Tidak sabar rasanya untuk menantikan tarikh tayangan Black Widow yang dijadualkan menemui pawagam pada 9 Julai ini setelah iklan acahnya (teaser) dimuat naik untuk tontonan semua peminat filem Marvel Studios.
Setelah sekian lama kita menantikan pelancaran filem adiwira wanita selepas Wonder Woman terbitan DC, akhirnya tiba juga giliran karakter Black Widow untuk memperoleh peluang menceritakan kisahnya sendiri.
Black Widow membawa penonton untuk mendekati kehidupan Natasha Romanoff lakonan Scarlett Johansson yang terpaksa bergelut dengan kisah silamnya dan menyelesaikan pelbagai isu atau ‘unfinished business’ yang pernah wujud.
Natasha Romanoff (Scarlett Johansson) sebagai Black Widow.
Apabila satu konsporasi merbahaya mengaitkan kehidupan barunya (sebelum permulaan fasa Avengers) dan masa silamnya, Natasha diburu habis-habisan oleh sang musuh yang ingin menjatuhkannya.
Biarpun Black Widow sarat aksi dengan tema spy thriller seperti mana filem-filem adiwira keluaran Marvel Studios yang lain, namun kali ini, ia juga seimbang dalam mengetengahkan drama kisah di sebalik watak powerful
ini.Black Widow/Natasha Romanoff (Scarlett Johansson) dan Taskmaster.
Taskmaster.
Alexei (David Harbour).
Yelena (Florence Pugh)
Selain Scarlett, filem ini bertambah menarik dengan adanya kehadiran Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexie/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina.
Cer tonton teaser di bawah.
Black Widow membuka lembaran baharu buat Marvel Studios apabila ia merupakan filem pertama yang dilancarkan dalam fasa keempat dalam Marvel Cinematic Universe.
Untuk kali pertama juga, filem Marvel ini akan disiarkan secara serentak di pawagam dan di platform Disney+ dengan akses premier pada 9 Julai kelak.
ARTIKEL BERKAITAN : TIGA Tajuk Berbeza! Pelakon Filem Spider-Man 3 Minta Peminat Teka – REMAJA