Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline
, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.Perkara ini telah diulas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid kepada Astro Awani dengan mencadangkan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 menggunakan apa sahaja yang ada terlebih dahulu bagi memastikan survival dalam berhadapan dengan situasi ini.
Azharee Wahid menegaskan bahawa korang boleh guna cara offline, modal kecil, ambil saja barang yang penting, yang digunakan seharian seperti makanan atau minuman yang disediakan sendiri di rumah. Ambil perkara yang mudah terlebih dahulu tanpa menggunakan modal yang besar.
Cara kedua, pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship atau ejen. Semua sistem ini sudah ada. Walaupun mungkin memerlukan modal sedikit, tapi ia tidak sebanyak (yang diperlukan jika) membuka kedai dan sebagainya.
Ketiga, korang boleh buat secara online. Jual apa sahaja barang yang ada di sekeliling kita, contohnya baju raya, barang dapur yang tidak dipakai, jual sahaja. Akan ada orang yang beli kerana walaupun kita menganggap barangan tersebut mungkin tidak bernilai, tapi mungkin tidak pada orang lain.
Paling penting, jangan takut untuk mengubah kehidupan korang kerana ini mungkin titik permulaan untuk korang mendapat kehidupan yang lebih baik. Siapa tahu, dengan meniaga sendiri boleh jadikan korang sebagai seorang usahawan berjaya satu hari nanti?
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.
Sumber: Astro Awani