Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah “Adakah situasi ini normal?”
Jadi, untuk menjawab segala kekusutan, berikut merupakan 10 perkara tentang masalah lambat datang haid yang korang kena tahu menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Registrar Obsterik & Ginekologi.
Setiap perempuan mempunyai corak haid yang berlainan. Kalau nak tahu apa yang normal untuk korang, catat hari datang haid pada calendar dan juga tarikh bila haid berhenti. Kenal pasti corak haid korang, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengaj bulan sementara menunggu haid yang berikutnya.
Jika mengalami perubahan yang dirasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan tersebut, korang boleh terus tanya kepada doktor. Haid tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda mencapai umur menopos (bagi wanita berusia) atau ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon.
Bagi korang yang dah berkahwin, sebab ini mungkin tidak memeranjatkan. Pada awal kehamilan, sesetengah perempuan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan kekeliruan sama ada ianya haid atau tidak.
Sekiranya korang sudah bergelar sebagai ibu dan menyusukan anak, hormone di dalam badan korang lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu. Ada juga sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak datang haid sehingga setahun atau dua tahun.
Masalah seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal merupakan antara gejala yang perlu mendapatkan doktor untuk memastikan korang tidak mengalami masalah kesihatan.
Obesiti juga boleh menyebaban ketidakseimbangan hormone estrogen di dalam badan wanita dan seterusnya menyebabkan gangguan pada kitaran haid.
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kalau korang melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan seperti over exercise, kehilangan berat badan yang banyak atau menghadapi masalah pemakanan turut menjadi sebab kepada masalah ini.
Ada sesetengah ubat yang korang ambil boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan dan pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.
Korang kena tahu, jamu-jamu tradisional atau ubat kurus juga boleh menyebabkan gangguan kitaran haid ini.
Mesti ada yang risau dan tertanya-tanya kalau mempunyai masalah haid tidak teratur, adakah bermaksud korang tidak subur atau tidak boleh mengandung?
Nah, doktor telah menjelaskan walaupun tidak datang haid, tidak bermakna korang tidak subur. Dapatkan nasihat doktor untuk penjelasan ini.
Walaupun doktor telah menjelaskan bahawa tak datang haid tidak bermakna korang tidak subur, tapi kejayaan untuk hamil kadang-kadang agak sukar. Rawatan tetap ada untuk yang menghadapi masalah seperti ini. Jangan risau, dapatkan saja nasihat daripada doktor.
Putus haid atau menopos adalah keadaan dimana seorang wanita itu tidak lagi datang haid. Purata umur mencecah 50 tahun dan untuk korang tak perlulah nak risau tentang ini. Namun begitu, ia tetap juga penting sebagai panduan untuk korang kelak.