Ini Kandungan Gula Bagi Minuman Kopi Tin Popular Di Malaysia, Hati-Hati Bila Pilih

Share

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia apabila seawal pagi mereka akan menikmati minuman manis seperti kopi ketika bersarapan. Mungkin bukan semua, tetapi kebanyakkannya memang akan order teh tarik, milo ais atau pun nescafe ais sekiranya makan di kedai kan?

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesiti, kencing manis dan seterusnya boleh terkena penyakit jantung. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk dewasa dan ia meliputi sumber daripada makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.

Bagi peminat tegar kopi, sudah tentu korang sering membeli minuman kopi dalam tin. Betul tak?

Korang tahu tak, minuman kopi tin antara yang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Public Health Malaysia telah pun membongkar kandungan gula bagi beberapa minuman kopi dalam tin yang popular di Malaysia.

Jom kita semak!

*kandungan gula bagi setiap 100 ml air

Nescafe

• Original: 5.7gm
• Latte: 6.3 gm
• Tarik Kaw: 6.3 gm
• Smooth Latte: 6.3 gm
• White Coffee: 6.8 gm

Wonda

• Kopi Tarik: 9.6 gm
• Premium kopi: 4.9 gm
• Extra presso: 5.9 gm

Pokka

• Premium Mocha Coffee: 7.9 gm
• Milk Coffee: 7.1gm
• Cappuccino: 6.3 gm

Old Town White Coffee: 7.3 gm

Ali Café: 5.6 gm

Tapi korang kena ingat, ini hanya kandungan bagi 100 ml, biasanya satu tin nescafe 240 ml. Jadi, sudah kandungan gula yang diambil adalah lebih tinggi. Itu pun kalau korang minum satu tin sehari, kalau lebih?

Ha, selepas ini apa kata cuba kurangkan untuk mengambil minuman kopi dalam tin. Buat sendiri lagi senang, boleh kita kurangkan jumlah kandungan gula tu.

Apa-apa pun pilihan di tangan korang. Tepuk dada, tanya selera!

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Noor Ain Norman