Ini Kesilapan Bakal Pengantin Selalu Lakukan Depan Juru Nikah, Batal Air Sembahyang Hanya Adat, Bukan Wajib

Share

Ramai bakal pengantin memilih mengadakan hari bahagia menjelang musim cuti sekolah yang akan bermula minggu depan. Cuti yang panjang bukan saja memudahkan ramai sanak saudara berkumpul tetapi mampu mengeratkan tali persaudaraan.

Di sebalik sibuk menjelang hari bahagia, REMAJA berkesempatan menemuramah Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Huzaimi bin Ibrahim, 31 yang berkongsi pelbagai pengalaman saat berhadapan dengan bakal-bakal pengantin.

Menurut Ustaz Huzaimi, sebelum majlis bermula, ada empat tips perlu bakal pengantin ambil tahu menjelang hari bahagia mereka.

Ustaz Huzaimi akui berhadapan dengan pelbagai karenah bakal pengantin termasuk ada yang menyebut SAH dan semua ini adalah momen-momen lucu

No 1 : Please reminder juru nikah seminggu sebelum majlis – Pastikan semasa menghantar borang kebenaran nikah, ambil nombor telefon peribadi Pendaftar Nikah. Telefon ustaz dengan menyebut nama dan bila tarikh nikah. Ingatkan dirinya. Ini sebagai adab kita dengan juru nikah. Sebabnya kadang kala ada banyak majlis-majlis yang perlu juru nikah hadiri. Sebagai manusia biasa, kadang kala kita mudah lupa.

No 2 : Sila pastikan 5 rukun nikah selengkapnya iaitu wujudnya pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi serta ijab dan kabul (akad nikah). Kalau tak ada wali, gunalah wali wakalah. Begitu juga saksi iaitu dua orang. Biasanya juru nikah ada saksinya yang tersendiri iaitu orang yang biasa menjadi saksi, boleh tanya ustaz part ni. Menurut Ustaz Huzaimi, pernah berlaku dalam satu majlis akad nikah, saksi bertanya kembali padanya sama ada akad nikah tadi sah atau tidak kerana tergamam dan kali pertama menjadi saksi.

No 3 : Datang awal ke masjid – Kalau majlis pukul 9, datanglah setengah jam lebih awal, masuk ke masjid siap dengan wuduk dan lakukan solat tahiyatul masjid. Selepas itu, tunggu Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk tiba. Ini adab kita dengan ustaz kerana ada kes, juru nikah yang menunggu lebih sejam kerana bakal pengantin kesiangan tertidur.

No 4 : Bawa kad pengenalan – Kenapa kena bawa kad pengenalan? Sebabnya, Ustaz nak tengok adalah orang yang bernikah itu sama dengan borang kebenaran nikah. Pastikan pengantinnya betul.

Dalam pada itu, sepanjang menjadi jurunikah, berdasarkan pengalamannya, Ustaz Huzaimi menyenaraikan dua kesalahan besar bakal pengantin selalu lakukan.

“Dua kesalahan ini ialah bakal pengantin SELALU DATANG LEWAT dan keduanya ialah pengantin perempuan TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.

“Memang bertudung tapi rambutnya nampak jelas. Pakai baju tapi baju nikahnya amat jarang. Bila kita masuk di dalam masjid, ada adab yang perlu kita pelihara. Biasanya bila terjadi hal begini, saya akan menyuruh pihak pengantin perempuan menutup tubuhnya dengan kain  demi menjaga kesucian masjid  kerana apabila kita berada di rumah Allah, ada adab yang perlu dipelihara dan dijaga.

Dalam Islam tiada upacara batal air sembahyang, ia hanya adat orang Melayu semata-mata dan diterima sejak turun temurun

Upacara batal air sembahyang hanya adat, bukan wajib

Ramai percaya malah melakukannya dan menganggap, perbuatan ini tepat iaitu upacara membatalkan air sembahyang.

Menjelaskan hal ini kata Ustaz Huzaimi, dalam islam, tiada acara membatalkan air sembahyang. Yang wajib hanya akad nikahnya saja tapi acara membatalkan air sembahyang ini sudah menjadi kepercayaan semua pihak.

“Ia hanya adat orang Melayu semata-mata, tiada dalam Islam. Tiada juga hadis yang menyokong kerana ia hanya budaya.

“Memandangkan acara ini sudah jadi budaya dan dipercayai, sebenarnya amat sukar untuk menyakinkan orang-orang terdahulu tentang acara membatalkan air sembahyang ini tidak wajib,” katanya yang pernah berhadapan dengan bakal pengantin yang terlalu gugup sehingga apabila tangan mula dijabat, terus lelaki ini kaku di mana kaki dan tangannya menggeletar tanpa henti.

“Sebab itulah di Wilayah Persekutuan, arahan menyoal bakal-bakal pengantin ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan memberi kesusahan kepada bakal pengantin,” katanya yang tak menafikan ada bakal pengantin yang terlalu excited sehingga bakal pengantin sendiri yang menjawap SAH, bukan saksi.

So bagi korang yang nak bernikah dalam masa terdekat ini, pastikan jangan lupa semua tips tu termasuk bawa kad pengenalan. Jangan lupa juga bayaran untuk jurunikah iaitu RM150 dan RM25 setiap seorang bagi saksi serta mas kahwin RM80 untuk Wilayah Persekutuan ya.

Tonton video di bawah tip diberikan oleh Ustaz Ahmad Huzaimi bin Ibrahim.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros