Teh hijau atau matcha mempunyai peminatnya tersendiri seperti juga kopi yang mempunyai peminum tegar. Bukan hanya minuman, malah perasa ini juga banyak dijadikan sebagai pemanis mulut seperti kek dan sebagainya.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya teh hijau dan matcha ini mempunyai perbezaan daripada beberapa aspek?
Berikut kami senaraikan antara perbezaan-perbezaannya:
Matcha mempunyai tekstur seperti serbuk dan rasa lembut apabila disentuh, manakala teh hijau mempunyai tekstur kasar seperti daun yang dikisar
Matcha mempunyai warna hijau yang terang berbanding the hijau kelihatan keperangan dan kusam. Warna yang terang itu hadir daripada kandungan klorofil dan polyphenol yang tinggi
Kedua-duanya boleh dikatakan mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi rasa matcha adalah lebih kuat. Ia selalu dibancuh bersama susu atau susu manis untuk dijadikan matcha latte, seperti yang dijual di kafe-kafe.
Manakala, teh hijau mempunyai rasa yang lebih segar dan ringan. Ada teh hijau yang dicampur dengan ramuan semasa ia diproses bagi menambahkan rasa bebunga atau buah pada teh hijau seperti madu, jasmine, peach, sitrus dan halia
Bagi menghasilkan serbuk matcha yang berkualiti, hanya teh hijau yang berkualiti sahaja dipilih dan dituai dengan tangan. Rumput teh dilindung daripada cahaya matahari selama 20 hingga 30 hari sebelum dituai.
Lindungan daripada matahari ini akan meningkatkan kandungan klorofil dan menjadikan warnanya hijay itu lebih gelap serta meningkatkan penghasilan asid amino. Batang dan urat daun dikeluarkan dan kemudian digiling menggunakan batu hingga menjadi serbuk matcha.
Bagi teh hijau pula, daunnya seperti dikisar dan dibancuh dengan air panas sehingga kembang
Matcha mempunyai lebih tinggi zat berbanding teh hijau seperti antioksidan dan kafein. Satu cawan (237 ml) bersamaan dengan 4 sudu kecil serbuk matcha mempunyai 280mg kafein. Kandungannya lebih tinggi berbanding satu cawan (237ml) teh hijay, dimana ia mempunyai hanya 35mg kafein.
Namun, biasanya kita tidak akan minum satu cawan sekali gus kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Kebiasaannya diambil 60-120ml sahaja.
Walau bagaimanapun, disebabkan kedua-duanya berasal daripada pokok yang sama, teh hijau dan matcha mempunyai beberapa khasiat, cuma yang membezakannya jumlah kandungannya sahaja kerana matcha mempunyai nilai yang tinggi berbanding teh hijau.
Berikut adalah kebaikan teh hijau dan matcha:
• Diperkaya dengan antioksidan
• Membantu menurunkan berat badan
• Membuat individu rasa lebih tenang dan terjaga
Hm, selama ini ingatkan teh hijau ni sama saja macam matcha. Hiks!
Sumber: Root of Science