Ini Rahsia Kenapa Ratu Venezuela Selalu Menang Miss World, Memang Patut Pun…

Share

Venezuela adalah salah satu negara yang paling sering memenangi pertandingan ratu cantik dunia. Selalunya, wakil-wakil  dari negara ini menjadi salah seorang pesaing paling sukar kepada beberapa peserta lain.

Kecantikan adalah aset utama selain tubuh badan seksi menjadi modal utama dari Venezuela dalam pelbagai pertandingan kecantikan, terutamanya Miss World dan Miss Universe

Wakil dari negara itu telah memenangi Miss Universe enam kali. Di samping itu, ratu mereka turut  membawa pulang mahkota Miss World sebanyak enam kali. Tidak lupa, Venezuela telah memenangi lima kali Miss International.

Miss Venezuela, Gabriela Isler ini dinobat sebagai Miss Universe 2013 yang menjadi idaman ramai wanita

 

Kemenangan wakil Venezuela membuat banyak pihak membuka mata tentang negara ini. Sebenarnya, ramai yang menyifatkan kemenangan mereka disebabkan oleh keindahan dan kemontokkan tubuh badan yang sangat menggiurkan. Tidak hairanlah, dunia telah membuat persepsi  wanita Venezuela yang paling cantik dan seksi di dunia.

Taman Negara Canaima antara tarikan menarik di negara ini

Bukan sahaja soal kecantikan yang menjadikan peserta-peserta Venezuela sering menang. Tapi tahukah anda, sebelum terpilih memasuki mana-mana pertandingan ratu cantik, wanita-wanita ini sudah memasang impian mereka lebih awal.

Dipetik dari The Pageant Planet,  menjadi ratu cantik adalah mimpi majoriti wanita Venezuela. Ini kerana bergelar ratu cantik akan mengubah kehidupan mereka 100 peratus.

Bagi wanita wang berhajat memasuki pertandingan mereka awal-awal lagi dah prepare cara penaja sebelum memasuki pertandingan.

Memang cantik pun kan Miss Venezuela nie

Bagi wanita yang hendak masuk bertanding, mereka sekurangnya habiskan USD32,000 atau RM130,000. Semua wang itu akan digunakan untuk membayar kos rawatan kecantikan, latihan awam dan personaliti, latihan catwalk dan fotografi, pakaian serta pembedahan plastik.

Walaupun agak mahal, tetapi banyak yang sanggup membelanjakan kos tersebut. Mereka menganggap kos tersebut sebagai satu bentuk pelaburan pada masa akan datang. Ini kerana  bagi wanita yang telah terpilih dan kemudian memenangi pertandingan Miss  Venezuela biasanya akan menjadi model dan artis terlaris.

Setelah menjadi artis, kehidupan ratu cantik ini akan berubah seratus peratus. Kakayaan pasti melimpah ruah. Tak perlu fikir duit tak cukup seperti orang kebanyakan kerana dilingkari kemewahan. So berbaloilahkan buat pelaburan dulu.

Bukan perempuannya saja yang cantik, negara pun menarik…

 

Ironinya, keinginan untuk menjadi bergelar ratu kecantikan tidak hanya datang dari peserta sahaja. Keluarga juga memainkan peranan besar dalam perjalanan perserta dalam merebut mahkota Miss Venezuela.  Kebanyakan ibu bapa di negara ini menggalakkan anak perempuan mereka untuk memasuki pertandingan ratu cantik demi mengubah nasib mereka.

Kehidupan wanita yang mendapat gelaran Miss Venezuela akan berubah secara drastik. Sebagai ratu cantik, dirinya menjadi selebriti segera yang mesti sentiasa kelihatan sempurna. Semua persediaan untuk  sebarang pertandingan ratu cantik akan menjadi perhatian orang ramai. Ratu cantik juga harus menjaga gaya hidupnya selain menjaga berat badan untuk kelihatan seksi.

Bukan itu saja, ratu cantik harus nampak cerdik. Mereka perlu menghadiri kelas untuk memahami isu dunia, bukan sekadar kecantikan sahaja. Oleh itu, mereka bukan sahaja cantik, tetapi harus pintar, untuk menarik lebih banyak perhatian.

Menyertai pertandingan ratu cantik akan mengubah perjalanan mereka sebagai seorang selebriti yang kaya raya.

Tak hairanlahkan, dengan segala persediaan rapi ini, wanita Venezuela sering menjadi juara dalam pertandingan ratu cantik. Malah, kem kecantikan di Venezuela menjadi salah satu rujukan untuk mendapatkan pengetahuan sebelum memasuki pertandingan kecantikan dunia.

Berbaloilah melaburkan. Tak adalah salah menjawap soalan sebelum soalan habis ditanyakan..Ermmm.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros