Selama ini apabila membeli bijirin, adakah korang menggunakan kotak bungkusan bijirin tersebut atau terus membuangnya?
Tahukah korang sebenarnya kotak bungkusan bijirin itu mempunyai fungsinya yang tersendiri?
Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna di Facebook, Haatim Roslan telah pun berkongsi fungsi sebenar kotak bijirin yang mungkin ramai tidak tahu.
Ianya boleh dilipat seperti dalam gambar untuk menyimpan lebihan bijirin yang tidak habis dimakan.
Kalau korang nak lebih jelas, rasanya boleh lihat sendiri di penutup kotak bijirin tersebut kerana ia sudah pun mempunyai keratan dan hanya perlu dilipat mengikut arahan.
Ha, mudah je kan? Lepas ni tak perlulah lagi terus membuat kotak bungkusan tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk penyimpanan lebih bijirin yang lebih praktik. Hiks!
Sumber: Haatim Roslan
Prof Dr Muhaya Kongsikan Doa Untuk Ibu Bapa Amal Agar Anak Jadi Soleh
Setiap ibu bapa impikan anak yang soleh, taat dan mendengar kata. Anak yang menjadi penyejuk jiwa. Anak yang mampu membahagiakan mereka di masa tua. Anak yang menjaga solatnya, imamnya serta mampu menjadi imam kepada keluarganya di masa depan.
Namun dengan situasi hari ini, cabaran membesarkan anak-anak ditambah pendedahan keterlaluan di media sosial membuatkan anak remaja mudah terdedah kepada perkara tidak menyenangkan.
Bagi memastikan anak-anak terdidik dengan baik dan soleh, Datuk Prof Dr Muhaya Muhamad berkongsi beberapa tip dan doa yang boleh ibu bapa amalkan agar-agar anak jadi anak soleh.
Buat ibu bapa, bacalah doa ini ya kepada anak-anak.
- Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" – yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
- Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
- Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
- Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
- Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
- Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
- Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh.
- Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
- Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
- Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Bangga Wakili Malaysia! Manis Berbaju Kurung, Siti Khadijah Halim Antara Pelakon Ditemu Bual Media Jepun
Keberadaan pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim dan rakan pelakon lain seperti Ikmal Amry, Sophie Koshka dan Fimie Don di Saga, Jepun untuk menjalani penggambaran naskhah baharu terbitan VIU Malayisa, ‘From Saga With Love’ telah mendapat tumpuan media dari Jepun.
Menerusi hantaran di Instagram Siti dan akaun produksi Red Comms Films, mereka berkongsi detik membanggakan apabila pasukan produksi tersebut disambut oleh Gabenor daerah Saga sendiri, Mr. Yamaguchi Yoshinori sebagai tanda penghargaan kerana mempromosikan lokasi luar bandar itu menerusi naskhah tempatan.
Pada kesempatan itu, Siti mewakili rakan pelakon ‘From Saga With Love’ telah ditemu bual oleh petugas media Jepun bagi paparan segmen berita di sana.
“Saya berharap menerusi naskhah ini, ia dapat menemui penonton di negara-negara luar dari Jepun yang mempunyai platform penstriman VIU termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand misalnya.
“Moga-moga mereka berminat untuk melawat Saga, Jepun untuk mendalami budayanya dan menikmati kecantikannya,” ujar Siti yang manis menyarungkan busana kurung moden merah jambu rekaan Rizman Ruzaini pada acara tersebut.
Turut ditemubual oleh pemberita di sana ialah pengarah naskhah From Saga With Love, Umie Salwana Omar.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati rakan-rakan selebriti Malaysia turut berbangga apabila melihat Siti dan para pelakon lain mendapat peluang untuk secara tidak langsung mewakili Malaysia di kaca televisyen Jepun.
“So proudd.” – Mawar Rashid
”Wahhh.. Tahniah babe!” – Indah Ruhaila
”So proud babygirl.” – Nadia Brian
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tanatkan Pra Diploma Di Jepun
Penggambaran ‘From Saga With Love’ dijadualkan bermula pada hari ini bersama empat orang pelakon utamanya itu.
Hhm, agaknya bagaimana jalan cerita nashkah bagi Viu Malaysia itu ya? Tak sabar nak menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah Tanpa Perlu Telan Pil Secara Kerap
Isi Kandungan
ToggleMigrain merupakan sakit kepala yang menyerang secara berulang dan biasanya berlaku disebelah bahagian kepala sahaja. Ia berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Bagi individu yang sering mengalami serangan migrain, sudah tentu mereka tahu betapa ‘azabnya’ bila sakit kepala. Kadangkala berlanjutan sehingga berhari-hari. Pesakit akan merasai sakit kepala yang berdenyut-denyut, loya, muntah dan mereka akan menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Bila dah sakit apa lagi, telan saja ubat bagi membantu serangan berkurangan. Namun, sebenarnya selain daripada penggunaan ubatan, korang juga boleh merawat migrain dengan bahan dan cara semula jadi.
Jom kita lihat apa yang korang boleh buat selain daripada makan pil apabila terkena serangan migrain.
1. Pilih diet yang sesuai
Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mencegah serangan sakit kepala ini dan antaranya dalah seperti berikut:
• Makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi seperti sosej, daging proses dan bacon
• Coklat
• Keju yang mengandungi tyramine seperti parmesan, cedar, swiss, feta
• Alkohol terutamanya wine merah
• Makanan yang mengandungi banyak monosodium glutamate iaitu perasa makanan
• Makanan yang terlampau sejuk seperti aiskrim atau minuman ais
• Makanan segera
• Kekacang
• Produk tenusu seperti susu mentega, krim masam dan yogurt
• Buahan kering
• Kafein dalam jumlah sedikit boleh melegakan migrain bagi sesetengah orang kerana kafein juga terkandung dalam sesetengah ubatan migrain. Namun, kafein yang berlebihan boleh mencetuskan serangan migrain
2. Sapu minyak lavender
Menurut kajian, minyak lavender dapat membantu mengurangkan simptom serangan migrain. Korang boleh titiskan beberapa titis minyak lavender ke dalam air dan menyemburkannya pada muka setiap beberapa jam.
Korang juga boleh menyapu minyak lavender ke bahagian tepi kening dan dahi. Seterusnya, lakukan urutan secara perlahan-lahan.
3. Amalkan senaman regangan dan yoga
Yoga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot, membantu pesakit migrain. Kajian membandingkan pesakit migrain yang engambil ubatan sahaja dengan pesakit yang mengambil ubatan serta yoga mendapati bahawa pesakit yang mengamalkan yoga mendapat kelegaan yang lebih cepat berbanding yang hanya mengambil ubat-ubatan.
4. Urutan pada leher
Urutan secara perlahan-lahan pada kawasan otot dibahagian leher dan bahu boleh mengurangkan tekanan dan mengurangkan sakit daripada serangan migrain. Urutan juga mampu menghilangkan tekanan.
5. Mengawal stres dengan baik
Tekanan merupakan antara punca utama korang boleh diserang migrain. Cari cara yang baik untuk mengawal tekanan seperti bersenam, bermeditasi, mendengar muzik atau berehat bersama keluarga bagi meredakan tekanan yang dialami.
6. Pengambilan makanan tambahan mengandungi magnesium
Kajian mendapati bahawa kekurangan mineral seperti magnesium boleh mencetuskan serangan migrain. Ia juga boleh menyebabkan aura iaitu gangguan penglihatan yang dialami sejurus sebelum serangan berlaku.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.
7. Pengambilan vitamin B kompleks
Ia berfungsi mengawal neurotransmitter iaitu sejenis protein dalam otak dan badan yang mengawal respons. Vitamin B juga dapat membantu mengurangkan tahap teruk dan kekerapan serangan migrain.
8. Amalkan minum air kosong secukupnya
Kurang minum air dan dehidrasi juga merupakan salah satu punca tercetusnya serangan sakit kepala dan migrain. Pastikan korang mengambil jumlah air yang secukupnya setiap hari, iaitu sebanyak 1 liter atau 8 gelas air.
9. Rehat yang secukupnya
Kekurangan tidur dan rehat juga boleh mencetuskan serangan. Pastikan korang mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 6 jam setiap malam bagi merehatkan badan dan otak, mengurangkan stres serta mencegah serangan migrain.
Jika korang sering berjaga lewat malam bagi menyiapkan kerja, cuba tukar jadual tidur dan amalkan tidur lebih awal. Keesokan paginya, korang boleh bangun sekitar jam 5 pagi dan menyambung tugasan.
10. Tuam dahi dan kawasan mata
Sesetengah orang apabila mereka menuam menggunakan tuala hangat ataupun sejuk pada bahagian kepala, ia dapat melegakan dan membantu mengurangkan sakit kepala. Korang juga boleh meletakkan tuala hangat dan sejuk sekitar kawasan mata bagi melancarkan peredaran darah serta mengurangkan sakit. Pastikan basahkan tuala dengan air suam dan bukannya air panas kerana ia boleh menyebabkan lecuran.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang mendapat serangan migrain yang teruk dan berlanjutan, pastikan korang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada pakar. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi berguna kepada korang.
Sumber: The Diagnosa