Ini Sebabnya Kenapa Banyak Produk Gunakan Bahan Mentah Dari Jeju Island

Share

Isi Kandungan

Toggle

Sebut saja tentang Pulau Jeju di Korea Selatan, ramai yang mudah terbayangkan pantainya yang cantik, laut jernih dan landskap yang penuh dengan bunga kekuningan serta ladang menghijau.

Namun, selain daripada daya tarikan percutian itu, sebenarnya Pulau Jeju juga dikenali ramai kerana produk komersil yang selalu kita beli di kedai.

Sedar tak sedar, banyak produk makanan, minuman dan kecantikan yang menggunakan bahan mentah dari Pulau Jeju. Tapi kenapa ya?

Jom kita lihat produk yang berasal dari sana.

01

Matcha Tea Frappucino

Oleh sebab serbuk teh hijau sememangnya datang dari negara Korea Selatan, jadi tak hairanlah apabila Matcha Tea yang terbaik datang dari negara tersebut.

Semalam, Starbucks Malaysia telah memperkenalkan Starbucks Botol Matcha Tea Frappucino dan Starbuck Botol Black Tea Frappucino. Selepas penulis mencuba perisa terbaru Frappucino ini, kami akui bahawa minuman Matcha Tea tersebut memang terasa lebih creamy berbanding kebiasaan.

Rupa-rupanya, serbuk Matcha tersebut diimport khas dari Pulau Jeju, susunya pula dari New Zealand.

 

02

Green Tea Line

Selain serbuk teh, Pulau Jeju juga terkenal dengan produk kecantikannya. Patutlah semua pelakon Korea cantik-cantik belaka, kebanyakan daripada mereka menggunakan produk kecantikan dari dalam negara sendiri.

Sempena ulang tahun kesepuluh jenama innisfree pada tahun 2018, mereka telah memperkenalkan koleksi ‘Beauty Green Tea’ yang dikatakan bagus untuk melembapkan kulit. Antara produk yang termasuk dalam koleksi tersebut adalah sleeping mask, tea leaf powder mask, cleanser, serum,

krim dan losyen.

Fuhh dari A-Z tu, semuanya diperbuat daripada daun teh Pulau Jeju dan menggunakan 16 jenis asid amino berbanding koleksi innisfree terdahulu. Ini bagi memberikan hidrasi lebih kepada kulit pemakai.

 

03

Syahirah Korean Secrets

Okay, kita patut berbangga apabila ada jenama buatan Malaysia yang turut tak ketinggalan untuk mengimport bahan mentah dari Pulau Jeju untuk dijadikan  bahan utama produk kecantikannya. Syahirah pada akhir tahun lalu telah memperkenalkan koleksi produk Korean Secrets bagi mendapatkan kulit wajah yang lebih bermaya.

Antara produk ‘rahsia’ yang paling penulis gemari ialah pupur muka ataupun facial mask mereka, Memang wajah terasa lebih hydrated selepas mask dipakai sepanjang malam.

Lepas ni, cantiklah korang macam Lee Hyori!

 

04

Dari kiri: Jinhwan dan Joy.

Selebriti Korea

Speaking of Lee Hyori…selain daripada produk komersil seperti minuman dan produk kecantikan, Pulau Jeju juga merupakan ‘lubuk’ untuk mencari selebriti Korea berbakat. Bahan mentah juga tu, hasil keluaran Pulau Jeju!

Ramai sebenarnya pelakon, penyanyi dan pengacara yang berasal dari Pulau Jeju. Antaranya ialah Joy (penyanyi kumpulan Red Velvet), Seungkwan (penyanyi kumpulan Seventeen, Soyu (penyanyi) dan Jinhwan (penyanyi IKON).

Ramai juga selebriti yang telah pindah ke Pulau Jeju secara rasmi. Antaranya, Lee Hyori dan suaminya. Lee San Soong yang menginginkan kehidupan yang lebih tenang, sunyi dan kawasan yang boleh memberikan inspirasi muzik mereka berdua.

Hhm sentiasa cantik dan tenang, bila kita pula nak berpindah ke sana..?

Published by
FZ