Tiga bulan setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia untuk menggantikan Tun Hussein Onn pada tahun 1981, beliau telah memperkenalkan 2 perkara baru.
Satu adalah sistem punch card untuk jabatan kerajaan dan keduanya adalah sistem tag nama. Tag nama mungkin agar mudah untuk orang luar mengenali siapa kita, tetapi bagaimana pula dengan sistem punch card?
Sistem punch card sebenarnya diinspirasikan oleh cara bekerja rakyat Jepun yang begitu teratur dan menepati masa. Tun M sendiri merupakan seorang yang terkenal dengan sifat menepati masa dan disebabkan itulah, sistem tersebut digunakan bagi meningkatkan produktiviti pada waktu yang sesuai.
Ia juga bagi melatih displin di kalangan para pekerja di Malaysia.
“Apabila kita menerima sesuatu tanggungjawab kerja, kita mesti mengelolakannya sebaik mungkin. Rakyat Jepun dahulu terpaksa bekerja keras untuk mengubah nasib negara selepas dilanda perang. Mereka berjaya keluar dari kepompong kemiskinan namun cara bekerja mereka masih sama.
“Mereka lakukan semua itu dengan budaya displin masa, mereka malu sekiranya gagal dalam satu perkara. Budaya inilah yang membolehkan mereka maju sampai ke tahap sekarang,”kata beliau pada awal tahun ini.
Tambah Tun M, bukan rakyat Malaysia tidak boleh lakukannya, mereka tidak mahu lakukannya. “Ini adalah masalah komitmen, kita ingin jumlah kerja yang kurang tetapi ingin gaji naik. Kita masih malas dalam bab bekerja. Kita akan cuba sedaya mungkin untuk mencari jalan mudah.
“Jika boleh, kita mahu melepaskan pula kerja agar orang lain boleh lakukannya untuk kita. Bagaimana mahu maju jika begitu?”
* * * * *
Dalam satu perkongsian Tweet oleh YB Syed Saddiq kelmarin, beliau telah berkongsi mengenai sifat menepati masa Tun M itu selepas satu pertemuannya mereka minggu lepas.
“Sejak saya bekerja dengan Tun M, saya hanya pernah terlewat dua kali dan beliau masih ingat kedua-dua kali itu. Ini kerana Tun M sangat mengambil serius soal menepati masa. No excuses, no Malaysian Time.
“Semalam, saya terlewat 7 minit sebelum masuk ke bilik perbincangan. Nak cover, saya cakaplah, ‘Tun, minta maaf kerana terlambar 5 minit.’ Beliau kemudian memperbetulkan saya on the spot. ‘No Saddiq, you were 7 minutes late.’ ” kongsinya.
Kantoi di situ ke, YB! Hehe.
Hari ini, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan YAB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir telah berkongsi foto mereka menggunakan punch card masing-masing.
Tak kisahlah pejabat korang masih memakai punch card, thumb print, voice detector dan sebagainya, yang penting kita kena berusaha untuk lebih menepati masa. Tiada lagi janji masa Malaysia.
Kalau tak, macam mana nak jadi New Malaysia kan?