Melihat kes harian COVID-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20,000, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan ‘hand sanitizer’, tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
ARTIKEL BERKAITAN : Kit Ujian Kendiri COVID-19 Kini Boleh Didapati Dengan Harga Serendah RM6.90
Pun begitu, masih ada juga segelintir individu yang tidak tahu atau peka mengenai ujian RTK atau PCR. Justeru itu, ikuti penerangan lanjut pegawai perubatan di bawah melalui laman Twitternya.
RTK ialah Rapid Test Kit.
Boleh cucuk hidung atau air liur. Kebanyakan self test are saliva la. Memang sensitive tetap dia hanya akan detect if ur viral load tengah tinggi and infectious (most kits kne CT value rendah 30-35 baru detect as positive)Means the best time to test is Day 1-5 of symptomatic illness. I usually tell my pts klau 1st day tu negatif, hari ke 3 cek balik. Nak cek daily from day 1-5 pun boleh kalau you boleh afford the kits.
Lagi satu, saliva test ni paling elok dibuat awal pagi. Bangun pagi, don’t eat or drink, don’t brush teeth, terus pergi buat test. Kalau ada kahak ke try keluarkan kahak tu campur dengan saliva you untuk test.
Kalau tak dapat buat awal pagi, make sure tak makan or minum sekurang-kurangnya 30min sebelum test. Baru better accuracy ye. Yang cucuk hidung tu tak perlu risau anytime pun boleh.
Make sure kedalaman cucuk hidung tu ikut arahan dekat test kit tu la. Result tunggu betul-betul 10-15 mins ok. Lebih dari tu dah tak betul result dia. So if your symptom dah lebih 5 hari, most likely tak kan detect dah pakai RTK. So kena buat PCR pula.
PCR ialah Polymerase Chain Reaction. Basically test ni very sensitive sebab dia akan detect cebisan-cebisan DNA virus tu. So walau sikit pun dia boleh detect. Some cases up to 3 months lepas dia positive pun still boleh detect.
PCR ni usually cucuk hidung. Boleh juga cucuk tekak (kat dalaaaam). Ambil masa 2-3 hari biasanya sebab hantar ke lab. Yang ni kalau negatif memang confirm tak ada covid la. Very unlikely dapat false negative.
RTK laju tapi timing of testing tu limited (day 1-5) & teknik kena betul. PCR lambat, mahal, tapi sangat sensitif and very low risk of false negative.
Kalau ada simptom/kontrak rapat, test early pakai self test kit. And test berulang (day 1, day 3, day 5 best). Even faint line (pudar-pudar tak terang sangat) pun is positive ye!
Saya cadangkan before korang pergi lawat orang, pergi majlis ke, pergi jumpa orang-orang high risk, buat la self test dulu. Jadikan ini norma baharu kita utk lindungi each other. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. aamin.
Harap info ini berguna dan membantu korang mengunakan alat ini.
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Twitter Bessythemessy