Berita

“Ini Mengecewakan & Tidak Berasas…” – CEO McDonald’s Akui Impak Negatif Boikot Terhadap Perniagaan

Share

Dengan kesedaran yang mendalam dan keprihatinan yang tulus, majoriti umat Islam di Malaysia kini giat menyuarakan kebimbangan dan kecaman yang mendalam terhadap penindasan berterusan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Salah satu cara yang digunakan bagi menyuarakan sokongan adalah melalui boikot produk yang menyokong pihak Israel. Jenama seperti McDonald’s dan Starbucks antara yang terkesan daripada kesan boikot ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM6 Juta Dari McDonald’s Malaysia

Terbaharu, CEO McDonald’s, Chris Kempczinski tampil mengakui bisnes mereka di Timur Tengah serta beberapa negara lain sememangnya terkesan selepas daripada insiden perang yang berlaku.

Selain itu, Chris Kempczinski turut mendakwa orang ramai telah menerima ‘maklumat yang salah’.

CEO McDonald’s, Chris Kempczinski 

“Ini mengecewakan dan tidak berasas. Di setiap negara tempat kami beroperasi, termasuk di negara Islam, McDonald’s dengan bangganya diwakili oleh pengendali pemilik tempatan,” kongsi Kempczinski.

Walaupun McDonald’s mengendalikan lebih daripada 40,000 cawangannya di seluruh dunia dan kira-kira 5% terletak di Timur Tengah, jenama ini masih terlibat dalam krisis akibat ketegangan tersebut.

Sementara itu, turut tular beberapa gambar di mana tentera Israel menjamah makanan McDonald’s yang secara tidak langsung menguatkan lagi boikot di negara-negara Islam.

Kempczinski membuat kenyataan ini susulan tindakan boikot semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

“Kami membenci apa-apa jenis keganasan dan tegas menentang ucapan kebencian, dan kami akan sentiasa berbangga membuka pintu kami kepada semua orang”, ulas Kempczinski.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Vocket

 

Published by
Adriana Syaurah