Menangis itu adalah perbuatan yang normal. Namun, jika nama korang Justin Bieber dan Hailey Baldwin, seluruh dunia gempar apabila menangis bersama.
Selasa lalu, pasangan yang baru bertunang ini dilihat menangis sambil cuba untuk menenangkan diri masing-masing di tempat terbuka. Pada waktu itu, Justin dan Hailey sedang berbasikal di New York City dan berehat duduk di tepi taman.
BACA: 10 Fakta Tentang Hailey Baldwin
Secara tiba-tiba, Justin mulai menutup muka sambil teresak. Kemudian Hailey pula yang cuba menenangkannya tetapi juga turut menangis bersama! Guys, what actually happened?
Ramai mulut-mulut nakal yang mendakwa kemungkinan mereka berdua merasakan pertunangan ini berlaku dengan terlalu pantas. Ada juga yang mendakwa Justin melakukan kesalahan terhadap Hailey dan menangis selepas membuat pengakuan.
Eh, pandai eh buat kesimpulan.
Justin akhirnya membuka mulut untuk menjelaskan situasi sebenar.
Dalam sebuah video dari TMZ, Justin berada di New York pada Rabu lalu sambil menyapa peminatnya di jalanan. Lalu, wartawan dari TMZ sempat menanyakan mengapa Justin dan Hailey menangis bersama dan sama ada mereka berdua masih kekal bertunang?
Sambil memegang sebuah buku berjudul The Meaning of Marriage tulisan Timothy Keller, Justin menjawab mereka berdua hanya mengalami hari yang buruk saja. Macam kita juga, adakala kita akan mengalami a bad day kan? Begitu juga dengan Justin dan Hailey.
“Kita mengalami hari baik dan buruk. Tak benar jika kita tak pernah memiliki hari yang buruk,” katanya lalu memasuki kereta.
Kadangkala kita terlupa selebriti Hollywood pun manusia biasa juga.
Namun penulis tertarik dengan tajuk buku yang dipegang Justin itu. Tak lama lagikah majlis di antaranya dan Hailey?