Ini Kes Rogol Paling Tragis, Mangsa Diratah 38 Lelaki Semalam, Aplikasi WhatsApp & WeChat Antara Punca

Share

Semalam, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pemantauan secara serius dapat mencegah berlaku peningkatan kes rogol bawah umur khususnya di daerah itu.

Katanya sejak Januari lalu, sebanyak lapan kes rogol bawah umur direkodkan di daerah Kerian berbanding dua kes dalam tempoh sama tahun lepas dengan semuanya berpunca daripada perkenalan mangsa dengan suspek melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan WeChat.

Aplikasi WeChat dan Whatsapp antara punca semakin ramai remaja terjebak gejala rogol. Polis ingatkan agar ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan memeriksa telefon bimbit milik anak-anak

Justeru itu, ibu bapa diminta memantau aktiviti anak-anak terutama yang melibatkan penggunaan aplikasi media sosial bagi mengelak mereka terjebak dengan gejala sosial.
Katanya lagi, kebanyakan kes rogol yang kita siasat berlaku atas kerelaan mangsa, walaupun ada yang baru mengenali antara satu sama lain dan kebanyakan mangsa dikenal pasti sudah tidak bersekolah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di Bagan Serai. Bernama.

Berikutan kes rogol yang semakin membimbangkan, REMAJA senaraikan kes-kes rogol yang pernah berlaku dalam negara. Adanya sangat tragis dan menakutkan di mana mangsa dirogol oleh 38 orang lelaki dalam satu malam. Sikap daif dan mempercayai lelaki antara punca kenapa gadis bawah umur terjebak dalam kes rogol ini.

Gadis berusia 15 tahun ini dirogol oleh 38 orang lelaki semalam dan kesnya mendapat liputan meluas

2 gadis dirogol 38 lelaki

Ini mungkin jenayah rogol paling “gila” pernah dilaporkan 4 tahun lalu melibatkan dua gadis remaja berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai dan seorang rakannya berusia 17 tahun dari Ketereh.

Di rumah kosong inilah gadis ini dirogol bergilir-gilir hingga mengalami kecederaan di bahagian alat kelamin.

Difahamkan pada malam malang dan penuh kengerian itu, pelajar tingkatan tiga itu dibawa keluar oleh rakan lelakinya lalu dibawa ke sebuah rumah kosong. Tidak berapa lama berada dalam rumah yang dipercayai tempat penagih melepaskan gian, sekumpulan lelaki, dipercayai seramai 38 lelaki mulai merogol kedua-dua gadis ini tanpa perasaan belas kasihan langsung.

Ini sebahagian dari 38 individu yang merogol mangsa termasuk seorang lelaki dan juga anak lelakinya turut terlibat dalam jenayah ini. Kebanyakan mereka dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun lamanya.
Di rumah kosong inilah mangsa dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam semalam

Mangsa pengsan dan alami kecederaan di bahagian alat kelamin. Mungkin naif dengan jenayah yang berlaku padanya, di sebalik tubuh yang kesakitan, mangsa telah pulang ke rumah dan mandi. Tetapi mungkin kecederaan di tubuhnya membuatkan mangsa kesakitan sebelum dibawa ke hospital.

Lebih malang, dalam kejadian ini, dua beranak, antara yang ditahan. Tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 18-22 tahun kepada kebanyakan suspek yang merogol mangsa ini selepas sabit tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Sangat menyedihkan kerana ada antara perogol itu remaja lelaki berusia di bawah usia 18 tahun semasa kejadian.

Tandas awam juga antara lokasi rogol dilaporkan. Sila berhati-hati ya terutama di waktu malam. Gambar hiasan.

Gadis 14 tahun kena rogol dalam tandas awam

Nasib malang menimpa seorang gadis berusia 14 tahun apabila dia dirogol beramai-ramai dalam sebuah tandas awam  taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bharu antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Disember 2015, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil. Akhirnya, akibat kerakusan nafsu empat pemuda ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati salah atas pertuduhan merogol gadis bawah umur secara beramai-ramai, dua tahun lalu. Kebanyakan yang merogol berusia 21 tahun termasuk di bawah usia iaitu 19 tahun.

Gadis 13 tahun diculik dan dirogol

Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya. Dia dikejar sebelum dibawa ke ruamh kosong dan dirogol empat lelaki. Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.


Janda beranak tiga mangsa rogol beramai-ramai

Polis menahan tujuh pemuda yang dipercayai terlibat dalam kes rogol beramai-ramai seorang janda beranak tiga di sebuah rumah kosong di Lambor Kanan, Parit.

Pihak polis telah menahan 7 lelaki berusia antara 21 hingga 26 tahun dalam kejadian ini. Mangsa mengakui telah dirogol beramai-ramai dalam sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya berusia 20-an keluar bersiar-siar menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh seorang daripada suspek di tepi jalan di Lambor Kanan.

Apa jenayah rogol dan berapa kes sehari?

Jenayah rogol ini diklasifikasikan atas kesalahan jenayah menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan  dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 13,272 kes rogol atau 59.7 bagi tempoh tahun 2010 hingga Mei lalu.

Johor menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes rogol iaitu 2,089 kes atau 15.73 peratus diikuti Selangor.

Dalam laporan yang dibentangkan dalam Parlimen sehingga tahun 2015, kebanyakan kes rogol di Malaysia melibatkan golongan yang berumur 13 ke 15 tahun dalam kelompok paling ramai.

Published by
Almaswa Haji Che Ros