Foto: Jeremy Bezanger

Lewat malam semalam, aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook tergendala di seluruh dunia dan ramai yang menganggap bahawa talian internet mereka yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat mengakses platform media sosial tersebut.

Masyarakat yang tinggal di benua Asia mungkin tidak terlalu terkesan (walaupun ramai yang ‘hilang arah. Hiks!) kerana ia berlaku lewat malam, tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi, seperti di Afrika, Eropah dan Amerika.

Agaknya apa yang berlaku ya?

Ads

Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan ‘backbone routers’ yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh.

Ini Punca Facebook, Instagram & WhatsApp Tergendala Malam Tadi
Foto: Christian Wiediger (Gambar hiasan)

Ia bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostic yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkain Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.

Ads

Difahamkan, dalam masa enam jam, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian sebanyak $7 billion atau lebih kurang RM29 billion.

Ini Punca Facebook, Instagram & WhatsApp Tergendala Malam Tadi
Foto: Adem AY (Gambar hiasan)

Walau bagaimanapun, Facebook turut menjelaskan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang berlaku, khususnya kepada individu yang menggunakan platform mereka untuk urusan bisnes.

Ads

Kalau di Malaysia, WhatsApp, Instagram dan Facebook down, tidur awal la semua malam tadi ya? Hiks!

Sumber: (1), (2)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI