
Personaliti seseorang itu boleh dilihat daripada zodiak atau bulan kelahiran mereka. Tidaklah kami mengatakan ianya adalah 100 peratus betul, tapi karakter-karakter ini dikaji mengikut pemerhatian sekeliling.
Bagi mereka yang lahir pada bulan Januari, agak-agaknya macam mana pula karakter korang ya?
Antara selebriti yang lahir pada bulan ini adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat Amdan dan Akim Ahmad.

.

.
Jom kita lihat antara karakter-karakter individu yang lahir bulan Januari menurut Dr. Fadilah Kamsah.
1.Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
2.Suka mendidik dan dididik
3.Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
4.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
5.Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
6.Pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang
7.Agak pemalu
8.Daya tumpuan yang sanggat tinggi dan mudah mendisiplinkan diri sendiri
9.Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
10.Cukup sayang pada kanak-kanak
11.Suka duduk rumah
12.Setia pada segala-galanya
13.Perlu belajar kemahiran sosial
14.Cemburu yang sangat tinggi
Ditanya ‘Mimpi’ Apa Belum Tercapai, Tak Sabar Nak Kahwin & Adakan Konsert Sendiri Antara Hasrat Syada Amzah

Penyanyi muda, Syada Amzah antara anak seni berbakat dan berjiwa besar dalam industri muzik tanah air.
Selain hasrat tinggi yang ditaruhkan dalam apa yang dilakukan, setiap yang bergelar insan juga pasti memiliki impian lain yang belum mahupun sudah tercapai.
BACA JUGA: “Rasa Sebak, la Meruntun Hati Saya ” -Syada Amzah Terkesan Lihat Raut Wajah Ibu Tercinta
Ya, sama juga seperti Syada, adik perempuan kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini turut mempunyi impian tersendiri dalam hidup yang masih belum lagi dicapainya.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya, dia tampil mendedahkan mimpinya yang masih belum tercapai selepas ada seorang peminatnya bertanyakan perkara tersebut di ruangan Ask Me.
“Apa mimpi kamu yang belum tercapai?” tanya ringkas peminatnya itu.
Jawab penyanyi lagu Hasrat itu, dia meluahkan hasrat untuk mengadakan sebuah showcase mahupun konsert pada masa akan datang.
Bagi kisah cinta pula, walaupun dirinya masih belum memiliki cinta hati, namun Syada menyifatkan dia tidak sabar untuk berumah tangga.
“Untuk kerjaya: my own EP dan Showcase ataupun konsert, InsyaAllah.
“Love life: Tidak sabar nak kahwin dan status tidak available, masih gembira walau dah lebih seribu hari,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, ‘mimpi’ yang ingin dilunaskan gadis berusia 25 tahun itu kelak adalah semestinya ingin memberi cucu buat orang tuanya untuk ditimang selain bagi diri sendiri adalah lebih kepada menyayangi diri sendiri.
“Keluarga: nak beri ibu bapa cucu untuk ditimang, untuk ukirkan senyuman menjadi penawar duka, begitu!
“Untuk diri sendliri: ingin lebih mengenali, menjaga, dan menyayangi diri,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Syada Amzah yang bergiat aktif mendendangkan cover lagu di media sosialnya adalah seorang bekas peserta program Big Stage musim kedua (BS2).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syada Amzah
Ariana Grande Bertunang, Besarnya Cincin Berlian Dia.

Ariana deserved to be happy, dengan cinta yang tak kesampaian sebelum ini sehingalah bekas kekasih yang membunuh diri perkhabaran baru yang dirinya sudah bertunang memberi gambaran yang dia akhirnya sudah menemui cinta sejati.
Kelmarin, pelantun lagu Thank U, Next ini telah memuatnaik beberapa keeping gambar dalam hantaran di laman Instagram bersama tunangnya, Dalton Gomez bersama bentuk cincin yang digunakan oleh Dalton untuk melamarnya. Wow, it is one big diamond! Kapsyen instagram yang ditulis pula berbunyi, “Forever n then some.”

Ariana banyak berahsia tentang hubungannya kali ini kerana tiada siapa yang boleh meneka berapa lama mereka sudah berhubungan melainkan mereka pernah dilihat bersama pada Februari tahun ini. Namun begitu Ariana pernah sekali sekala memuat naik foto bersama namun tiada kesahihah tentang hubungan mereka Ketika itu.
Sedikit info mengenai tunang wanita berusia 27 tahun ini, Dalton merupakan seorang ejen hartanah yang berpangkalan di Los Angeles dan dia banyak menjaga klien berprofil tinggi.
Menurut laporan People, Ariana tidak lagi mahu menjadikan hubungan cintanya sebagai kisah tatapan umum jadi dia sedaya upaya untuk lebih berdiam diri dan tidak terlalu berkongsi perihal peribadi kepada khalayak. Walaubagaimanapun dia kelihatan gembira bersama Dalton.
Sumber: Instagram Ariana Grande & People
SK Intan Baiduri Rai Sambutan Bulan Kemerdekaan & Ulangtahun Ke 15

31 Ogos ini, negara akan meraikan sambutan hari kebangsaan. Memilih tema Sayangi Malaysiaku, ini kali ke 61 negara mencapai kemerdekaan. Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang aman damai, seharuskan kemakmuran ini dikekalkan sampai bila-bila.
Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut dua hari lagi, SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur terlebih dahulu menyambutnya demi menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar sekolah. Ia juga sempena Ulang Tahun ke 15 Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri yang menyambut jubli gangsanya.
Menurut Guru Besar SK Intan Baiduri Tuan Haji Ahmad Fuad Haji Ahmad, program sambutan bulan kemerdekaan ini bermatlamat melahirkan semangat patriotik dalam diri para pelajar.


“Masa yang sama, ia menanam semangat jati diri dalam kalangan pelajar. Program sebegini juga mampu memupuk nilai kesyukuran dan bangga terhadap negara, menghargai jasa dan tokoh-tokoh terdahulu dan murid-murid dapat hidup bersatu padu dengan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya,”katanya ketika ditemui.
Pada majlis penuh meriah itu, bermula dari murid-murid pra sekolah diikuti perbarisan tahap satu mengikut kelas, masing-masing segak dengan gaya kemerdekaan, berbaris dan membuat lintas langsung hormat kepada para guru, ibu bapa, warga emas PPR Intan Baiduri, anggota keselamatan seperti bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, polis dari Balai polis trafik Kuala Lumpur serta Jabatan Pertahanan Awam Sentul (JPAM), mantan pentadbir SK Intan Baiduri yang turut berada di tapak sekolah. Hadir sama adalah Guru Besar St Mary yang juga merupakan jiran sekolah berdekatan pada majlis penuh kemeriahan ini.



Ada yang memilih tema bendera Malaysia untuk dijadikan baju, ada tema tradisional. Tidak kurang juga penuh semangat dan gaya tersendiri anak-anak kecil ini dididik dan dipupuk untuk menanam semangat patriotik dalam diri pelajar.
Selesai perbarisan, diadakan pula acara pertandingan basikal berhias. Pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan nanyian koir, kelas paling patriotik serta tayangan filem patriotik kepada pelajar. Bukan itu saja, acara dipadatkan lagi dengan beberapa pertandingan lain seperti persembahan tarian tradisional, persembahan bercerita kemerdekaan, persembahan koir, persembahan sajak kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi.
Majlis sambutan bulan kemerdekaan dan ulang tahun ke 15 SK Intan Baiduri diserikan dengan kehadiran persembahan pancaragam dari SMK St Mary serta “cop tangan” di dinding sekolah yang menjadi nilai untuk dikenang.


Di sebalik keriangan pelajar, iringan masuk kereta bomba, polis dan JPAM dengan lintas langsung memberikan keceriaan berganda untuk pelajar. Lebih menarik, pelajar diberi kesempatan menaiki kereta bomba, polis dan JPAM demi memupuk minat mereka dalam dunia pekerjaan apabila dewasa kelak.