Ini Rupanya Pencipta Maggi! Makanan Segera Ini Diambil Dari Nama Sebenarnya, Julius Maggi

Share

Mi maggi. Bila sebut bab maggi mi, ramai terfikir keenakannya yang pelbagai perisa. Ada kari, tomyam, asam laksa dan sebagainya. Malah mi maggi juga  sudah menjadi makanan ruji  bagi orang bujang kerana ia makanan segera ini tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.

Di sebalik makanan ini, tentu ramai yang tertanya-tanya adakah perkataan MAGGI itu satu jenama atau sebaliknya.

Seorang pengguna fb, John Mohamed berkongsi kisah menarik ini.

Siapa yang tak kenal dengan jenama maggi kan. Mee Maggi sedap dimakan, mee segera yang dikatakan hanya ambil 2 minit untuk dimasak. Mungkin ramai yang ingat maggi tu hanyalah mee segera, tapi ramai yang tak tahu maggi ni sebenarnya nama pengasas syarikat tersebut.

Julius Michael Johannes Maggi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1846 merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Switzerland. Maggi ni pada ketika itu hanyalah syarikat yang mengeluarkan tepung gandum, dalam pada masa yang sama Julius Maggi ni melihat keadaan semasa yang berlaku dan mula berfikir sejenak.

Dia mendapati kaum wanita yang menyediakan makanan untuk keluarga mereka, dari situ Julius Maggi ni dapat idea untuk hasilkan makanan yang bermutu tinggi dan cepat untuk dimasak.

Dia kemudiannya bekerjasama dengan seorang pakar yang bernama Fridolin Schuler, dia ni mempunyai konsep untuk meningkatkan mutu makanan bagi golongan pekerja. Melalui bantuan Julius maggi ni lah mereka mengeluarkan produk kekacang pada tahun 1884, namun produk tersebut tidak mendapat sambutan orang ramai, mereka tidak berputus asa.

2 tahun selepas itu mereka berdua pula mengeluarkan produk sup segera yang. Usaha mereka ketika itu mendapat perhatian dari kerajaan Switzerland malah pihak kerajaan ketika itu menyokong penuh projek yang dilaksanakan. Dari sinilah lahirnya produk sup kekacang mereka untuk membantu para wanita menyiapkan makan dengan lebih cepat untuk keluarga.

Kemudiannya Maggi mengeluarkan beberapa sup dan sos yang dijadikan sebagai penambah selera dalam masakan, kejayaan itu telah membawa Maggi ke peringkat antarabangsa. Pada 1888, syarikat maggi telah membuka beberapa cawangan di Amerika, Itali, Perancis dan lain-lain.

Nestle kemudiannya membeli syarikat Maggi pada tahun 1947, kedua syarikat yang berasal dari Switzerland ini kemudiannya berkembang pesat dalam industri makanan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang ketika itu kekurangan zat makanan.

Julius Maggi meninggal pada tahun 1912 disebabkan oleh strok, dia telah berkahwin sebanyak 2 kali mempunyai 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Jasa Maggi sangatlah besar untuk golongan pekerja ketika itu, kini maggi telah menjadi satu jenama yang tidak asing bagi ramai orang, pelbagai produk yang dikeluarkan dari mee segera sehingga lah perencah makanan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros