Ini Tip Yang Korang Boleh Buat Untuk Elak Senggugut Teruk

Share

Ada yang sakit biasa-biasa, ada pula yang bila senggugut memang akan sakit teruk sampai tak boleh bangun. Paling beruntung, ada juga perempuan yang tidak merasa sakit senggugut ketika datang bulan.

Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.


.

Ada beberapa tip yang korang boleh amalkan bagi mengelakkan rasa senggugut yang teruk setiap kali datang haid. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Melakukan senaman ringan

Kajian kesihatan menunjukkan perempuan yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut.

2. Amal pemakanan seimbang

Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air hingga 2 liter

Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.

4. Tuam guna beg kulit

Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah bagi mendapatkan kelegaan.


.

5. Mandi air suam

Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.

6. Tekanan

Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan sengugut. Belajar untuk menguruskan tekanan dengan baik.

7. Diet

Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Korang digalakkan makan kekacang, badam, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.

8. Halia

Halia dikatakan boleh membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan korang atau minum teh halia yang dibuat sendiri.

9. Urutan

Urutan pada abdomen selama 5 minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.

10. Ambil ubat

Jalan akhir, korang boleh ambil ubat atau penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Sumber: Harian Metro

Published by
Noor Ain Norman