Sidang Dewan Rakyat memulakan persidangan pertama bermula hari ini. Nampaknya baru saja dimulakan tetapi sudah ada isu ‘kontroversi’ berlaku di mana kebanyakan ahli parlimen pembangkang bertindak ‘angkat kaki’ dan keluar dari Dewan Rakyat sebelum disambung semula.
Namun dalam eposid itu, Ahli Parlimen Rembau iaitu Khairy Jamaludin dilihat tenang disaat kebanyakan rakan pembangkangnya bertindak keluar dewan. Sebelum isu ini lebih panjang, kena faham dulu kenapa mereka bertindak sedemikian. Ternyata ada sebab dan isu kukuh kenapa tindakan itu dilakukan.
Baca perkongsian dari DrSyahr Musafir ini kenapa tindakan itu terjadi.
Saya jangka gambar YB Khairy Jamaluddin #KJ berseorangan duduk di kerusi dalam Dewan Rakyat #DR akan jadi trending No 1 hari ini. Mana tidaknya, berseorangan di tengah-tengah sambil melihatkan para Ahli Parlimen #MP
lain beramai-ramai keluar dari Persidangan memang janggal. Mahu tak mahu, kita perlu akui bukan mudah MP Rembau KJ dan MP Kimanis untuk terus duduk di situ sambil melihatkan rakan-rakan barisan pembangkang lain angkat kaki keluar dari DR.Salah satu sebab kenapa ramai rakyat tidak suka ikuti perbincangan persidangan parlimen Malaysia adalah ‘drama-drama’ yang sentiasa ada, tak kisah dulu semasa pemerintahan Kerajaan BN, hinggalah kini Kerajaan PH. Banyak sangat ketidak-matangan, ‘iklan jenaka’ dan ketidak-telusan dalam proses persidangan. Semacam tak sedar mereka adalah MP, bergelar Yang Berhormat #YB.
Jangan ketawakan barisan MP pembangkang yang keluar DR, mereka punya hujah valid kenapa Kerajaan PH tidak ikut prosedur pengumuman, pelantikan dan persetujuan Speaker Dewan Rakyat #SDR (atau nama penuh, Yang Dipertua Dewan Rakyat #YDPR) perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum persidangan berlangsung hari ini, 16 Julai. Sepatutnya Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof #DMAMY dan seluruh rakyat sudah diwar-warkan tentang lantikan dan persetujuan DMAMY sebagai SDR sekurang-kurangnya pada 02 Julai supaya persidangan dan Majlis Angkat Sumpah hari ini dapat dijalankan dengan lancar.
Boleh rujuk
1) 10 Julai 2018, video Kini TV, Timbalan Perdana Menteri #TPM Datuk Seri Wan Azizah #DSWA beritahu nama SDR akan diumumkan (maksudnya belum diumumkan): https://www.kinitv.com/video/63159O74.
2) 14 Julai 2018, akhbar Utusan, apa kata bekas SDR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia #TSPAM tentang Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat http://www.utusan.com.my/…/sidang-dewan-rakyat-kemungkinan-…
3) 15 Julai 2018, Astro Awani melaporkan, pada ayat terakhir, “Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa DMAMY AKAN DICALONKAN sebagai SDR apabila bersidangnya sesi pertama persidangan Parlimen ke14 pada esok.” http://www.astroawani.com/…/speaker-dewan-rakyat-ke-9-berpe…
Ini menunjukkan ketidak-telusan dan isu ini valid, walaupun kita tidak setuju melihat para MP angkat kaki keluar dari DR secara beramai-ramai, nampak janggal, biadab dan sebagainya. Jangan dipersoal kenapa pihak BN hanya ‘rujuk buku prosedur’ sekarang, bukan dulu-dulu (semasa jadi Kerajaan), memang BN sekarang sebagai Pembangkang kena membangkang. Suka atau tak suka, terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, walaupun tak ada siapa pun setuju drama angkat kaki keluar dewan sebegini.
Saya mengharapkan Kerajaan PH lebih baik daripada Kerajaan BN. Berikan kata maaf atas kekhilafan, dan perjelaskan kenapa lantikan SDR tidak ikut prosedur 14 hari seperti yang digariskan sejak sekian lama. Pencalonan dan pelantikan DMAMY sebagai SDR tidak dibantah oleh sesiapa pun, tetapi persoalan wujud kenapa lantikan tidak ikut peraturannya.
Saya menulis sebagai seorang rakyat marhaen yang mahu lihat pemimpin-pemimpin Sidang Parlimen bersatu hati berbincang untuk kebaikan negara dan rakyat dalam DR tanpa melihat kepada parti politik yang diwakili. AHLI PARLIMEN MEWAKILI RAKYAT, BUKAN MEWAKILI PARTI POLITIK (walaupun ada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang).
Update: Boleh #SHARE. Diizinkan 100%. Tak minta izin tak apa (saya tak mampu nak balas setiap komen minta izin).
Dr Syahr Musafir
cc Pn Rahimah AR
16/07/2018 #PolitikDrSyahr
TQ, RTM/TV1 Facebook-Live.