Teh hijau atau matcha mempunyai peminatnya tersendiri seperti juga kopi yang mempunyai peminum tegar. Bukan hanya minuman, malah perasa ini juga banyak dijadikan sebagai pemanis mulut seperti kek dan sebagainya.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya teh hijau dan matcha ini mempunyai perbezaan daripada beberapa aspek?
Berikut kami senaraikan antara perbezaan-perbezaannya:
1. Tekstur
Matcha mempunyai tekstur seperti serbuk dan rasa lembut apabila disentuh, manakala teh hijau mempunyai tekstur kasar seperti daun yang dikisar
2. Warna
Matcha mempunyai warna hijau yang terang berbanding the hijau kelihatan keperangan dan kusam. Warna yang terang itu hadir daripada kandungan klorofil dan polyphenol yang tinggi
Ads
3. Rasa
Kedua-duanya boleh dikatakan mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi rasa matcha adalah lebih kuat. Ia selalu dibancuh bersama susu atau susu manis untuk dijadikan matcha latte, seperti yang dijual di kafe-kafe.
Manakala, teh hijau mempunyai rasa yang lebih segar dan ringan. Ada teh hijau yang dicampur dengan ramuan semasa ia diproses bagi menambahkan rasa bebunga atau buah pada teh hijau seperti madu, jasmine, peach, sitrus dan halia
4. Proses
Bagi menghasilkan serbuk matcha yang berkualiti, hanya teh hijau yang berkualiti sahaja dipilih dan dituai dengan tangan. Rumput teh dilindung daripada cahaya matahari selama 20 hingga 30 hari sebelum dituai.
Lindungan daripada matahari ini akan meningkatkan kandungan klorofil dan menjadikan warnanya hijay itu lebih gelap serta meningkatkan penghasilan asid amino. Batang dan urat daun dikeluarkan dan kemudian digiling menggunakan batu hingga menjadi serbuk matcha.
Ads
Bagi teh hijau pula, daunnya seperti dikisar dan dibancuh dengan air panas sehingga kembang
5. Kandungan nutrisi
Matcha mempunyai lebih tinggi zat berbanding teh hijau seperti antioksidan dan kafein. Satu cawan (237 ml) bersamaan dengan 4 sudu kecil serbuk matcha mempunyai 280mg kafein. Kandungannya lebih tinggi berbanding satu cawan (237ml) teh hijay, dimana ia mempunyai hanya 35mg kafein.
Namun, biasanya kita tidak akan minum satu cawan sekali gus kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Kebiasaannya diambil 60-120ml sahaja.
Ads
Walau bagaimanapun, disebabkan kedua-duanya berasal daripada pokok yang sama, teh hijau dan matcha mempunyai beberapa khasiat, cuma yang membezakannya jumlah kandungannya sahaja kerana matcha mempunyai nilai yang tinggi berbanding teh hijau.
Berikut adalah kebaikan teh hijau dan matcha:
• Diperkaya dengan antioksidan
• Membantu menurunkan berat badan
• Membuat individu rasa lebih tenang dan terjaga
Hm, selama ini ingatkan teh hijau ni sama saja macam matcha. Hiks!
Pelakon lelaki Fizo Omar sebentar tadi telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya mengatakan bahawa anak perempuanya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar telah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini seang menerima rawatan di hospital.
Jelas Fizo, mereka berada dalam keadaan stabil dan dia sudah pun menjalani ujian swab pada 2 Januari 2021 dan keputusannya adalah negatif.
Finalis Hero Remaja 2007/2008 ini juga menasihati kepada semua masyarakat supaya jangan mengambil mudah dengan virus pandemik ini dan patuhilah segala SOP yang ditetapkan kerana ia akan memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga.
Beliau juga meluahkan rasa penghargaan kepada semua yang menitipkan doa dan berharap agar Maryam dan Mawar cepat sembuh.
Rakan selebriti dan pengikutnya di IG turut mendoakan agar anak dan bekas isteri Fizo cepat sembuh.
Kes positif COVID-19 nampaknya terus menular di negara kita dan diharap agar korang semua lebih berwaspada dan mematuhi SOP dengan menjaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Remaja mendoakan agar Mawar dan Maryam baik-baik sahaja dan semoga Fizo Omar kuat menghadapi ujian ini.
Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz menzahirkan rasa kesyukuran apabila isteri tercintanya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, Fizz berkongsi berita gembira berkenaan selain sempat mengucapkan penghargaan buat semua yang telah mendoakan mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima. Terima kasih kepada yang mendoakan,” coretnya.
Pasangan tersebut bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci butiran lanjut mengenai bayi mereka.
Sebelum ini, Fizz memuat naik beberapa foto dalam InstaStory menunjukkan keadaan bilik hospital.
“Semoga dipermudahkan. Amin,” katanya.
Sekadar informasi, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada tanggal 26 April 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam tadi kami berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem Hide & Seek Minako arahan Billy Christian dari Indonesia.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa filem ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel Petak Umpet: Minako dan pastinya tuan pengarah berusaha keras untuk memastikan jalan ceritanya tidak lari jauh daripada cerita asal.
Hide & Seek Minako menceritakan tentang sekumpulan rakan yang membuat reunion di sekolah lama mereka. Salah seorang daripada mereka mengajak rakan lain bermain permainan sorok-sorok Jepun yang dipanggil Hitori Kakurenbo, dengan sebuah anak patung Itchimatsu bernama Minako.
Memandangkan ia bukannya permainan sorok-sorok biasa, malah lebih kepada satu ritual memanggil roh, maka bermulalah siri debaran dimana masing-masing ingin menyelamatkan diri daripada dibunuh.
Jalan cerita agak longgar
Daripada filem ini bermula, ada sedikit kekeliruan di mana jalan ceritanya agak menggelirukan penonton. Korang akan rasa sedikit lost dan terfikir-fikir apakah yang sebenarnya berlaku.
Namun begitu, aksi mencemaskan ketika dikejar hantu boleh membuatkan korang lupa seketika tentang kekusutan cerita ini. Hiks!
Balas dendam
Di pertengahan jalan cerita ini membuatkan kami berfikir sejenak tentang perasaan yang selama ini disimpan sejak bangku sekolah lagi rupa-rupanya menjadi sebab utama kenapa mereka ingin membalas dendam.
Rencana jahat salah seorang rakan mereka untuk membalas dendam terhadap rakan-rakan yang penah merendah-rendahkannya dulu dan paling tidak sangka, semua ini juga berlaku angkara cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Benarlah kata orang, demi cinta manusia sanggup melakukan apa saja. Gituuu!
Korang juga pasti terhibur melihat cara mereka menghapus hantu Minako dengan menggunakan air garam. Dalam rasa takut dan seram, tak tipu la kalau kami katakana ada diantara scene-scene filem ini yang boleh buatkan kami ketawa.
Apa-apa pun, korang kena tonton sendiri Hide & Seek Minako untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem ini. Maklum saja, lain orang lain pula intepretasinya kan?
Filem ini bakal ditayangkan pada 28 Februari di seluruh pawagam tempatan. Enjoyy!
Mungkin korang ada pendapat tersendiri, nanti bolehlah kongsi dengan kami okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...