Berakhirnya pencarian Miss Universe Singpapura pada 17 Oktober 2022, bermakna lengkaplah senarai pemenang setiap negara di rantau Asia Tenggara. Setiap seorang pemenang memiliki kelebihan masing-masing dan jalan cerita yang berbeza-beza.
Setakat ini hanya wakil negara Filipina dan Thailand sahaja pernah bergelar juara Miss Universe. Filipina memenanginya sebanyak empat kali manakala Thailand pula sebanyak dua kali. Jom kita lihat sembilan wakil dari rantau ini.
MALAYSIA
Gadis berusia 26 tahun ini merupakan seorang graduan dalam bidang farmaseutikal dan sains kesihatan dari Universiti Nottingham. Pada malam finale selain memenangi gelaran utama, Lesley Cheam turut memenangi dua gelaran lain iaitu Miss Schwarzkopf Most Beautiful Hair dan Miss Radiant Confidence. Malaysia sudah 52 tahun unplaced di Miss Universe, adakah Lesley akan memecahkan kemarau tersebut? Sama-sama kita nantikan.
INDONESIA
Laksmi Shari De-Neefe Suardana menjadi wakil Bali pertama yang bergelar Miss Universe Indonesia. Gadis berusia 26 tahun ini merupakan anak kacukan berketurunan Indonesia dan Australia. Dia aktif dalam bidang kesukarelawanan menerusi Yayasan Muda Swari Saraswati dan Ubud Writers and Readers Festival.
SINGAPURA
Singapura mencipta sejarah tahun lalu apabila berjaya menembus jajaran semifinalis top 16 menerusi perwakilan Nandita Banna. Kini, Carissa Yap yang merupakan pelajar National University of Singapore memegang gelaran Miss Universe Singapura yang baharu. Dia yang memiliki ketinggian 170cm menggalas tugas berat memastikan kecemerlangan berterus.
Ads
FILIPINA
Si gadis cantik Celeste Cortesi menjadi sandaran Filipina untuk memenangi mahkota Miss Universe tahun ini setelah wakil negara tersebut Pia Wurtzbach dan Catriona Gray membawa pulang gelaran Miss Universe pada tahun 2015 dan 2018. Merupaka anak kacukan Filipina-Itali, dia pernah mewakili negaranya di pertandingan Miss Earth2018 dan berada di kedudukan top 8.
THAILAND
Bukanlah peserta pilihan untuk memegang gelaran Miss Universe Thailand, Anna Suengam-iam membuktikan yang dirinya layak menerusi prestasi cemerlang yang ditonjolkan. Gadis manis dengan ketinggian 175cm menjadi harapan para pageant lovers Thai untuk menjadi pemenang Miss Universe ketiga dari negara itu.
Ads
KEMBOJA
Hang dilahirkan di Phnom Penh, Manita Hang merupakan anak kacukan Perancis – Kemboja. Dia menghadiri Lyçée Français René Descartes dan lulus dari Sekolah Perniagaan CamEd dengan ijazah sarjana muda dalam perakaunan dan kewangan. Sebelum memegang gelarang Miss Universe Kemboja 2022, dia terlebih dahulu merupakan Miss Tourism Metropolitan Kemboja 2016.
MYANMAR
Zar Li Moe memulakan langkahnya dalam dunia ratu cantik apabila bergelar Miss Tourism & Culture Bhamo 2020. Dia kemudainnya menyertai Miss Universe Myanmar 2022 dan akhirnya berjaya merangkul gelaran juara. Selain menjadi juara dia turut menang tidak gelaran sampingan sepanjang bertanding.
Ads
VIETNAM
Vietnam merupakan satu kuasa baru dunia ratu cantik di rantau Asia. Wakilnya ke Miss Universe sentiasa mendapat perhatian para pemerhati dunia ratu cantik. Miss Universe Vietnam 2022 yang baharu, Nguyen Thi Ngoc Chau bakal menggalas harapan negaranya untuk terus berjaya masuk ke jajaran semi-final. Gadis berusia 27 tahun ini memiliki ketinggian 175cm.
LAOS
Pyenxa Lor menjadi gadis keturunan Hmong pertama dinobat sebagai Miss Universe Laos 2022. Dia berjaya mengalahkan 19 lagi peserta lain. Gadis berusia 21 tahun ini merupakan seorang guru bahasa Inggeris dan merupakan pengasas bersama Hmong Women Network.
Pada pandangan anda siapakah yang memiliki peluang untuk dinobat sebagai Miss Universe 2022? Adakah mahkota tersebut akan kembali ke rantau Asia Tenggara? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mi segera sering dipersalahkan kerana dikatakan makanan yang menjadi punca otak seseorang lembap . Time budak-budak dulu, selalu dengar orang cakap “Jangan makan megi. Nanti sekolah tak pandai.”
Menurut kenyataan seorang doktor di laman twitter, mi segera sebenarnya tidak menjadikan seseorang itu bodoh, malah banyak juga jasanya dalam menghilangkan kelaparan bakal-bakal doktor, engineer dan pakar ekonomi ketika di universiti.
Ia juga tidak menjadikan sesorang itu botak, namun ada beberapa masalah yang korang kena tahu sekiranya pengambilan makan mi segera ini diambil secara kerap.
Kalori sebungkus
Kandungan garam sangat tinggi
Komplikasi penyakit darah tinggi
Selain itu, doktor DrSazOne juga turut berkongsi komplikasi penyakit darah tinggi untuk jangka masa panjang. Berdasarkan pengalamannya yang bertugas di Jabatan Kecemasan, komplikasi darah tinggi yang selalu dijumpai adalah stroke, serangan jantung, kegagalan jantung dan buah pinggang.
Maka dengan itu, jagalah diri korang baik-baik. Walapun doktor dah cakap makan mi segera tak jadikan kita bodoh, tapi jangan pula makan hari-hari okay?
Ingat, kandungan mi segera ni mempunyai garam yang tinggi dan tetap tak baik untuk kesihatan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja memasuki hari ketiga selepas ketibaan para peserta dari 86 buah negara di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022, organisasi dikejutkan dengan dua kes terawal jangkitan Covid-19 melibatkan dua orang wakil.
Mereka adalah wakil Latvia, Jekaterina Aleksejeva dan wakil Curacao, Gabriela Dos Santos. Justeru, peminat tertanya-tanya jika mereka terpaksa menarik diri daripada menyertai Miss Universe edisi ke-71 ini.
(Dari kiri) : Miss Curacao, Gabriela Dos Santos dan Miss Latvia, Jekaterina.
Miss Latvia yang lebih mesra dengan panggilan Kate berkongsi dia telahpun dijangkiti tidak lama selepas sambutan tahun baru 2023 dan terpaksa berdepan komplikasi kesihatan sehingga merencatkan persiapan terakhirnya.
“Buat masa ini saya masih dalam pemulihan. Namun malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada Miss Universe tahun ini. Saya masih tidak percaya saya sedang kongsikan perkara ini.
“Keputusan ini dibuat kerana keutamaan harus diberikan kepada kesihatan saya, wakil negara lain dan ahli keluarga mereka,” ulas Kate yang juga merupakan bekas wakil Miss Grand International Latvia 2019.
Tidak lama selepas jumlah peserta berkurangan kepada 85 orang, seorang lagi peserta mengalami nasib yang sama.
Miss Curacaoyang mesra dengan panggilan Gaby menerusi hantaran Instagram Story menjelaskan mengapa kelibatnya tidak dapat disaksikan di kawasan lobi sebagaimana wakil-wakil lain yang telah mendaftarkan diri.
“Saya berada di dalam bilik hotel bersendirian kerana malangnya, saya disahkan positif Covid-19 malam tadi. Namun itu tidak akan menghalang saya. Saya akan melengkapkan kuarantin selama lima hari dan jika saya merasa lebih baik tanpa simptom, saya akan dibenarkan keluar bertanding. So it is not over yet.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Miss Universe yang menjaga saya dengan baik. Mereka benar-benar menghantar semua jenis Vitamin C ke bilik saya. (Ketawa),” katanya.
Pelik juga kan, seorang dibenarkan bertanding selepas kuarantin dan seorang lagi menarik diri?
Adakah wakil Latvia akan menarik semula keputusan penarikan dirinya? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang kekal awet muda sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Dikenali dengan suara merdu dan penampilan yang menawan, Siti Nordiana juga sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Figura pelakon berpengalaman, Azhar Sulaiman sememangnya sinonim dengan watak-watak yang bersifat santai dan cheeky dalam naskah yang melibatkannya.Mungkin kerana sudah terbiasa dengan gambaran sebegitu,...