotong memberikan satu pengalaman sukar dilupakan oleh seorang pembantu kedai, Muhammad Faris Ramli.
Berusia 22 tahun, dia antara yang terselamat dalam tragedi bot karam dipukul ribut di periran Bachok malam tadi. Saat berkongsi detik cemas itu, Muhammad Faris mengakui, dia sempat berpaut sejam pada bot, menangis dan meminta pertolongan sebelum diselamatkan bot nelayan.
Menceritakan kejadian itu, Muhammad Faris berkata, beliau bersama 20 pemancing termasuk tekong dan awak-awak baharu tiba di lokasi kejadian untuk melakukan aktiviti menyandat sotong dan memancing.
"Kami baharu sampai di tempat kejadian pada waktu Maghrib dan hanya sekejap mencandat sotong dan memancing sebelum ribut datang dengan tiba-tiba dan terbalikkan bot kami.
Ads
"Pada waktu itu tekong bot mengarahkan kami masuk ke bahagian dalam bot untuk menyelamatkan diri, dia (tekong) kata tali sauk bot putus, kejadian berlaku amat pantas sehingga saya tidak melihat apa-apa lagi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Padang Tok La di sini, hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan kejadian itu telah meragut empat nyawa, empat masih hilang dan 12 disahkan selamat.
Anak sulung daripada enam adik beradik itu berkata, beliau yang pertama kali memancing ke laut berjaya menyelamatkan diri apabila berpaut di pelampung pukat ikan.
Ads
"Saya tenggelam sebelum berjaya mencapai pelampung pukat ikan dan sempat menyelamatkan dua lagi rakan yang lain iaitu Harif Mat Yasin, 50, dan Ahmad Roslan Musa, 31, manakala rakan lain tidak kelihatan ketika itu.
"Saya mampu berdoa dan berfikir akan turut terkoban sekiranya tiada bot nelayan yang datang menyelamatkan kami," katanya.
Ads
Beliau, yang bekerja sebagai pembantu kedai berkata, selepas terselamat lebih mendebarkan hatinya apabila dia tercari-cari bapa saudaranya iaitu Hasan Daud, 60, yang tidak kelihatan dan antara yang dilaporkan masih hilang.
"Bernasib baik sepupu saya Amir Syazwan Adnan, 21, turut terselamat dan ini pertama kali dan terakhir saya ke laut, peristiwa ini akan menjadi pengalaman pahit yang akan dikenang sampai bila-bila," katanya.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari demi hari semakin banyak kita mendengar berita tentang penutupan operasi cawangan kedai-kedai terbesar di Malaysia akibat pandemik COVID-19.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, masyarakat dunia berhadapan dengan krisis ekonomi, dimana rata-ratanya melalui detik sukar seperti terpaksa diberhentikan kerja, pemotongan gaji atau menanggung kerugian perniagaan.
Sektor-sektor besar seperti pelancongan antara yang terjejas teruk dan menyebabkan banyak syarikat perhotelan gulung tikar. Begitu juga dengan cawangan perniagaan yang beroperasi di pusat membeli-belah, ada diantaranya sudah tidak mampu menanggung kerugian dan terpaksa ditutup.
Terbaharu, F.O.S Mid Valley juga dikatakan bakal menghentikan operasi setelah 22 tahun melayani pelanggan mereka di pusat membeli-belah itu.
Sumber: Facebook F.O.S
Menurut perkongsian daripada laman Facebook rasmi F.O.S, penutupan cawangan ini adalah disebabkan pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada ekonomi Malaysia dan memaksa mereka untuk membuat keputusan yang sukar.
F.O.S juga berterima kasih kepada semua pelanggan mereka yang selama ini menyokong dan memberikan kepercayaan kepada jenama besar itu.
Walau bagaimanapun, pelanggan masih lagi boleh mengunjungi cawangan F.O.S yang lain seperti di Berjaya Times Square, i-City Shah Alam, Dataran Pahlawan Melaka Mall, East Coast Mall dan banyak lagi.
Semalam dengan rasminya anakanda Sultan Brunei dan Yang Di-pertua Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen ibni SultanHassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah rasmi bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan sekali lafaz dengan istiadat akad nikah diraja.
Seperti mana seantero dunia mengenali Putera Mateen, tetapi jangan lupa latar belakang Dayang Anisha juga bukan calang-calang.
Selain memiliki paras rupa yang jelita, Dayang Anisha atau juga dikenali sebagai Anisha Rosnah Isa-Kalebic berasal daripada latar belakang keluarga bangsawan.
Kenali Dayang Anisha!
1. Cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
2. Datuk Dayang Anisha pernah dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970.
3. Gadis berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari salah sebuah universiti tersohor di United Kingdom (UK)
4. Bergaya dan jelita! Majalah Esquire juga melaporkan Dayang Anisha merupakan pemilik jenama fesyen Silk Collective.
5. Beliau juga pengasas bersama Authentirary, sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pengalaman budaya di pelbagai bandar.
6. Abang Dayang Anisha, iaitu Danial Deen Isa-Kalebic merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen.
7. People Magazine melaporkan Putera Mateen dan Dayang Anisha dipercayai menjalin hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu. Pasangan itu dilihat bersama dalam beberapa acara umum termasuk perkahwinan Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banjir kilat yang berlaku bukan hanya mencetuskan kerosakan pada kediaman dan kawasan tempat tinggal, malah kenderaan juga turut banyak yang ‘terkorban’ ditenggelami air.
Mungkin ramai yang sedang pening kepala memikirkan kos yang bakal dikeluarkan untuk membaiki kereta. Namun, bagi mereka yang mengambil insurans cover perils, korang boleh membuat tuntutan untuk kereta yang rosak akibat banjir.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan bagi mereka yang tidak pernah mengambil insurans bencana, rasanya selepas ini sudah boleh difikirkan semula kerana tidak dinafikan insurans sangat berguna ketika waktu ditimpa musibah.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan bagi mereka yang tidak pernah mengambil insurans bencana, rasanya selepas ini sudah boleh difikirkan semula kerana tidak dinafikan insurans sangat berguna ketika waktu ditimpa musibah.
Kita tidak tahu bila mana situasi kecemasan berlaku, jadi eloklah sekiranya bersiap sedia sebelum terkena. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...