Ini Sebab Kenapa Sherin Tak Join Acara Pembuka Finale Dewi Remaja

Share

Ramai yang mungkin tertanya-tanya kenapa agaknya Sherin tidak ada dalam persembahan pembuka tirai finale Pencarian Dewi Remaja 2018/19 sebentar tadi.

Faktor kesihatan finalis ini telah membuatkan team produksi mengambil keputusan untuk mengecualikan Sherin daripada turut serta dalam grand opening pada malam ini.

“Masa rehearsal bila diberitahu oleh pihak produksi bahawa Sherin tidak perlu untuk menyertai finalis-finalis yang lain ketika membuat persembahan pembuka tirai, Sherin memang sangat sedih dan terus menangis. Tapi, Sherin akur dengan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan ini,” jelasnya.

Apa sebenarnya yang berlaku pada Sherin Amiri?

“Sebenarnya saya tak berapa sihat sejak hari terakhir shooting untuk task final kami. Badan rasa tak selesa dan pada mulanya Sherin ingatkan macam demam biasa saja. Dah pergi hospital untuk ambil darah sebab takut suspek denggi tapi doktor cakap tak ada denggi dan darah semua okay,”

“Mula-mula Sherin pergi ke hospital swasta dan kemudiannya balik kampung untuk sambung rawatan di hospital kerajaan. Tapi resultnya masih sama kerana tiada apa-apa yang menunjukkan apa punca sakit Sherin itu,”

“Sherin sakit di bahagian pinggang dan itu yang membuatkan Sherin tidak boleh berdiri terlalu lama serta membataskan segala pergerakan,” tambahnya lagi.

Kuat semangat

Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat, Sherin mengambil keputusan untuk tetap terus bersama program Pencarian Dewi Remaja. Kalau diikutkan, gadis ini ingin mendapatkan third opinion daripada hospital lain tetapi mengenangkan hari finale yang bakal menjelang, Sherin memilih untuk menghabiskan juga program ini.

“Sherin tak suka mulakan satu benda tapi buat tak habis. Dengan sokongan orang ramai seperti family dan kawan-kawan, Sherin rasa perlu kuatkan semangat kerana ini adalah kemahuan Sherin sendiri. Sherin dah berikhtiar untuk mendapatkan rawatan di KL dan kampung dan Alhamdulillah, sekarang lebih baik sikit dari sebelum ini,”

“Masa rehearsal semalam pun Sherin cuba untuk kuat sebab nak ke finale malam ni kalau Sherin tak belajar untuk biasakan diri, takut nanti tak boleh perform

pula,”

“Harapan Sherin satu saja, nak enjoy the night. Menang kalah adat pertandingan, yang penting Sherin boleh teruskan malam ini dengan baik dan nak tunjukkan apa yang mungkin orang tak pernah tahu tentang Sherin,”

Sememangnya  semangat finalis ini harus dipuji kerana tetap kuat untuk meneruskan perjalanannya ke peringkat akhir ini. Walaupun tidak berapa sihat, tetapi Sherin tetap nampak cantik kan?

Kami doakan supaya Sherin terus kuat dan semoga cepat sembuh.

 

Published by
Noor Ain Norman