
Sejak semalam menjadi tanda tanya bagi ramai warga apabila diumumkan daerah Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 9 Oktober 2020 sehinggake satu tarikh yang akan ditetapkan.
Ramai keliru terutama bagi mereka yang tinggal di Jalan Kebun kerana ia sebenarnya terletak di Shah Alam dan bukannya di Klang.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengeluarkan senarai 142 buah sekolah rendah dan menengah serta institusi swasta yang akan ditutup mulai esok berikutan terletak dalam zon merah.
Jangan terkeliru isu sempadan ya kerana bukan semua sekolah di Klang ditutup. Hanya yang dikeluarkan ini sahaja. Bagi yang masih keliru, boleh layari laman web www.moe.gov.my untuk tahu lebih lanjut.
Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk

Viral di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun dikatakan ingin terjun daripada luar tingkap rumahnya di tingkat 19 selepas bergaduh dengan ibunya kerana tidak diberikan telefon bimbit.
Di dalam video tersebut kelihatan seorang abang bomba sedang memujuk adik perempuan itu untuk naik semula ke rumahnya dengan berkata bahawa dia sudah memarahi ibunya.
Tambah sayu lagi apabila petugas bomba tersebut turut memberitahu bahawa ibunya marah kerana rasa sayang terhadap anaknya itu.
Ya la ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan?
Pihak bomba telah membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan air cushion di tingkat bawah sekirannya berlaku perkara yang tidak diingini.
Ramai yang turut bersimpati dengan situasi ini kerana menyifatkan bahawa tindakan adik tersebut sangat merbahaya dan menakutkan.
Walau bagaimanapun, tahniah kami ucapkan buat abang bomba yang telah berjaya memujuk adik tersebut.
Dalam hal ini, tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya, jadikan sebagai teladan untuk kita lebih berwaspada dalam memerhati orang-orang tersayang disekeliling.
Dan semoga adik tersebut mendapat pengajaran daripada segala yang telah berlaku ini.
Sumber: Harian Metro & Info Roadblock JPJ/Polis
Gadis Ini Kongsi 6 Resipi Dalgona Yang Best Untuk Korang Cuba

Isi Kandungan
ToggleResipi yang paling hangat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni sudah tentulah dalgona coffee yang viral sejak permulaan PKP ini. Boleh dikatakan hampir semua orang cuba untuk membuat menu minuman ini dan dikongsi di media sosial.
Jika sebelum ini ianya hanya dibuat dengan menggunakan Nescafe, tetapi kini resipi dalgona ini telah pun di variasikan oleh Nur Iylia Ruhaimi yang mendapat lebih kurang 89 ribu perkongsian di laman Facebook.
Jom kita lihat antara beberapa resipi dalgona yang dikongsi oleh wanita ini.
1. Dalgona Milo
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk milo
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas.
b. Setelah bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.
2. Dalgona Horlicks
Bahan-bahan:
– 1/2 cawan horlicks ikut korang nak letak banyak mana
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kental
b. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar dan ais
3. Dalgona Oreo
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk Nescafe
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Serbuk oreo
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas
b. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur serbuk oreo berserta ais.
4. Dalgona Mocha
Bahan-bahan:
– 1 sudu makan membukit Nescafe
– 1 sudu makan gula (boleh adjust suka)
– 1 sudu makan serbuk coklat atau milo
– Susu full cream
– Ais
Cara penyediaan:
a. Campurkan Nescafe, serbuk coklat dan gula bersama anggaran 2 sudu makan air panas sekadar untuk melarutkan
b. Putarkan sehingga kembang dan boleh la diletakkan ke dalam gelas yang sudah berisi ais bersama susu full cream
c. Siap. Boleh sprinkles serbuk coklat/milo/coklat chip sebagai hiasan
5. Dalgona Teh Susu
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk teh
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas
b. Setelah bahan-bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais
6. Dalgona Coklat
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk coklat
– 2 sudu krim
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Serbuk oreo
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk koko, gula pasir dan air panas
b. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais
Nampak sedap kan? Selamat mencuba!
Sebak! Hanya Sempat Kenal Mak Sehari Sebelum Allah Tarik Nyawanya

Bagi anak-anak yang tidak merasai kasih sayang ibu semasa kecil, pasti akan selalu terfikir betapa indahnya hidup dalam suasana keluarga yang lengkap, iaitu ada ayah, ibu, abang, adik, kakak dan sebagainya.
Namun perjalanan hidup seseorang itu tidak sama dengan orang lain kerana Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza.
Baca perkongsian ditulis oleh Mohamad Feroz Zaini di fbnya mengenai seorang pelanggan yang membeli dadihnya, Siva yang juga seorang pemandu lori trelar. Boleh undang sebak bagi anak-anak yang tidak merasai kasih sayang ibu sejak lahir. Memang sedih tapi aturan Allah itu sebaik-baiknya buat umatnya.
Kali pertama saya mendapat panggilan dari seorang lelaki India, saya ingat itu adalah panggilan dari penghantar barangan melalui pos laju.
“Ini encik Feroz ka?” tanya pemanggil di hujun talian.
“Yes Bos.” itu adalah cara saya menjawab setiap panggilan sebagai tanda hormat.
Rupa-rupanya lelaki India yang mengenalkan diri sebagai Siva mahu membeli dadih.
Setelah berbincang, Siva hanya mahukan 10 cawan saja.
“InsyaALLAH, saya boleh buatkan untuk Bos.”
Tetapi misi kali ini memerlukan ketepatan waktu.
Siva adalah pemandu trailer yang membawa kontena dari Pulau Pinang ke Singapura, berulang-alik. Sebaik hari yang ditetapkan, dia datang bersama Prime Mover saja. (Prime Mover adalah kepala lori trelar).
“Mana body?” saya bertanya Siva, sewaktu dia turun dari lori.
Dia ketawa. “Encik Feroz dulu kerja apa? Hari tu bila encik tanya saya beberapa soalan, saya rasa encik ada pengalaman kerja dengan lori?”
Kali ini saya pula ketawa.
“Saya kerja dalam industri perkapalan selama 20 tahun.” saya menjawab dengan senyuman.
“No wonder lah!”
“Eh Bos, boleh saya naik sekejap? sudah lama tak rasa duduk dalam Prime.”
Siva membenarkan dengan senang hati.
Sambil dia menikmati dadih yang dipesan.
Terasa satu perasaan yang sukr untuk digambarkan sewaktu berada dalam Prime Mover.
“Siva, ini gambar siapa?” setelah melihat gambar seorang wanita di selitkan pada sisi cermin.
Dia tersenyum. “Itu gambar mak saya. Dia sudah meninggal dunia.”
Saya mengangguk.
“Saya jumpa dia sehari saja dalam hidup saya.”
Kali ini saya berpaling dan melihat wajah Siva.
Rupa-rupanya, sebelum Siva dilahirkan, ayahnya telah meninggal dunia kerana sakit batuk kering.
Dan sebaik Siva dilahirkan. Ibunya telah menyerahkan Siva kepada jirannya untuk dipelihara.
Siva tidak mahu menceritakan kenapa ibunya menyerahkan dia kepada jiranya.
Dan dia terus mencari ibunya bertahun lamanya.
Akhirnya, dengan kuasa tuhan. Hajatnya dimakbulkan.
Dia dipertemukan dengan ibunya dalam wad ICU. Dan mereka sempat melepaskan rindu yang begitu sarat selama 1 hari.
“Saya akan terus ingat kata-kata ibu saya. Siva, awaklah anak syurga yang saya tinggalkan selama ini …”
Sejak itu, ke mana saja Siva bertugas, dia pasti akan meletakkan gambar ibunya di depan.
“Bila saya letakkan gambar ibu saya, saya nak drive laju pun saya takut, saya nak buat apa pun saya nampak muka ibu saya, kalau saya tak letak, saya rasa rindu, tapi bila saya letak, seolah-olah, dia akan marah kalau saya buat jahat.”
“Eh Bos, mana dadih tadi?” sambil saya tercari-cari dadih yang saya berikan kepadanya.
“Ini …” sambil dia mengangkat bekas plastik berisi dadih yang tinggal 4 bekas.
“Yang lain saya sudah makan, memang sedap!” kata Siva sambil ketawa.
“Dalam keadaan sedih Bos boleh makan sampai 6 cawan … kalau Bos happy macam mana ya?”
Kami sama-sama ketawa terbahak-bahak dalam Prime Mover.
…
Abang Long.
Berkongsi kisah sewaktu menjual dadih.
# Gembirakanlah saya dengan membeli dadih.
Gambar hiasan : Dari Google