Ini Rupa Borang Vaksin COVID-19 Oleh KKM, Apa Isi Kandungannya?

Share

 

Semakin Malaysia menghampiri proses vaksinasi yang bakal dimulakan pada Ahad minggu ini, masyarakat masih tertanya-tanya berkenaan soal pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telahpun memuat naik borang persetujuaan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Tinjauan REMAJA di laman web Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, proses pendaftaran menggunakan borang ini akan bermula Mac ini.

Foto Hiasan: Pexels

Bahagian paling utama dalam borang tersebut adalah bahagian sejarah kesihatan pendaftar. Antara soalan yang ditujukan adalah sama ada mereka pernah mengalami sebarang kesan sampingan teruk setelah mendapatkan imunisasi sebelum ini, pernah mempunyai sejarah alahan teruk dan jika pernah hamil / bercadang untuk hamil atau sekiranya mereka sedang menyusukan bayi (bagi pendaftar perempuan).

Selain itu, pendaftar juga perlu terlebih dahulu membaca segala maklumat mengenai vaksin COVID-19, tujuan suntikan dan cara suntikan di lampiran pertama.

Ini kerana pengambilan suntikan vaksin ini boleh menimbulkan reaksi kesihatan atau memberi kesan sampingan kepada penerima. Bukan semua ya, hanya mereka yang berada dalam kondisi tertentu saja.

Justeru, pendaftar haruslah bertanggungjawab terhadap apa-apa risiko yang mungkin akan berlaku kepada mereka.

Harus diingat juga bahawa suntikan vaksin ini tidak sepenuhnya memberi jaminan kepada pendaftar dan mereka masih berisiko dijangkiti wabak COVID-19 lagi pada masa akan datang. Di samping itu, pendaftar juga harus rela hati melengkapkan pengambilan dos vaksin seperti yang dijadualkan.

Kandungan penuh borang.

 

Semalam, REMAJA melaporkan suntikan fasa pertama vaksin jenis Pfizer BioNTech bakal diterima oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan frontliners seramai 500,000 orang bermula Ahad ini.

Fasa kedua pula akan dikendalikan bermula April hingga Ogos 2021 di mana ia menyasarkan grup berisko tinggi seperti warga emas dan akhir sekali, fasa ketinga yang akan dilakukan dari bulan Mei hingga Februari 2021 melibatkan golongan berusia 18 tahun ke atas. Korang bolehlah memuat naik borang pendaftaran terlebih dahulu di SINI.

Ini adalah cara bagi korang mendaftarkan diri terlebih dahulu melalui 5 cara.

ARTIKEL BERKAITAN : KKM Kongsi Lima Kaedah Mendaftar Untuk Dapatkan Vaksin COVID-19 – REMAJA

Published by
FZ