Ini Pesanan Tuan Guru Maulana Juhari Kepada Ebit Lew, “Orang Penyayang Dikasihi Allah”

Share

Sejak semalam  tular di media sosial “kata-kata bersifat sindiran” dimuat turun oleh individu mengenai usaha dakwah seorang individu lain. Walau tidak menyatakan nama tetapi ramai sedar ia seakan ditujukan kepada pendakwah Ustaz Ebit Lew oleh individu berkenaan. Demi sayangnya orang ramai kepada Ustaz Ebit Lew, wujud sebuah page Ebit Lew Supporters yang mana begitu ramai terinspirasi dalam usaha dakwah dan penyampaian bantuan yang Ustaz Ebit Lew lakukan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki fasa ke tiga minggu ini. Dapat dilihat usaha Ustaz Ebit Lew membantu banyak pihak baik di barisan hadapan hospital mahukan golongan tidak berkemampuan termasuk bukan beragama Islam hingga gayanya boleh diterima ramai.

Namun seperti biasa, ada orang senang dan tidak kerana manusia itu berbeza-beza sikapnya.

Namun percaya apa dilakukannnya semuanya kerana Allah, lagi berlaku tekanan dan sindiran terhadapnya semakin ramai yang sayang kepada Ustaz Ebit Lew. Bukan saja orang ramai tetapi tuan guru dan sebagainya.

Kalau korang masih ingat, buat baik ramai orang sayang seperti pernah berlaku pada arwah Abam yang pastinya kita disarankan berbuat baik kepada semua insan tanpa mengira apa warna kulit dan kedudukannnya.

Bacalah perkongsian dari  Tuan Guru Maulana Juhari kepada  Ustaz Ebit Lew ini.

 

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buat anakanda Ebit Lew..

Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah, teruskanlah perjuanganmu itu membantu ummat kesayangan Rasulullah SAW. Alangkah gembiranya Baginda bila ummatnya disantuni dan betapa redhonya Allah bila kekasihnya redho.

Sahabat2 dari kalangan ulamak
Tuan2 dari kalangan umarak
Teman2 dari kalanga hartawan
Kenalan2 dari kalangan duaat
Syeikh2 dari kalangan ahli doa dan ibadat

Ini adalah masanya untuk kita berganding bahu bersama wira-wira kita di barisan hadapan.
Dengan kita semua juga jadi barisan hadapan, natijahnya kita akan kuat dan pertolongan Allah juga akan bersama kita.

Diriwayatkan oleh Imam Assuddi Kabir (lahir 127H.) Satu ketika berlaku kemarau yang begitu dahsyat di zaman baginda Sulaiman AS lalu baginda telah keluar bersama rakyat jelatanya ke satu padang untuk melakukan istisqa (munajat untuk memohon hujan)

Dalam perjalanan, baginda terpandang seekor semut menadah tangan ke langit sambil berdoa agar Allah turunkan hujan.Lantas baginda Sulaiman AS memerintahkan rakyat jelatanya supaya pulang. Dan segala hajat akan dipenuhkan dengan doa semut tersebut.

Jika kita bukan frontliner, pemimpin, dermawan atau petugas, tapi kita masih hamba Allah yang disuruh untuk betaubat, bermunajat serta bermohon kepadanya dan itulah bahagian kita sebagai frontliner.

Buangkan lah keegoan, kebencian, iri hati, dendam dan tak puas hati terhadap orang lain
Belajarlah untuk menyalahkan diri sendiri bukan hanya mencari kesalahan orang lain dan ambillah kebaikan orang lain untuk diteladani.

Apa kata Ebit Lew bila melihat orang tua lumpuh terbaring di rumah usang. ” Allah maafkan saya kenapa baru sekarang saya jumpa pakcik, apa saya nak jawab di hadapan Allah nanti.

Sifat dan perasaan yang sangat mahal. Kasih sayang terhadap ummat kerana itu ia ada di dalam hati setiap Nabi-Nabi.

الراحمون يرحمهم الرحمن
(.. عن عبد الله بن عمرو
اخرجه ابو داود و الترمذي)

Orang-orang penyayang mereka dikasihi Allah

Bila mana Allah sayang Allah beri hidayat,  bila Allah sayang Allah beri taufik untuk melakukan kebaikan, kelazatan dan kemanisan di dalam ibadat.

من لم يرحم لا يرحم
( عن ابي هريرة متفق عليه

Barang siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.

Dengan asas ubudiah ia itu tauhid serta keimanaan dan asas ijtimaiah ia itu, kasih sayang maka ketika kebanyakan bangsa dan negara sedang runtuh sekarang.

Atas dua asas ini kita bina kekuatan kita,insya-Allah bantuannya akan bersama kita, keberkatannya akan turun pada kita.
lah terimalah doa kami dan doa2 saudara kami…

Published by
Almaswa Haji Che Ros